I will talk about that someday.
Bila artikel ni kuar, paling syok baca komen 'pakar2 ekonomi' kat fb.
RM2,500 ni bagi aku banyak.
Gaji aku skang pon tak cecah banyak ni.
And I'm married, still have my parents to support.
My point ni sebenarnya, skang ni 2.5k kalo bujang dok kat bandar besar, KL, Penang, JB, mmg cukup, with no excess untuk simpanan atau investment.
Kalo masa lepas aku grad dulu dalam tahun 2003, dapat 2.5 aku dah joli katak dah.
Masa tu masa ada smartfon, mana kenal keroke, mana ada astro.
Internet pon kat umah ke, stremeks 1mbps RM99 sebulan.
Kete tade, nak tengok movie gi tengok wayang.
Nak beli barang umah RM100 dah mcm2 dalam troli.
Dan paling penting, tak kenal lagi online shopping.
Ok ok tu semua bukan keperluan.
Tapi harap paham kan zaman 1 dekad dulu dgn skang jauh beza.
Ni aku buat kira2 untuk gaji 2.5k
Sori la kalo tak tepat, ni anggaran je
KALAU gaji permulaan RM2,500.
Ok jom jadi realistik sikit.
Kalau nak tahu salary rate tak byk sangat berubah, lagi2 for starting.
Macam keje kat UM kan, fresh grad yang zero experience mula2 kene keje as RA ke atau kerani sambilan/kontrak.
Gaji starting dalam RM50 sehari.
Dalam seribu lebeh la dapat sebulan, sebab hari cuti tak dapat gaji.
Ada jabatan yang ada perikemanusiaan sikit, dia bagi RM1,300 PUKAL untuk Bachelor Degree graduates. Tu ada ijazah ok.
Yang SPM, STPM camne?
Pukal meaning tade elaun COLA ke bonus ke mcm kakitangan kerajaan lain.
Kalau Master dia bagi RM1,500 - RM1,800.
Lepas ko berjaya tembus masuk UM, dan performance bagus, mungkin boleh naik kontrak bawah Bahagian Sumber Manusia, dapat la tangga gaji yang ada cola dan segala2 tu.
Dapat la lebeh kurang RM2,500 kot, bagi pegawai gred N.
Kalau ko gred W ke F ke Q ke tangga gaji tinggi sikit.
Tapi masa tu ko dah ada macam2 komitmen kan.
Ada jugak fresh grad yang interview tros dapat jadi pegawai mmg fresh hapa satu experience tade.
Nasib dia baik la dah rezeki dia.
Mmg joli la ko lagi2 ko dtg dari kampung, belaja makan duit ptptn ke pinjaman ke, masuk2 keje tros dapat 2k.
Aku rasa disebut2 as 2.5k starting gaji ni banyak sebagai pegawai kerajaan atau keje private companies kot.
Sebab kalo keje kerani yang gred 11 ke 17 lagi sadis gaji dia.
Kalo sesiapa rajin surf kat jobstreet pon kerani gaji dalam seribu lebeh je dia bagi.
Aku heran jugak yang petik RM2,500 mana statistik dia amek la.
Unless ko golongan professional mcm engineer ke programmer kot dapat la 2k lebeh.
Maafkan la kedaifan ilmu aku, tapi IRL yg aku nampak and based on pengalaman aku mcm ni la.
Ikutkan perkiraan aku zaman skang 2.5 untuk bujang trantingtong mmg lebeh dari cukup.
Aku ada member gaji 4k, bujang dok dgn parents dgn adik dia yg paling kecik belajar kat Moscow dapat pinjaman boleh ubah Mara tapi tak cukup kos kat sana. Abang dia kena hantar lagi duit dalam 2-3 ratus sebulan.
Dalam artikel tu kata terpulang pada individu, yes I agree.
Ada yang jenis nak lifestyle biar misken asalkan nampak bergaya.
Aku ada sorg member mcm ni jugak. Hutang keliling pinggang tapi nak appear mcm senang sanggup abis gaji dia nak kekalkan lifestyle ala Kim Kardashian.
Ada jugak gaji beribu2 tapi kiri kanan depan belakang kene tanggung femili.
Lagi satu aku rasa data yang paling valid untuk verify segala mak bapak isu ni adelah data dari banci.
Bukan masa banci depa amek segala data ke?
Takpe la, rezeki Allah bagi.
Aku alhamdulillah tak la mewah mcm dulu tapi setakat ni tade kelaparan lagi.
Cuma terkilan sikit la dalam keadaan skang, hidup pun dah tak berkualiti.
Kalo 10 years ago, dgn laki aku punya gaji, aku buleh dok umah jadi fulltime housewife.
Tak la mewah nak shopping Sephora ke ape tapi boleh la hidup serba sederhana.
Skang kenot, tak cukup. Dah negatif.
Ramai org skang kene buat 2 keje, kene bisnes online, sampai terabai femili, anak, kehidupan peribadi, ibadat segala2nye la.
Kat opis pon ada org buat bisnes online ni.
Berkat la kot time keje ko sesambil buat bisnes peribadi.
Tapi nak buat camne, balik keje kul 5.30 nak beat the jam, amek anak2 skolah, dingdongdingdong sampai umah dah magrib.
Bila masa lagi.
Tido sikit effect kesihatan pulak.
See the chain reaction kat sini?
Mcm butterfly effect, minyak naik je, effect bertambah besar dan besar dan besar dan longterm.
Jom la baca doa ni.
Takpe la kita buat stail passive-aggressive.
No comments:
Post a Comment