Wednesday, August 29, 2012

Bourgenvilla


Jam menunjukkan 1.15 tengah hari.
Riuh rendah SMKTG semakin berkurangan bila pelajar sesi petang mula masuk ke kelas masing2.

"Eh Len, kau tahu abang si Rosli tu hensem tau," ujar Shima sebaik saja dia menghempapkan punggungnya sebelah Lenny di kerusi plastik kantin sambil menyedut air sirap melalui straw.

"Hmm. ya ka? Bismillah.. " Lenny jawab sambil memberi tumpuan menyuap nasi ke dalam mulut bukan sedikit gegaran gempa bumi bila Shima terjah duduk sebelahnya sebentar tadi.
Om nom nom nom nom. Lapar.

"Haa... Budak lower six. Dulu dia sekolah sebelah." Shima cakap dengan sungguh beriya sambil air tersembur2 keluar dari mulut tanpa disedari.

Lenny jeling sambil tarik muka atas kesopanan kesusilaan Shima, "Ah, aku tak caya la Rosli katik tu ada abang hensem." Lenny balas sambil lewa sambil bangun untuk basuh tangan.

"Eh kau kan slalu lepak library takkan tak penah nampak kot. Dia pustakawan lah."
Shima berkata bila Lenny balik duduk di sebelahnya.

"Ha? Huh tak perasan lah. Berminggu dah aku tak pi library kan. I is busy."

"Hensemmmm... macam Aeril Zafrel.." Shima dah macam terawang2 mata bersinar2.

Lenny buat bodoh je sambil belek2 henfon.
No new message.
Hmm..

Sebenarnya Rosli tu kawan sekelas 5 Ehsan.
Suke melawak.
Suke menyanyi.
Suke memekak.
Menghiburkan juga kadang2.

Sejak Lenny bepindah ke SMKTG tahun lepas, tak pernah disebut pun siapa abang Rosli.
Mungkin Lenny pun anti-sosial. Malas nak ambil tahu.
Kawan baiknya cuma Hashima.
Dan selepas sekolah memang Lenny suka lepak library pun.
Tenang.
Study for SPM kononlah, alasan yang diberi setiap kali ibu tanya.
Orang lain dah balik pergi kelas tambahan la tuisyen la, Lenny malas.
Lepak skolah sampai petang.
Malas nak duduk umah. Serabut!
Lepak library pun bukan study sangat.
Baca majalah, baca buku cerita, mengarang cerita.
Kalau line clear, tidur.
Lagipun kalau ikut Hashima yang mata x-ray kalau bab pakwe hensem ni, stok2 SMKTG dengan SMKHJ boleh tahan jugak kalau nak dibuat skendel silih berganti.
Tapi Lenny tak berminat dengan cinta monyet atau cinta mana-mana haiwan pun sebenarnya.
Target Lenny nak abiskan sekolah dan boleh sambung belajar ke, cari kerja mana-mana ke.
Asalkan keluar dari rumah.
Tak pernah hati remaja dia tertarik dekat siapa2 pun.
Siapa nak minat Lenny lagipun.
Seorang perempuan pelik bak kata budak2 lelaki.

Kecuali Farizul.

Farizul
.

Betul ke dia ni?
Ah malas nak pikir!
_________________________________


Satu hari tidak beberapa lama selepas itu, mana datang angin pus-pus Shima pun ikut Lenny lepak library selepas sekolah.
Konon nak suruh Lenny ajar Graf Fungsi.

"Kau paham ke si keding tu membebel tadi?" tanya Shima.

Lenny geleng kepala, "Aku ngantuk tahap dinosor lepas melantak, so aku buat mende lain."

"Kau bokpe?"

Lenny selak lengan baju kurung tunjuk Shima lengannya dengan muka penuh riak.
Shima bantai gelak.

"Kau nak mampos. Kalau kantoi lagi dengan Ustazah Hidayah, lagi 2 jam la dia kepung bertazkirah dengan kau dlm bilik kaunseling.”

Lenny join gelak.
Shima seorang je yang boleh anggap benda yang dia buat tu tak pelik.

Masuk library je dorang slowkan sikit volume ketawa.
Mata Shima luas secara tiba-tiba.

Mereka berdua duduk kat meja biasa. Buku maths tolak tepi, Lenny automatik capai majalah.

"Oi Len," bisik Shima. "Kat kaunter.. Zikri.."

"Siapakah?"

Shima muncung2 mulut tuju kat kaunter library.
"Zikriii.. abang si Rosli tuu.."

Lenny yang duduk membelakangkan kaunter membelakangkan kaunter memusingkan badan menoleh tengok.
Ada dua org kat kaunter.
Seorang muka macam Sammo Hung, badan besar mcm bouncer disko.
Seorang lagi membelakangkan semua orang. Tak nampak muka. Tinggi dan kurus.

"Ala.. dia pusing blakang plakk..." keluh Shima.

"Oh yang itu ke kau kecoh sangat tu. Pergi la mengorat."

"Seganlah aku." tiba2 pulak Shima miang ni malu2 kebabihan.

"La. Kata haritu nak ucap kata2 cinta la, beromen la, makan bersuap la, segala fantasi tahyul kau tu. Sekarang la masanya. Kau pegi la konon2 mintak kamus ke."

Tersipu2 pulak Shima ni. Lenny rasa nak kasik penampar sedas.
"Err.. kau gi ah ambikkan Len. Aku dengar Zikri tu pemalu susah nak cakap ngan pompuan. Aku lagi la pemalu hihihiii.."

Huk alaaa..

"Pehal kau neh. Apa yg hot sangat mamat tu meh sini aku gi tengok lah."

Lenny pun bangun dgn ala gangsternye sambil sinsing lengan baju.
Shima kasik thumbs-up.

Lenny jalan terus ke kaunter.
Nasib baik library tak penuh sangat musim latihan sukan ni.
Hairan jugak apsal tiba2 Lenny terasa gagah berani dan tiada perasaan.
Padahal masa kes dengan Farizul hari itu malu sampai boleh menyorok bawah meja.
Ke dengan lelaki tade perasaan kot je dia macam tu.

Lenny letak lengan dan menyandar badannya di kaunter.
Macam style gedik Ratna bila mintak nota ekonomi dari si budak pandai Azril.
Abang apek bouncer tengah susun buku dekat belakang sedikit.
Zikri tengah letak kepala dia atas meja mcm tidur.

Hoi tido!

Lenny bersedia dgn senyuman dia yang terpaling manis skali.

"Ooo bang."
Lembut sengau suara Lenny memanggil.

Mamat tu tak begerak.

Tido betul kah?
Apeni tido tgh bekeje.

"Oo bang." seru Lenny lagi dgn sore yg maha sopan tapi nada agak tinggi sikit.

Tiba2 abang apek gemuk tu berpusing menuju ke depan kaunter.
"Ya?"

Apeni.
Lain aku panggil lain dtg.

"Nak kamus," senyum beterbangan ke Planet Zuhal, suara pun berubah.

Mamat apek tu seluk tangan kat bawah kaunter, "Kamus yg mana?"

"Mana2 lah."

Masa abang apek tu bagi kamus kat Lenny, baru Zikri angkat muka.
Lenny tengok mata dia merah.

Sah.
Membuta.

Bum!
"Ambik kamus kau."

Shima sengih, "Lamanye. Ha amacam? Kacak kan?"

Lenny angkat bahu, "Biasa je aku tgk. Ade la rupa Rosli sket. Kau cakap mcm hot le sgt."

Shima buat bodoh je penyataan terakhir Lenny. "So kau dapat cakap ngan dia?"

"Cakap pekejadah. Abang montel yang datang menyibuk. Jap lagi kau lak gi hantar kamus ni. Aku malas," kata Lenny sambil tarik balik sinsingan lengan bajunya.
Oh baru perasan, Lenny sinsing tinggi sangat sampai nampak hasil ‘karya seni’ berconteng di lengan dia.

Shit.
Patut la si montel tengok aku mcm nak sembelih.

Masa nak keluar tu kedua-dua masih bergelak ketawa.
Lalu depan kaunter, Lenny perasan Zikri tengah sibuk menyusun buku.
Mereka saling berpandangan.
Lenny bagi senyuman sinis.
Zikri muka tiada perasaan terus kembali dengan tugasnya.

Dengan mimik muka selamba yang diberikan itu Lenny ingat tamatlah kisah hari itu hilang di angin lalu.
Tapi Lenny tak tahu yang dia dah menarik perhatian seseorang.
Lenny ingat tu la first time dia nampak Zikri.
Sebaliknya, itu bukan kali pertama Zikri nampak Lenny.
Sebenarnya, Zikri telahpun lama memerhatikan Lenny.
Zikri masih mencari peluang.
Mungkin dengan pemberian senyuman walaupun pahit dan sinis, Zikri telah mendapat peluang yang ditunggu.