Showing posts with label X-Men. Show all posts
Showing posts with label X-Men. Show all posts

Thursday, November 19, 2009

abg Remy <3

bopren

ni bopren aku sejak aku form 3


masa aku dok hostel, katun x-men dok ulangtayang kat tv setiap hari ahad kul 9 pagi
aku dgn tak mandi, mata satu line, ngan suar pendet, heret kain pelekat, dok depan tv layan x-men sorg2
wey sape nak bangun ahad pagi2 bute
ayam pon tak bangun lagi

aku kuciwa lah 3-3 muvi x-men mengabaikan bopren aku neh
bila kuar berita pasal nak buat X-Men Origins
citer Wolverine plak
tapi aku rajin ikut perkembangan
akhirnya officially announced yg Gambit akan ada watak tempelan dlm muvi pasal abg kuku besi kite neh
alamak alamak
aku eksaitedddddddddddddd

sape jadi bopren neh
sape jadi bopren neh
sape jadi bopren neh

aku ikut satu forum ni
buat poll
kuar nama mcm Brad Pitt, Stephen Dorff, Josh Holloway - Sawyer dlm Lost (sebab dia mcm paling dekat mcm Gambit kan), Jason Statham dan byk lagi yg cadangan mengarut2
last2 dapat tahu mamat model spenda sekor ni yg dapat role tu

ape kah

akhirnya sampai gak taim muvi ni kuar
aku tengok la trailer dgn eksaitednye nak telek bopren aku yg tlah menjadi kenyataan ni adekah seperti yg aku bayangkan dan mimpi2kan

pendet citer
aku puas hati
dalam 90% la jugak
mamat model spenda ni beriye bawak watak bopren dan menjadik

sape kah bopren?
nama dia Remy LeBeau
koser dia buleh manipulet kinetic energy
tapi biasanya dia pakai kad je ngan satu spesis tongkat
dan dia ada mcm hypnotic charm, dia tak pakai sgt power ni
dalam komik aku tak pasti
power dia dlm X-Men Origins mcm agak exaggerated lah, espesyeli taim dia lawan ngan Wolverine tu
tapi good to see he kicked Logan's ass for a change
dgn gaya sgt macho
dan cool
dan charming

dalam katun X-Men yg lama tu, dia join ngan geng Professor X
Rogue dlm katun ni cool
Remy mcm suke gile babih kat Rogue, sampai satu ketika dia sanggup petaruhkan nyawa dia semata nak kiss Rogue
Rogue tamau kasik
satu hari taim Rogue tengah tido, dia gi bantai kiss Rogue jugak
last2 dia koma la
ngamuk minah tu

dalam X-Men Evo, dia geng Brotherhood
dia ngan Rogue tak kapel
tapi mcm more to mcm partner la
masa dapat tau yg Remy ekceli dipaksa kawen ngan Bella Donna
tapi mcm chemistry tu ada

tapi dia mcm rebel anti-hero sket
tu aku suke
aku tak rasa dia hensem pon
dlm muvi pon abg Remy mcm more human-looking
mata dia normal je
tu aku paling tak puas hati

diwar-warkan nanti ada movie Gambit
mcm movie Deadpool
adekah akan menjadi kenyataan, aku tamo berharap kang aku kuciwa

antara wajah2 abg Remy dalam komik



ni artist's interpretation of Gambit sebagai salah sorg geng X-men
(yea right, adeke dia nak pakai camni)
bapok siam stail


dlm katun X-men



ni dalam x-men evolution
masa first time dia jumpe rogue, dia guna hypnotic charm dia kasik rogue pegang kad yg dah ade kinetic energy
pastu tebabom
rogue dlm ni cool jugak
gotik wo
cer lihat samting
mata Gambit kaler normal


and then a few episodes afterwards

goatee tuuu


in the end of x-men tv series, remy ngan rogue tak ke mana pon
dalam evolution, depa berpisah cara baik
tak kapel pon

aku tak baca komik sgt
aku baca sikit2 je yg uncanny x-men
aku tak sampai part yg dia jadik Death dalam Apocalypse
mana nak cari komik kat sini wey


woh
mamat model spenda tu nama dia Taylor Kitsch
dan aku tak tengok Friday Night Lights



baik lah
kembali ke dunia nyata~

post signature

Thursday, May 25, 2006

X-Men: The Last Stand - Definitely an end



hohoo.. selepas beberapa halangan, aku decide nak redah jugak gi tengok semalam..
one word - WOW.
definitely one hell of a way to end the trilogy.

adoi la.. aku tatau nak citer camne, mcm masih terbayang-bayang lagi ha kat mata aku.
aku ingat 18 clips and more yg aku dok tengok kat IESB.com, trailer-trailer dan tvspot yg aku rajin menjenguk dan menonton kat youtube.com dan everywhere in the net for that matter adalah spoiler of everything.







boy, i was wrong.

what can i say about this movie, is - IT'S FUCKING UNPREDICTABLE.
apa yg korang baca dalam sinopsis tu hanyalah satu gist yg tersangat-sangat pendek.. ahaha..
berbanding dengan the first two movies yg aku rasa plotnya simple, yang ketiga ni plotnya simple jugak tapi aku rasa.. ish tak reti ah nak cakap dalam BM - a bit darker version than the former two.

citer ni simple jer aa..
mcm satu kompeni ni dapat cari cure, yang dorang ambik dari DNA seorang budak mutant, yg ada koser untuk 'sembuhkan' genetik mutasi.. golongan mutant ni sangat marah giler babih la, sebab dorang yg reka 'ubat' tu anggap macam genetik mutasi ni sebagai satu penyakit.
so mcm ada konflik of interest la, The Brotherhood berjaya pengaruhi banyak mutant lain yang taknak 'disembuhkan' dan buat perancangan untuk serang dan bunuh budak tu.

oh subplot.
where do i start? banyak neh.. haha..
mcm the former two movies, ada indepth citer pasal beberapa mutant yang terpilih la, mcm yang no 1 tu citer pasal Rogue ngan Wolverine, no 2 citer pasal Nightcrawler dan geng-geng Iceman ngan Pyro, dan yang ni kalu ikutkan citer dia ada sikit pasal Angel dan Jean Grey, which took from where it left off dalam X2.
aku agak cikewa sebab watak Angel tak beberapa fully develop la, aku imagine lebeh daripada tu.

oh banyaknya unpredictable elements citer nih aa..
nak aku citer spoiler ke? hahaha.
terdapat beberapa watak penting yang mati dalam citer ni, dan aku sangat tak sangka-sangka..
memang giler babih aa..
aku keje dok terkejut je depan sekerin tu..

memang definitely berbeza la dengan keje Brett Ratner dengan Bryan Singer.
of course setakat ni aku buleh cakap, Bryan Singer buat lagi besh, dia buat filem-filem yg lepas tu agak solid, dan Ratner pulak agak berterabur, tapi dia ambitious.
dia berjaya visualize jalan citer tu jadi menarik giler babih, tapi kelemahan dia cuma character development je.
dan lines dalam citer ni sangat la corny, tader yang memorable mcm yang lepas-lepas, dan byk lines yang seolah-olah 'recycle' idea.

aku paling cikewa 2 watak feberet aku sebelah The Brotherhood, Magneto dengan Pyro.
ingat tak scene dalam X2 masa Magneto escape dari plastic prison dia tu?
huh, that was best scene EVER dalam trilogy X-Men..
of course la Magneto ni twisted, saiko dan manipulative, tapi karekter dia tu buat aku admire watak dia.
and then Pyro, dalam X2, walaupun dalam hanya beberapa scene, tapi mcm dapat la menjiwai la watak mamat ni camner, seorang rebel yang bukan putih dan bukan hitam, tapi grey.
dia join The Brotherhood sebab sebelah Xavier tu mcm 'hold him back'.

tapi...
aku tak dapat rasa kesaikoan dorang dalam citer nih.
Pyro mcm dog on leash je, hekooott Magneto merata.
and then Magneto nampak sgt mcm jahat giler babih la, tak nampak mcm very genius criminal (mcm dalam the first X-Men movie).
aku expect dalam scene yang Logan tipu dia tu, dia buleh dapat tau, so bagi aku scene tu mcm dia sgt bodoh la camne la bleh tertipu..

and then watak Rogue..
macam useless giler ah dia dalam citer nih..
ala.. aku expect i got to see Rogue in action, tapi instead dia gi ambik cure ke?
mcm masih menjadi misteri la, sama ada dia mmg ambik cure ataupun dia already able to control her powers.

Jean Grey - OMG!!
giler ah.. giler giler gilerr..
aku rasa ni la watak paling besh yg aku rasa agaknya pasal Ratner nak develop watak ni, watak lain dia abaikan kot..
cuma part last tu mcm agak corny ah.. apa la Logan pi cakap ilebiu? cakap 'I would die for you' pun dah cukup baik bagi aku.

overall, citer ni mmg besh..
adoi la klu Bryan Singer direct sumer mmg perfect la..
tapi saper yg minat X-Men, dan faithfull to the comics and cartoons, they should go and see this.
tengok laa tengok la tengok laaaa

dan sebagaimana ada orang_tu kasik info soh tunggu sampai credit abis rolling, aku dok la tunggu, the whole 7-10 minutes, sampai wayang tu kosong, sampai adik_keje_wayang tu tanya aku, "eh akak taknak balik ke?"
ahaha.. mmg berbaloi..
aku macam nak pengsaaann tengok ending dia.

of course, X-Men 4 takkan wujud, sebab banyak watak utama dah kaput.
tapi masih menjadi misteri, betul ke Cyclops mati? dia tak tunjuk kan scene tu
dan Xavier mmg mati, tapi dia hidup balik masa tunjuk scene lepas ending credits tu, dan mutant as powerful as Jean Grey yg kene ombak 10 kali ganda dari tsunami pun tak mati, hellehhh.. takkan la kene tikaman sayang abg_Logan dia akan senang-senang mati camtu je?

aku kasi 4 bintang.

Monday, May 08, 2006

X-Men The Last Stand lagi 18 Hari

aku rasa ni trailer paling besh aku penah tengok.
bukan official tau, fanmade trailer.
ada byk scene yg aku tak penah tengok lagi.

bayangkan la aku dok anticipated citer ni sejak aku abih demam Harry Poter tahun lepas tetiba jer Brett Ratner buat citer nih jadik tak besh.. mau aku bersilat dalam wayang tu.
aku ikat perot semata nak kompol duwet tgk citer nih.. giler kan kan kan..
aku dok berangan dalam wayang tu aku nak seludup KFC ciken chop tu melantak sambil swooning over Pyro..

oh Pyro dah jadi jahat.. pendek tapi hensem.. aku rasa dia sama tinggi jer ngan aku kot.. haha..
jgn kaco aku, aku nak tgk sorang. aku takleh kosentret klu ada orang kat seblah aku..
scene Pyro banyak kot.. ntah la.. tak harap sangat jadi besh..
tapi klu besh mau demam aku ni berterusan selama berbulan-bulan lagi pasnih..

tahun depan demam Harry Potter lagi..
OoTP akan release June 15th 2007.. giler ahhh..
sampai bila harus kubegini? huhu

Tuesday, January 31, 2006

X3: The Last Stand teaser trailer

it's official, tajuk movie X-men 3 baru ialah X-Men: The Last Stand
wahahaha corny kan? saper la bijak pandai kasik tajuk mcm tu.. giler tah pape..

aku tak dapat tengok trailer X3 tatau apsal.
nak kata tader quicktime, aku ada.
tapi aku search kat youtube.com, aku jumpa streaming trailer dalam bentuk flash.
aku rasa trailer ni paling tak besh berbanding dengan trailer yang lepas-lepas walaupun ada 2-3 kali gamba Pyro muncul. hehe..

here goes. enjoy.




source

Saturday, January 28, 2006

X-Men 3 versi 1

Real Name: St. John Allerdyce
Affiliation: Brotherhood
Age: 18
Previous Affiliations: Student, Xavier Institute
Powers & History: John Allerdyce is a pyrokinetic, who can manipulate fire and make it do what he wants. Since he cannot generate the fire himself, he usually uses a Zippo lighter, but can even use such small flames as those inside a lighted cigarette.
When Rogue first came to the Institute, John showed off by creating a ball of fire he balanced on his hand until his friend Bobby froze it solid [Refer X-Men (2000)].

John, Bobby and Rogue became fairly close friends, with a "fire and ice" rivalry existing between the boys. John's literal hot-headeness got him into trouble with Professor X when he made a human teen's cigarette explode in a public museum.
John was further disillusioned with humanity and the X-Men's credo after Bobby's brother called the police on them. Rather than submit to arrest, he attacked the Boston police with giant fireballs, blowing up a few squad cars. This resentment led John to leave the X-Jet and join Magneto and Mystique as they leave Alkali Lake in a Chinook helicopter.

Taking the name "Pyro," John apparently has chosen the life of a terrorist.

Pyro in X2: X-Men United (2003)



















Pyro in X-Men 3 (2006)

Friday, July 22, 2005

wuhuu

hari tu aku tengok balik X2: X-Men United, buat kali yg ke brapa dah.. pastu tengok plak X-Men yg first tu, dvd yang X-Men 1.5 tu..
adeihh.. itu Pyro buat saya mau pengshan laa..
masa intro dia kan, yg part Rogue, Bobby ngan John kena kacau ngan2 org budak laki kat muzium tu kan, pastu masa budak laki sorang tu rampas lighter John kan, pastu john mcm kenyit mata dia pastu api kuar dari rokok budak laki tu kan, adeihh. part dia kenyit mata dia.. adeihh.. ahaha terukkan aku ni..
lepas kuat X2 ni, aku terus obsess pasal pelakon yg berlakon jadi Pyro nih..
nama dia Aaron Stanford, dia tader la glamer sangat pun, tapi aku mencari dia punya citer-citer yg lepas-lepas tapi yg dapat cuma satu jer, "Tadpole".. ok arr citer dia
dia ni berlakon besh jugak, cuma dia tak glamer.. kira nak sampai tahap Brad Pitt tu mcm agak susah sket kot..

ah cakap pasai X-Men ni, aku sangat ler fanatik dengan X-Men ni, sampai komik dia (bukan ori laa) aku ada simpan koleksi, katun dia, aku ingat taim dok kat Melaka dulu, aku yg susah giler babih nak bangun pagi nih, sanggup bangun tu hari Ahad, dok depan tv sebab nak tengok X-Men kul 10 pagi..
tringat aku, dengan rambut srabai-srabai dengan muka sembab, pakai suar pendek, selepang kain pelekat, dok sensorang kat depan tv.. hehe
taim tu aku crush giler dengan watak Gambit... aku rasa dia la katun paling hensem aku penah tengok ahaha
sayang dalam citer X-Men, watak dia tader..

so bila akhirnya filem X-Men live action menjadi realiti, aku rasa sangat cikewa sebab watak-watak feberet aku mcm Gambit ngan Emma Frost tader..
tapi bila tengok X-Men kat wayang, ulalaa.. pelakon yg jadi Wolverine tu.. menjadi gilerrrr..
masa tu la Hugh Jackman menjadi pojaan hati kuuu..
komen aku, Jean Grey tua sangat, watak Cyclops mcm budak lepas grad jer.. pastu Storm.. adoi la Stormm..
ada ke amek Halle Berry..
dalam komik watak Storm tu digambarkan sebagai wanita perkasa, yg mcm tua aa.. bagaikan mother figure kat bebudak kat sekolah tu.. tader aa ta dalam 30 lebeh aa..
tapi Halle Berry adoi laa tak seswai langsung.. African accent dia pun mcm fake jer..
Sabretooth ah seswaii..
Mystique.. wahhh giler babih best.. kira mengubat hati aku aa sebab Emma Frost tader..
ikutkan dalam komik, Mystique tu mak kepada Rogue ngan Nightcrawler, tapi dalam movie ni mcm lain plak jadinyer..
tapi aku puas ati dengan watak Prof X ngan Magneto.. giler babih best..

X-Men 3 ni ada Emma Frost yeyey!
tapi Gambit masih ditaderkan.. hampeh betull
tapi watak Archangel ada aa.. oh tu besh..
cuma yg tak besh, Bryan Singer dah tak direct, depa amek sapa ntah..
alahai.. kang jadi tak besh plak.. rosak X-Men aku..

ni la Pyro dalam X2..
nama betul dia St. John Allerdyce, dia boleh manipulate api, tapi tak bole create api..
mcm rebel-rebel sket aa.. last-last dia join Magneto punya mutant brotherhood..
ah kalu aku jadi mutant pun aku join Magneto..
Prof X punya klik boring aaaaaa...
hensem kan hensem kan? ahaha
tapi sayang sebab pelakon ni tak glamer, so ada satu official website dia dah tutup..
seb baik aku sempat save sumer gamba dia.. hehe

dan lagi dan lagi gamba.. hehe
Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com