hoho aku berjaya akhirnya menjejakkan diri ke Istana Budaya semalam.
ekceli, big boss aku kasik kitorg tiket nak tgk PGL pree.
seat kitorg, bagi aku seat yg besh la..
seat yg biasa aku pilih kalu aku gi mewayang - area blakang-blakang tepi skali ngee
kalu aku kurang rabun atau spek aku cukup power, aku rasa dah mmg superb dah view dari situ.
so tunggu la orang datang, ramai gak la yg lambat..
biasa la org mesia ni, klu setat 8.30, 8.30 la baru kuar umah.
pentai.
so bende alah tu setat tepat jam 8.40.
my inital reaction was.. waaaaaahhhhhhhhhh..
1. sebab aku tak penah tgk teater yang large scale camni
2. lantai stage dia buleh naik turun tu, mcm kapal angkasa gaban plak
jakun giler aku.. ahaha
mcm setat setat ramai la jugak org berkemban dan hampir separa bugel menari dan menyanyi atas stage tu.
yg pompuan berkemban, yg laki, pakai kain batik dan tak pakai baju.. wohuuu!
memang meriah la..
first skali scene AC Mizal jadi Adipati Majapahit.. blablabla nyanyi nyanyi nyanyi..
pastu Gusti Putri kuar.. nyanyi nyanyi nyanyi
tak sangka sore Tiara nyanyi life besh jugak.. power la sore dia..
ok aku ni mmg agak bodoh la jugak, selama ni aku tatau lak Puteri Gunung Ledang ni sebenarnya Puteri Jawa Majapahit.. ahaha..
camni la sebenarnya citer dia..
mcm asalnya Majapahit ni kene perintah dengan Gusti Adipati Handaya Ningrat, pastu ada satu Putera Demak tu mcm nak serang dan claim takhta Majapahit nih.
so Gusti Adipati ni mcm sgt riso la..
kebetulan taim tu, Sultan Mahmud Syah datang melawat Majapahit skali dengan Bendahara ngan Laksamana Hang Tuah.
aku tak sure pulak zaman Sultan Mahmud ni Bendahara dia saper, Tun Perak kot.. tah la Sejarah aku fail la.
so kira sebelum Sultan tu turun jumpa Adipati, Sultan hantar Hang Tuah dulu, so Gusti Putri yg sambut dorang.
so kunun mcm Gusti Putri ni tergelempiang la dengan Hang Tuah ni la (aku pun konpius pasal apa, sebab dia ni macho ke, pandai berpantun ke apa)
pastu dorang berchenta-chenta atas bukit kat blakang Adipati ni la.. nyanyi nyanyi sumer..
pastu Sultan pun turun jumpa Adipati, Gusti Putri kene la menari sambut Sultan ni.
pastu Sultan ni rasa mcm teruja la pulak tgk minah-minah jawa ni berkemban tergolek-golek bontot menari untuk dia, lagi-lagi la Gusti Putri sebab dia menari paling gedik skali.. hehe.
pastu Adipati ni mintak tolong la sebab Melaka taim tu mcm tgh sangat kuat kan, mintak Sultan hantar Laksamana dengan Hulubalang sumer gi warning itu Putera Demak supaya jangan serang Majapahit..
Sultan setuju tapi dengan syarat dia nak kawen ngan Gusti Putri.
oh oh sungguh macho Sultan itu..
pastu Gusti Putri ni mcm tau la Hang Tuah kene pegi jauh la on a mission kan, so dorang nyanyi nyanyi sambil bersumpah setia la.. kata satu hari nanti dorang akan bersama balik la kunun.
so kalu Hang Tuah tak balik Majapahit, Gusti Putri akan pegi ke Melaka, tunggu Hang Tuah kat Gunung Ledang sampai dia datang.
pastu mcm dah sgt lama la Hang Tuah tak datang kan, Gusti Putri lari dari Majapahit, gi Gunung Ledang nak tunggu pakwe dia.
masa tu orang Adipati bawak berita yg Putera Demak tak jadi serang Majapahit sebab Hang Tuah and the geng dah berjaya warning dorang la.
so Adipati ni kene tunaikan janji untuk kawenkan adik dia dengan Sultan..
pastu dia dapat tau adik dia sudaa larii.. jengjengjenggg..
kat Melaka lak..
Sultan tau Gusti Putri sudah lepak kat Gunung Ledang, so dia gi hantar Hang Tuah tu masuk meminang Gusti Putri.
so selepas banyak halangan, Hang Tuah tu berjaya la jumpa awek dia..
yg awek dia ni lak ye-ye je ingat pakwe dia ni datang kunun nak tunaikan sumpah dia la, dorang jumpa balik kat puncak Ledang dan bersama akhirnya la..
padahal Hang Tuah datang bawak rombongan meminang.
bila Gusti Putri dapat tau, dia mcm sangat cikewa la.. so dia kata dia akan terima pinangan Sultan dengan 7 syarat la 7 syarat yg glamer tu la - 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, jambatan emas blablablabla.. ngan syarat last skali semangkuk darah Raja Ahmad anak Sultan Mahmud.
so Sultan ni buat sumer tu la, sampai last skali dia hampir nak bunuh anak dia sendrik bila Gusti Puteri datang, dia cakap dia taknak kawen ngan orang yang sanggup bunuh anak dia sendrik.
pastu dia cakap kat Sultan lebeh kurang camni aa dialog dia, "Takkan la ko tak paham aku bagi syarat tu sumer sebab aku takmoh terima pinangan engko.."
Sultan murka giler aa.. bukan sebab Gusti Putri tolak pinangan dia, tapi mcm dia guna taktik bodoh untuk tolak dia la.. oh sungguh macho Sultan itu bila dia murka..
Sultan cakap camni la lebeh kurang, "Aku takkan tergamak membunuh darah daging aku sendiri hanya kerana seorang Puteri Jawa yang tidak ada apa-apa.."
yay Sultan!
pastu mcm Sultan tulah la Gusti Putri ni, dia sumpah Gusti Putri ni dok dalam solitude kat Gunung Ledang sampai bila-bila, dan dia takleh jumpa orang sesudah Subuh, klu org jumpa dia, org tu akan mati la.
dan scene yg last tu tader kesan betul la..
sepatutnya tunjuk la lepas Gusti Puti kene sumpah tu, Hang Tuah cari awek dia pastu tak jumpa-jumpa.
pastu mcm Hang tuah ni sepatutnya sangat heartbroken la, tapi tak tunjuk pun.
tu abis camtu la lebeh kurang.
yang aku tak paham kat sini, sepatutnya citer ni kunun mcm 'kesah chenta agung' kan?
tapi kat mana la agungnya?
aku nampak Gusti Putri tu jer terhegeh-hegeh kat Hang Tuah.
yang Hang Tuah bangang lak, terlalu setia kat Sultan sampai jadi bodoh.
tapi aku tak nampak Hang Tuah buat apa pun untuk Gusti Putri tu.
Gusti Putri tu sanggup menghina diri dia untuk jadi penunggu Gunung Ledang semata pasal dia sayang giler kat Hang Tuah.
aku dari dulu mmg tak berkenan peel Hang Tuah nih.
aku rasa dia bodoh sebab terlalu setia pada Sultan yg bodoh dan zalim.
pastu aku heran ramai nau pompuan suka kat dia eh?
Hang Tuah ni zaman dedulu kira sama stended dengan Hans Isaac atau Brad Pitt kot.
ok ok.. aku panjang giler membebel dah nih
bagi aku teater ni superb.
teknikal aspect dia mmg besh, muzik, lagu, lighting, set, sound efek, mmg on-cue dan aku tabik spring la.
aku tak jumpa fault dari segi teknikal.
lakonan, Tiara mcm agak poyo, tapi dia bawak watak tu menjadi la jugak.
aku paling bengang watak Hang Tuah, WHY THE FUCK dia amek omputeh lak?
dah la tader karisma langsung, aku nampak dia struggle nak cakap dialog melayu tu sampai acting dia tader feel.
apsal la tak amek Rosyam Nor ke atau Jejantan Melayu Terakhir bersepah yg lain? apsal mesti omputeh?
pastu aura/chemistry Tiara ngan omputeh sesat tu mcm tader laa..
walaupun lagu dorg nyanyi mmg sangat menusuk la, tapi aku mcm tader prasaan pun tgk dorang jewang-jewang.
pastu teater ni sgt panjang la.. siap ada interval lagi tu..
mcm agak meleret-leret la jugak.. aku sempat la pejam mata part buring-buring jewang-jewang tu sebab mmg ngantuk sangat dah.
oh Adlin.. aku suker sgt dia jadi Sultan.. aa.. mcm besh la.. ahaha penuh karisma la..
AC Mizal pun superb.. aku rasa watak dia paling menonjol aa sini..
bergegar dewan tu skali dia bertempek ahaha.
ok la bagi large scale stage play.
walaupun ada teater lain yg Actor Studio buat aku raa lakonan lagi mantap, tapi besh la jugak.
mebi sebab bagi aku, lagu-lagu dia aku rasa paling besh.. aduii mana nak cari soundtrack aa?
setat 8.40, tamat 11.50, with intervals 15 minutes in between.
rating aku 3 1/2 bintang / 5 bintang.
ni aku ada amek gambar video, skali dengan ada lagu dia sket..
No comments:
Post a Comment