Saturday, November 28, 2015

Married life

Hidup berumahtangga ni ekceli takla seindah sgt seperti yg korang yg masih bujang ni idamkan.
Jgn la terpengaruh dengan drama2 tahyul slalu kuar kat tv tu. Suamiku Playboya la Isteriku Tomboi la, Suamiku Gay Insaf la.
Tahi tu semua tu.
Realiti ni menyakitkan.
Memerlukan ketahanan mental dan emosi tertinggi.
Becinte kentut pun wangi.
Dah menikah tgok muka mcm nak makan penampar.
Kalo korang pompuan jgn la pulak nak tampar laki korang.
Berdosa woi.
Sejahat mana laki ko, syurga bawah tapak kaki laki ko.
Ko kene dulukan laki ko dari mak kandung ko sendiri.
Aku cite ni mcm aku ada masalah rumahtangga kan.
Bagitau aku rumahtangga sapa yg tade masalah?
Korang jgn la terpengaruh cite2 tahyul rumahtangga org lain kat facebook tu.
Takkan depa nak cite mende tak besh pulak kan kat facebook.
Yg manis2 je la cite mcm pi jalan2 kat korea ke, makan steak kat uptown ke, bawak anak2 pi waterpark ke.
Tapi masalah sebalik kesah2 tu haram la depa nak cite.
Begaduh laki bini ke sementara nak kumpul duit nak pi korea tu ke, laki tak dpt cuti ke, anak buat prangai ke.
Ade depa nak cite?
Oh tidak.
Amek gamba2 selfie muka hepi je makan kimbab.
Lepas tu tarik muka masam.
Korang apa tau.
Yg paling besh ada pulak gaduh laki bini pon berderet panjang cite kat fb.

Mula2 menikah, 3 tahun pertama adalah paling perit.
Masa tu tau la betapa busuknye kentut laki ko ke bini ko lepas makan telor rebus.
Lagi2 melepas masa tgh nyenyak tido.
Ada yg kene tido luar pastu.
Gaduh pasal duit tu biasaa..
Masa 3 tahun pertama yg baru dpt anak lagi perit.
Masa tu la tebyg2 saat indah masa bujang dulu.
Kalo korg lepas je halangan 3 tahun pertama tu aku ucap tahniah sambil lambung spenda.

Korang kene pikir dan tatap tenung muka laki bini masing2. Tu la muka yg korg tatap lagi 10 20 30 40 50 tahun lagi kalo umur panjang.
Sanggup ke.
Akan jemu ke.
Pasangan korang tu takkan sehat dan kuat selama2nya.
Depa akan sakit, lemah, cacat.
Sapa yg nak jaga?
Muka halus mulus akan bekedut.
Yang ada sixpack akan bertemu jadi onepack je.
Yg gebu2 begetah akan kendur.

Aku tahun depan akan masuk tahun ketiga.
Kalau bertahan sila la ucap tahniah dan julang spenda korg bagi yg memakai spenda la.
posted from Bloggeroid

Thursday, November 19, 2015

Blogging

Lama sangat aku tak menaip.
So fucking what? I have stories to tell but bila je mula menaip, aku mcm ah fuck it, nobody wants to read my shit.

Anyway, harini aku buat chocolate cake.
Cracked sikit sebab cake pan dia kecik, so mcm exploded sikit at the middle la.


I'm going to spread some topping on the cake now.