Tuesday, August 29, 2006

OCD

one of the bad things jadi seorang berzodiak Pisces ialah susah nak menyembunyikan perasaan sendiri.
Pisces may be vary, aku biasanya pendiam dan pemendam, tapi ada jugak yg loud dan over-emo.
tapi satu yg sama, walaupun aku tak cakap, maybe kat ekspresi muka atau bodylanguage aku akan tunjuk almost every mood i'm in.
suxx i know.

mcm ramai org cakap kat aku, klu aku suka satu benda aku akan suuuuuuuuuuuuuuka sangat sangat sangat sampai mampos.
kalu aku eksaited pasal satu bende tu aku mcm rasa nak terbang jer.. oh lupa dunia kejap..
tahap obsesi giler babih aa lebe kurang.. haha
when i was young, aku adalah pengompol benda-benda tak berpekdah seperti kaset lagu dan everything pasal citer wayang.
klu tengok koleksi kaset aku yg masih wujud sampai skang ni, mau la dalam 4 kotak bertapa dalam stor tu.
lepas tu, setiap minggu aku sanggup berlapa sebab nak gi tengok wayang.
lepas tu aku akan syok sendrik-sendrik buat satu scrap book my personal review pasal citer wayang tu.. bukan setakat review citer, aku akan review screenplay, cinematography, aku beli buku yg ada screenplay, aku baca balik, aku hapal dialog, aku cari OST walaupun sekadar lagu orkestra jer, aku cari novelization, aku beli majalah Premiere yg harga nak dekat 20 hengget tu dan byk lagi..
dan klu citer wayang tu besh nak mampos, aku akan gi tengok berkali-kali-kali (heck i watched Speed for 5 bloody times kat wayang, dan berkali-kali lagi kat video)
tak campo aku beli video dia lagi blablabla
giler babih ah

dan zaman skang, contoh ah aku suka Harry Potter kan, aku tader kemampuan dari segi wang ringgit untuk beli memorabilia dia ke pekejadah, tapi aku put a hell of a good use of dear old internet untuk everything segala mak bapak tok nenek pasal HP yg wujud.
tu tak masuk lagi obsesi aku yg lain.
masa aku gila bola dulu (zaman Astro tak privatize EPL lagi), aku siap rakam tu klu match MU yg best best, pastu siap tengok lagi tu lagi lapan juta kali.
player mana aku tak kenal? team mana? sebut jer aku mesti tau.
skang ni, baru masa WC tu aku baru tau Kewell tu kelab mana.. hahaha gelakkan dia

tapi sepanjang aku jadi obsessive ni, aku jarang ah.. bukan jarang, maybe tak penah kot, jumpa org yg betul-betul sama mcm aku.
ada org yg obsess pasal anime, aku takleh masuk sebab aku cuma obsess pasal Ranma ngan Inuyasha jer, bukan sumer anime, dan aku takleh la masuk geng Naruto atau Bleach.
aku obsess pasal StarWars, aku jumpa org yg obsessi sama jugak, tapi orang_tu terlalu teknikal la pulak, aku sampai tak paham apa dia cakap haha

senang citer aku ni jenis spesifik kot.
sangat-sangat spesifik.
giler babih particular.
tu susah nak cari tu.

takpe la.. biarlah aku dalam dunia aku sorang-sorang berseorangan.

Thursday, August 03, 2006

The Lake House

waaaaa.... susah la nak tgk citer ni..
TGV punya website sejak dua menjak ni mcm syiall (ke seber opis aku yg mcm syial?)
buking GSC full house jer..
tapi aku tetap berusaha jugak..
semalam aku ponteng hapdey semata nak gi tgk citer nih..
oi all work no play mana buley oii

citer ni menggabungkan balik hero dan heroin yg penah femes satu masa dahulu dalam citer Speed.
ohoo i clearly remember that movie
3 kali kat wayang, aku beli video, dan tengok berkali-kali dan berkali lagi
aku hapal every aspect of the story, every scene, and almost every lines, Speed is one of my favourites of all time..
aku obsess giler dengan abg_Keanu, dan aku jatuh chenta dengan Sandra Bullock (seblom tu aku tgk dia dalam Demolition Man tak baper menonjol sangat)
tu zaman aku tgh giler movie dulu.. oh let's not talk about it.
Speed mmg nampak dorang mcm sangat ada chemistry, and i was pleasantly surprised bila aku dpt tau movie ni gabungkan dorang balik.. wah wahh teruja jugak aku


kesah sorang doktor pompuan ni, Kate Forster, dia ni mcm sangat mellow dan lonely la..
opening tunjuk dia tinggalkan rumah kat atas tasik, chantek rumah tu cuma dinding dia sumer gelas dan tader privacy serta menarik perhatian kaki sekodeng la, lepas tu tunjuk la dia dapat keje baru kat spital.. seblom dia kuar umah tu, dia tinggal surat la, kat next tenant klu ada surat sampai kat umah tu, tolong forward mail dia kat alamat baru dia..
pastu tunjuk lak laki ni, Alex Wyler, dia ni somesort of architect kot, dia pun baru beli Lake House tu.. dia masuk rumah tu buat revonation sumer, dan dapat surat last tenant (Kate)..
so basically sinopsis yg korang baca dalam website tu dah tunjuk spoiler la, sebab aku tgk cara scenes ni diintroducekan mcm seolah-olah nak bagi audience nampak yg Kate kuar rumah, Alex masuk rumah tu la..
and then satu peristiwa yg trigger secara tak sengaja dorang punya relationship..
masa Valentine's Day, Kate tolong ada org eksiden depan mata dia, dan dia tak dapat slamatkan orang tu..
so dengan ferastnya dia larik balik gi umah Lake House tu, pastu dia nampak mailbox dia ada surat, Alex balas surat tu, pastu camner tah dorang berutus surat pakai mailbox tu..
adoi aku tak reti nak citer la..
so seperti dalam trailer (trailer spoils basically everything), dorang ni sebenarnya 2 years apart, Alex tahun 2004, Kate 2006.
Alex was the first tenant of the Lake House, sebab Lake House tu bapak dia yg design, lepas Alex kuar baru Kate masuk..
dan almost everything dalam Kate's life sejak 2004 adalah result daripada correspondence dorang guna mailbox kat Lake House tu
aha paham tak?
ala senang citer, dorang berchenta pakai mailbox tu la, tatau la camner, ada megik kot.

ok citer dia agak lembab.. huahhh!
awal-awal lagi aku dah agak Alex mati, sebab dia la org yg Kate witness eksiden dan dia tak dapat slamatkan tu.
kununnya, Alex 2 tahun lepas tu dia cari jugak Kate, dan kene langgar kete..
sounds like they will never be together, right?
tu la yg aku sangat pasti
sampai nak 3 suku citer, aku mcm sgt terharu la, adoi la dorang ni mcm tak dapat jumpa jerrr.. adoi la adoi laa.. saket jantung.. jumpa laaa jumpa laaaaa
sebab mcm Alex tu yg simpan prasaan lama kat Kate, dalam 2 years kan? paham tak paham tak?
tapi dia eksiden dan dorang tak dapat jumpa.. waaaa

chemistry dorang still works..
walaupun abg_Keanu nampak tua la jugak (he's 42 this year) tapi Sandra Bullock nampak masih cumell.. lagi-lagi scene flashback tunjuk dia rambut panjang tu.. nampak muda jer (she's also 42).. suka la dia nih.. i saw almost every of her movies.. sukerrrr
lakonan Keanu slightly improve, cuma ada scene dia nangis tu aku mcm cringe sket.. erkk
Sandra Bullock la paling menusuk skali, masa last skali tu.. ala kang aku kasik spoiler..
ala taim dia nangis kat mailbox tu, mcm last resort dia nak jumpa Alex.. err.. aku pun nangis jugak hahahaa

overall, ok la citer ni, sebab ending dia terpulang pada org yg tengok tu, klu dia dapat predict kira dia dah tau la ending dia apa
aku memula dapat predict tapi last-last tekaan aku salah, pastu mcm betul eh pastu salah
aku rasa pompuan lagu suka kot movie camni, nak kata chick movie pun tak jugak, tapi satu sebab ada abg_Keanu, satu sebab citer ni romance kan
klu laki lak, klu dia jenis ada bau-bau kentot jewang, dia suka kot.

aku kasik 3 setengah bintang out of 5.
slack cuma citer dia lembab dan agak byk flaw.
tapi the acting is great, emo-efek tu agak menusuk dan aku suka Keanu ngan Sandra (bukan kura kutie la jgn prasan) lagi sikit aku kasik 4, tapi 3 1/2 is enough.
recommended.. gi la tengok!

Thursday, July 27, 2006

Dorm

domdomdomdomdomdomdom (ala-ala lagu Misyen Imposibel)

aku slalu dalam pencarian citer seram yang berkualiti... lagi-lagi citer seram dari Asia la
aku dah terlepas Black Night, dan 2 kali aku beli cd chap tengkorak kat pasa malam, 2-2 tader subtitle walaupun kualiti gamba ok. bodo punye lanun.
setakat ni yang besh The Eye, the Eye 2, Ringu, Shutter ngan The Maid, just to name a few.
yang crap takyah citer la, tajuk pilem tu pun aku takkan ingat dah.

oh bebaru ni aku meredah ke bilik gelap untuk tengok citer Dorm ni, gara-gara sebab terpengaruh dengan cinemaonline kasik 4 bintang kat citer nih.
oh mmg patut pun dapat 4 bintang.

citer dia pasal sorang budak ni (bakal-bakal hensem la bila dia besar), dia kene paksa dengan bapak dia untuk masuk satu skolah asrama nih..
budak ni mcm berdendam dengan bapak dia la gile-gile..
pastu ada satu group kat skolah ni, nak kata geng budak jahat tak jugak kot, tapi masa malam fest budak tu tido kat situ, dorang ramai-ramai lepak sambil tuka-tuka citer hantu (ala mcm kita-kita slalu buat mcm dok kat hostel deduluk tuuuu)
dorang citer ada hantu pompuan bunuh diri la, hantu budak dalam bilik air la, hantu budak lemas la, kunun untuk takutkan budak baru tu la.
budak tu mcm tader kawan la, pastu ada la sorang budak lagi datang borak-borak ngan dia (budak ni hensem jugak, klu besar mesti lagi hensem wuhuu)
pastu dia dapat tau kawan baru dia ni sebenarnya h-a-n-t-u.. gagagagagaaa



ok ok i'm a bad storyteller, tapi basically camtu aa citernyer.
nak kata seram tu, ada la byk scene yg buat jantung masuk ke perot.
tapi citer ni agak different la bagi aku, elemen seram dia mcm sampingan je, tapi yg penting dalam citer ni ialah pasal friendship la
mcm sedeh pun byk la jugak, agak touching la
contoh mcmmana sebenarnya kawan dia tu mati, apsal cekgu la mcm pelik-pelik, betul ke bilik air asrama tu berantu, sumer masa last skali akan dibongkarkan la, with a twist.

aku rekemen aa citer ni, tader hantu typical citer skang mcm ala-ala hantu ju-on tu, atau hantu merangkak, atau hantu air, ada hantu dia pun hensem lagi walaupun budak kecik..
dan scene budak tu tau kawan dia hantu pun mcm agak mengejutkan la..

it's memorable and beautiful, aku kasik 4 bintang untuk the whole movie, dan 5 bintang untuk lakonan dorang.



"Being transferred in the middle of a semester is really cruel. I have to get used to new classes and a new dorm that does not feel like home, and the worse part is, the new bed that I’m sleeping on, who knows how many people slept on it before me."

"I feel really lonely here. I don't really have any friends except one. We like to sneak out and play at the playground behind the school. For years there has been this rumor floating around that there used to be a pool here, where children used to swim during the weekends, but was closed. The rumor is it's because a kid drowned!"

"Do you believe in this old school's tale? I know a secret and if you promise not to tell anyone, I will tell you..."

Sunday, July 09, 2006

Superman kembali



oho agak outdated aku kali ni, considering this movie already has opened to the public about 2 weeks ago.
my initial reaction bila opening credits - WOW!
mcm a trip to memory land la, sebab Bryan Singer buat sejibik dan improvised sikit-sikit mcm opening credits filem Superman yang lepas-lepas.
aku dok whoooo whoooo sensorang ah mcm teruja gilerr.. hahaha lambat 2 minggu.. tapi aku teruja gilerrrr ah..

ok for bit of back-up story la kan..
citer dia sambungan daripada Superman II, klu ingat kan yang Superman berlawan dengan 3 orang outlaw dari Krypton tu, General Zod and the geng, dan masa tu la yang Lois Lane dapat figure out yang Superman ni actually Clark Kent.
oh scene yang masa Lois konfem Clark tu Superman mcm really really unforgettable ah.
pastu Superman bawak Lois pegi Fortress of Solitude dia tu, pastu disebabkan Superman dilarang sama sekali masuk campur dengan history manusia (termasuk la to have an intimate relation dengan manusia) so Superman decide untuk buang sumer kuasa dia dan jadi sorang manusia hanya untuk bersama Lois.. masa tu la yg depa berzina tu.
pada masa yang sama, General Zod and the geng tengah terrorizing the world.
so bila Superman yg hilang koser ni dapat tau, kira dah terlambat la.
so very touching la scene yang Clark Kent sebagai manusia ni bersusah-payah gi balik Fortress of Solitude dia untuk merayu dengan bapak dia untuk pulangkan koser dia balik.
tapi unbelievable scenes bila Superman berlawan dengan General Zod dan konco-konconya tu.. mmg besh dan kesian giler..
bayangkan Superman lawan dengan musuh yg sama kuat ngan dia kali 3.
gilaaaa..
dan last skali, Clark jumpa ngan Lois kat opis, pastu Lois nangis-nangis cakap kat Clark camner dia nak hidup seopis dengan Clark lepas dia tau Clark tu Superman dan dorang takkan mungkin bersama.
and then Clark kiss Lois guna some sort of magic la bagi Lois tu lupa yg Clark ni actually Superman.
haha.. paham tak paham tak?

so saper yg tak tengok Superman The Movie ngan Superman II ni maybe akan konfius sikit kot bila tengok Superman Returns nih.

ok Superman Returns ni bawak ke 5 tahun selepas kejadian Superman II.
Superman (yg sangat hensem gilerrrr itu) kembali lepas dia terbang mencari sisa-sisa Planet Krypton lepas ada repot sightings home planet dia dari ahli astronomy..
Bryan Singer buat scene dia balik tu with a big bang.. whoaa giler besh..
and then Lex Luthor (the fuckin brilliant Kevin Spacey) dengan saiko giler dia, balik ke Fortress of Solitude Superman (yg sangat hensem gilerrrr itu) dan curik beberapa kristal kunun nak tunaikan cita-cita dia untuk ada tanah sendrik (rujuk Superman The Movie)
and then kesah jewang dia plak, lepas 5 tahun Lois dah jumpa dengan org len dan beranak pinak la pulak, kunun moving on la.
dan tunang dia pun not bad la orang dia.
sian plak aku tengok Clark masa tu, owhh hensemnyaaaa..
pastu ada scene scene action yg giler babih besh aa..
uuuuu...


dari segi casting la, Brandon Routh.. waaaaaa.. HANSAMU!! perfectly cast!
gaya dia, mmg mengingatkan dengan mendiang Christopher Reeve la.
bila dia jadi Superman (yg sangat hensem gilerrrr itu) dia mcm sangat sugoii dan cool.
dan bila dia jadi Clark, nampak la clumsy ngan goofiness dia tu haha.. sgt cumelll..
pastu dia dok ogling over Lois tu mmg sejibik aa mcm Chris Reeve punya stail la..
aku suker aku suker..
selama ni bila they announced mamat unknown ni jadi Superman (yg sangat hensem gilerrrr itu) aku mcm HUH? Brandon who?
first impression aku mcm alamakk.. jambu ah dia nih.
tapi bila tengok dia beraksi mcm kene gilerrr ah.. oh oh hensemnyaaa hahah lapan juta kali dah aku cakap.

tapi Lois Lane dia spoil ah.
Lois yg aku kenal ialah sorang yg main redah punye orang.
spunky, selamba, ikut pala hotak dia jer, fearless, mulut main lepas, tapi bila dia tengok Superman dia mcm jadi sewel biol sket haha.. sebab nampak sangat dia mcm crush giler ah ngan Superman haha..
setakat ni Lois Lane paling perfect ialah Teri Hatcher, from The Adventures of Lois & Clark, siri tv tu.
Kate Bosworth mcm err.. lembik aa..
dia trying too hard la.. tapi sort-of mcm falls flat to her face..
mcm scene lepas Superman selamatkan dorang tu, Lois supposed to have this look, a very familiar look of awe and surprise and admiration, tapi tak jadi laaa.. Margot Kidder (versi movie) ngan Teri Hatcher buat menjadik haha.. mmg trademark dorang ah..
tak nampak la feisty Kate Bosworth tu.. very disappointing la..
seblom Kate Bosworth ni dicastingkan, Selma Blair (minah heroine citer Hellboy tu) rumored jadi Lois, sama dengan Scarlett Johansson, Keira Knightley ngan Mischa Barton.
aku rasa Selma Blair lagi seswai ah dan her age pun nampak kena.
sebab ikut timeline logik, klu lepas 5 tahun Lois would at least in her early 30s, ni minah tu nampak muda giler ah.. tak seswai..
even dalam movie lama pun, Margot Kidder tu nampak tua sket dari Christopher Reeve sebab ikut logik la, kat Daily Planet, Lois Lane dah kira senior reporter dah, Clark Kent baru jer masuk keje situ..
~edited.
aku tingat dalam Superman the Movie dvd version deleted scene, masa Clark Kent di zaman remaja, dia guna power dia untuk lari dan super-lompat ketapi yg tgh lalu, dan ada sorang budak kecik dalam ketapi tu nampak Clark berlari selari ngan ketapi tu, guess what budak kecik tu ialah Lois Lane.
so that makes Lois at least 8 years younger than Clark, so Clark masa tu 18, Lois kecik je dalam 10 tahun.
giler kan buat mistake camtu, patut la dia jadi deleted scene.

lagi satu disappointment aku ialah watak Perry White.
haiyoo.. saper yg baca komik, tengok movie dan siri tv dia should know what i mean.
Perry White is a loud summabitch, mcm JJ Jameson boss Peter Parker dalam Spider-Man tu.
tapi dlm ni mcm selo jer ah.. tak besh aa..

Jimmy Olsen dia typical, besh mcm yg aku tengok.
Lex Luthor dia takyah citer aa.. Kevin Spacey sentiasa besh.
cast lain malas la aku nak citer haha.

aku sangat puas hati, rasa mcm nak tengok lagi jer sebab Brandon Routh tu jambu hensem gilerr.. ngee.. hensemmmmmmm.. haha!
mmg berbaloi ah Bryan Singer abandon projek X-Men 3 dia untuk Superman ni.
ironically, Brett Ratner yg supposed to direct citer nih, mcm bertukar pulak.
Singer punya stail sangat menarik sebab dia berjaya develop character yg ada dengan baik.

Batman is still my favourite superhero, Superman ni hensem dan terlalu perfect sangat ah, and Spider-man byk sgt issue low self-esteem dia.. boooring..
Batman hensem dan kaya walaupun biol sket haha.. penting tu.

overall aku sangat puas ati, Singer managed untuk stay true dengan komik dan berjaya mengekalkan continuation dari filem Superman yang lepas-lepas.. bravo!
aa mcm byk jer lagi aku nak komen haha.. sebab aku sangat teruja giler ah.
aku buleh kasik 4 1/2 bintang dari 5 bintang.

lastly, hmm.. anak Lois tu agak-agak anak saper eh sebenarnya? (sila rujuk Superman II) hehe!

Sunday, July 02, 2006

recovering

thanks untuk kawan-kawan dan kenalan internet yang bagi support, yg ziarah, yg sms, yg ucap slamat, yg itu ini blablabla.. every little thing you guys did tak kira la kenal atau tak, means A LOT to me.
really.
aku tatau nak cakap 'arigato' kat mana, so sini ok la kot. hehe.

aku baru baik demam selsema yg rasanya teruk la kot.
sebab it lasted for about a week.
so dalam seminggu lebeh ni, i was cut off from almost everything, Bola, keje, social life, almost everything normal la.
so mcm a bit hectic sket nak susun balik.
ni kira aku ambik cuti terpanjang sejak aku keja la, 6 hari, campur 2 hari mc, yg lagi 4 hari tu.. err considered EL kot haha.. apa aku nak kelentong bos aku nih.

apa aku nak tulih lagi nih? hoho aku cikewa jugak siiiikit Brazil kalah.. hahaha.
tu jer kot.
hahaha hohohoo hihihi

tu jer kot.
that was a heck of a goal, Henry.