Thursday, June 13, 2019

2019

Tak sangka blog ni dah almost 15 years old.

Aku dah tadak apa yang cerita.
Unlike the last decade, masa narcissism belum begitu bertapak pada netizen-netizen dan millennials, orang suka blog-hopping dan rajin membaca and then leave comments.
Then we exchange blog links and put them in each other blogs.
People actually read other people's lives not only saw photos of them.
So sharing is caring.

Now everyone wants a piece of their 15-minute fame.
Semua me me me.
Look at me.
Follow me.
Like my post.

Blergh.
Senang nak jadi femes.

Makin tua ni makin teruk misanthropy aku.

Actually since aku dah masuk 40's ni, aku concern satu benda ja.
I have sooo many stories of my youth.
Since I have no children, aku tak buleh nak share my past experience dengan depa.
So everything I keep to myself.

Sad kan.
Sebab aku rasa aku banyak cerita best.
Stupid.
Tapi best kot.

But I have nobody to tell too.

Aku penah tanya kat Quora, ada suggest, you have to write them down.
There will be people who read them at some point.
The problem is, aku ni bukan writer.
I think I have a vocabulary range of a twelve-year old.
I can neither write in full English or immaculate Malay.
Aku tak reti.
But yet, I have so many stories to tell.

I could try to write things and memories I remember kot.
My whirlwind childhood, my messy teenage years, my hectic 20's, my peaceful 30's.
The thing is I cannot spare any details.
R-Rated of course.
I have to be completely honest.

Tapi at this time and age, ada ke orang yang masih interested on this old lady's past life?

Writing is always awkward.

But I think I'll try.

Tuesday, January 19, 2016

Chatting

Aku dah veteran bab2 ni kot
Since mula2 dapat internet dulu keje aku mmg chatting je.
Dari zaman yahoochat, excite chat (ingat tak?), ICQ and then finally IRC.
Aku pun tatau apa aku merapu dalam tu.
Org dulu2 chatting tade la flirt sgt mcm sekarang.
Byk merapu je.
Nyanyi la keroke la sambung lirik lagu la teka teki la.
Paling happening masa zaman IRC main kuiz. OHMYGOD mmg standby je depan pc nak jawap kuiz.
Abis IRC aku dah berjinak2 dengan message boards dan forum.
Yang local punya aku join sembang.com.
Lepas tu bincang.net (BDN)
BDN ni la terpaling lama sampai aku jadi admin maharaja bongkak kat situ.
Ramai member2 yg kekal sampai skang yg jadi bff pun ada datang dari BDN.
Yang international punya aku aktif forum anime la, forum2 Harry Potter je bersepah2 aku join. Main roleplay
Gile.
Punya tade life.
Nak bersosial kat luar tak reti.

Skang ni umur dah senja2 ni aku terjoin Beetalk.
Since ada fon kan tayah gigih ngadap pc dah.
Aku join dah setahun lebih tapi aku tengok mcm apps chat aku malas ah masa tu trus uninstall.
Mmg konfem apps nak mencari jodoh atau mencapub gamba selfie pakai filter Camera360. Fuck ah fake2 neh.
Ala ni Beetalk penah kuar apetu iklan sapatah berlakon kat stesen ketapi tu.
Pastu dalam keboringan baru2 ni, aku install balik.
To my surprise, ada forum!
Bukan chat je okayy.
Walopun mmg dipopulasikan dengan kanak2 BBU bawah 30 tahun, ada jugak thread2 yg semenggah.
Boleh la nak merapu atau menghentam orang.
Dah la forum dia tak beberapa dijaga unless ko mencarut terang-terangan ke atau mintak gamba tetek mmg kene ban aa.
Ok la kot sekadar nak melepas gian.

Tapi bila aku join bende2 tahyol camtu aku lagi nampak generasi skang ni mmg agak rosak.
Generasi aku dulu pun jahanam jugak, tapi tak la terbukak sgt mcm budak2 skang.
Dulu nak mintak kapel punya seksa. Main tarik tali mcm nak mampos.
Skang senang je iklan terang2 dalam thread nak cari gf/bf. Murahnya hati dan prasaan budak2 skang.
Maybe sebab dulu tade internet.

Aku rasa fani sebab aku rasa mind aku boleh masuk dgn budak2 dalam range umur 28-33. Atas dari tu mcm terlebih matang pulak, Islamik sgt pun ada. Macam la ko muda2 dulu murni sgt kan.

Id aku rasia and aku mmg fake lah segala tipu gamba semua.
Aku nak membuang masa je.
Tatau sampai bila bila fad aku yg baru ni.
Maybe lepas ni jumpa hobi baru pulak.


Thursday, December 31, 2015

2015

Hahahaha aku terjebak.
Anyway aku masih dalam process music challenge. Betapa sengsaranya.
Tapi ada jugak lagu yang decent macam Taylor Swift zaman Red dengan Katy Perry.
Aku baru sampai 2012. 3 more years to go.

Anyway throwback.
The only memory yang betul2 terpahat dalam ingatan pun pasal aku dah tade abah.
Tu je la.
Nak kata aku matang sangat tu tak jugak.
Nak masuk 4-series dah mcm amazing aku mcm 28-30 year-old yang terperangkap dalam the body of a late-thirties married woman with 50 years of experience in life.
Aku pun tak pasti camne otak aku berfikir.
Takpe lah.
Enjoy the youth within walaupun slalu sakit pinggang.

Anyway happy new year.



Tuesday, December 22, 2015

Music Challenge

Kita yg generasi lama2 ni suka kutuk lagu2 zaman skang.
Termasuk aku.
Memang taleh masuk sangat la lagu2 dekad skang ni
Aku setakat boleh bertahan sampai tahun 2010 je.
Lepas tu dah mula pelik-pelik.


So sambil2 buat keje ni aku nak challenge myself explore youtube lagu2 dari tahun 2011-2015.
Aku nak menghayati lagu2 Sam Smith ke Ariana Grande ke yg orang kata hebat sgt tu.
I want to keep an open mind.

So mula la sekarang yo

Thursday, December 03, 2015

Vacation

Ada sorang my officemate nak pegi bercuti2 ke Korea tomorrow, sampai next Tuesday baru dia balik.
Walaupun hati penuh berharap sama ada dia akan tanya aku, "Weh ko nak pesan apa-apa ke?", aku tade la nak bukak mulut cakap direk kat dia suruh belikan masker lendir siput babi kat aku.
Bagi aku mcm tade manners la bila kengkawan gi jejalan kita pulak berseloroh dgn muka tak malunya nak mintak beli sebiniyer.
Gepren dikecualikan sebab kita WAJIB menyusahkan gepren-gepren hahahaHOHOHOHO.

Aku ingat dulu masa aku keje outstation aku mesti beli paling busuk pon keychain la dekat semorang kat opis.
Kalau atas sebab keje lain sebab dalam proses aku nak gi keje luar kawasan tu, ramai jugak officemate yang tolong2 mempercepatkan ataupun mempermudahkan proses (walaupun sebenarnya tu keje dan kewajiban depa untuk buat!).
Dulu aku rajin pi Langkawi, ada la jugak manusia2 tak tahu malu pesan minyak gamat la, cokelat la, kain batik la.
Aku rimas la
Dah la aku bukan jenis lightpacker.
Kalo buleh satu lemari baju dengan satu kotak peti kecemasan tu aku nak angkut pi 2-3 malam pon.
Selalu bila balik travel, brg aku bawak mcm sama berat je dgn masa aku pi.
Nak beli barang2 kadang2 untuk femili sendiri.
Kalo org tu setakat pesan air liur tu mintak mahap banyak2 la aku tak koser.

Ni aku dok jeling2 ni officemate kat seblah.
Dia belum bukak mulut lagi tanya.
Takpe lah.
Nanti aku ada duik aku sendiri pi Korea jumpa Bang Yongguk.