Monday, October 27, 2014

Daiso - My Happy Place

Eee orgasmnye dengan hanya dengar nama Daiso.
Aku dari dulu mmg suka kedai2 camni. Dulu panggil kedai 2 ringgit.
Pastu Daiso pon muncul.
Bahagianya hidup.
Masa lepak kat Sg. Wang, aku gi sana je.
Skang dah rasa situ susah nak pi aku kerap pi yang The Curve punya.
Masa keje kat UM seblom ni, aku rajin pi kat Midvalley punya.
Masa duduk kat Mentari Court, aku slalu pi Paradigm Mall punya.
Ish merata la aku jelajah.
Sampai aku outstation kat KK pon, aku buleh pi yang kat Suria Sabah.
Apekegile ntah.
Bilik aku kat Mentari dulu penuh barang Daiso dengan Kaison yang kat Paradigm Mall tu.
Bila skang dah pindah umah sendiri, banyaknye barang umah aku beli kat Daiso, dan semestinye byk kaler pink. Kahkah.

Harini siang tadi aku pi jugak tempat kesayangan aku ni, dgn tujuan nak beli bateri SmartTag aku dah bunyi2 titititit.
Yang pakai bateri segiempat (A 9V GP alkaline battery).
Kalo biasa punya kan mahal nak dekat 20 lebeh (Tahan lama la tapi)
Aku kedekut, aku nak jugak beli chap ayam RM5 yang tahan 2-3 bulan je (Padahal alasan nak pi Daiso je pon).
Skang aku rasa pi The Curve la terpaling senang, situ pulak Daiso besaaaaarrr.

image via


Dah nak dekat Christmas so byk pulak jual Christmas decorations comey2 belaka.
Tapi aku kan nak beli bateri.
Jgn harap la kalo masuk situ beli mende tu je.
Ntah hape2 la aku borong.



Cabel charger aku dah 2 jahanam kene gigit dengan kekanak.
Nak beli ori kang tak berbaloi la kene penjahanaman lagi. Beli la RM5 dan semestinya kaler pink. Huhi.
















Spek lobang-lobang untuk eksersais mata.
Yang ori dalam RM80 kot.
Ni function sama tapi tak tahan lama. Ada aku beli satu dah jahanam aku terhempap.
Ekceli ok jugak la sebab aku dok tenung pc dgn fon hari2 sampai joleng.
Pakai ni dalam 10 minit lepas tu mata rasa refresh balik.





Berus nak buat cuci2.
Cuci piuk, cuci lubang sink. Eh aku rasa aku silap beli ni. Kalo nak cuci piuk kene beli yg bulat tu.
Ish ni kene pi lagi beli lain ni.














Pencuci muka owang misken.
Tade dah nak pakai mahal2 mcm dulu.
Safi pon 6 ringgit lebeh tu pon tiub kecik.
Ni tiub besar.
Aku tengok ingredient dia mcm ok, tade rasa was2 harap2 tade apa la kot efek tenyeh kat muka.
Setakat nak cuci je.







Aku ekceli cari mcm pinggan besar buleh muat sekor ikan berkuah kalo masak sweet sour mcm haritu. Tade kujumpai. Tibai la pakai yang ni dulu. Multi purpose buleh buat boh mende lain skali ke.
Asal boleh.









Oyey freshener. Barang wajib dlm household aku.
Sebab aku ada kekanak yang beyak bucuk baeng satu, satu lagi nak la umah wangi2 tade bau asap segala kihkih
Yang belah kiri tu aku nak letak kat bilik air luar sebab slalu berbau la bilik air tu.
Agaknya sebab jamban ccangkung, umah flat, baau taik datang dari dalam lubang direk dari bawah.
Aku letak arang segala masih berbau.
Takpe la ni salah satu resort.
Yang kanan tu spray2, sama besar dgn chap Glades ke Ambi Pur ke, yang penting harga RM5. Bau wangiiiii...








Solar light, nak letak kat taman aku yg pokok dah byk mati.
Aku testing je ni, kalo besh nanti aku buat la balik taman bunga/sayur/herba aku leklok balik.


Berus penyental belakang.
Kalo kat Guardian harga belas2.
Kaler semestinya pink.
Esok untuk sental daki kat blakang badan.




Astaga, brapa byk dah abis duik niii..
Jap ade lagi.


Haritu sudip kayu aku terbakar (tayah tanya camne terjadi).
Tinggal la sudip2 yang tak besh.
Pastu laki aku bising sebab pengepit makanan besi tu dia kata susah nak cuci sebab tajam.
Suruh cari yang plastik.
Ni la dia aku beli.
Hambek.
Aku rasa kat kedai gudang Trump tu buleh dapat less than RM5.
Tapi dah Daiso kan. Alang-alang.


Ok la. Ni la salah satu cara aku mengabihkan duik laki aku.
Dia tak komplen takpe.
Aku riang.
Harini sgt gembira.
Hari yang gembira.

No comments: