Tuesday, September 30, 2014

Pasta Aglio et Olio

Nama fancy bagi spegeti yg letak bawang putih dgn minyak zaitun tu.
Memula aku beriye la ikut resipi kat foodnetwork.com.
Tapi lama2 aku dah buat suka hati sendiri2 dah.
Kebetulan hasben suka sgt mende ni, aku slalu sgt buat.
Lapan belas kali buat, lapan belas kali rasa lelain.
Tapi tade la jauh beza sgt.
Aku dok seksperimen letak itu ini sampai dpt yg betul2 delisyes.

Tadi aku buat lagi sebab niat nak bawak esok bekal pi keje.
Kafe jauh dan kaki aku cedera.
Kene la membawak bekalan.

*Gamba kecik aku silap resize.


Basically ni la bahan2 dia.
Ni bahan2 untuk setengah paket spegeti.

Spegeti.
Spegeti tau.
Haritu aku bagi resepi kat opismet, dia bantai gi beli pasta ANGELHAIR.
Kene perati betul2 kalo beli pasta ada mcm2 jenis.
Yg kecik halus tu angelhair, mcm bihun. Yg besar sikit tu fettuccine.
Make sure betul2 tulis spegeti.
Aku pakai chap Kimball je, Price dalam average, not too mahal not too murah.

Olive oil
Sape yg makan pasta mcm makan nasik (aku la tu), beli la sebotol.
Chap ape pon takpe.
Ni pakai sikit je.

Mushroom tin, aku beli chap ayam brand.
Kalo rajin pakai fresh mushroom pon takpe, tapi nanti ada rasa lain sikit.

Bawang putih a.k.a garlic, untuk half paket aku pakai dalam 5-6 ulas
Kalo satu paket, aku pakai 10 kot.
Kene agak2, kalo byk sgt, rasa garlic dia kuat.
Kalo sikit sgt, tade flavour langsung.

Bawang merah dalam 2-3 ulas kecik ke sederhana ke.
Bawang cine tu pon buleh.
Ekceli tak letak pon takpe.
Aku letak sebab bagi ada rasa sedap2 manis2.

Ni optional la.
Memula aku seksperimen pakai udang.
Tapi aku tak beberapa prefer udang la sebab rasa dia campo dgn garlic buat garlic tu lagi kuat.
Nak cemolot bucuk.
Skang aku pakai sotong ke hiris halus2.
Jgn byk sgt sebab depend dengan berapa byk mushroom nak letak yg overload dgn lauk pulak.

Lagi satu buleh la kalo nak letak ayam hiris2 halus ke.
Sedap jugak.
Kalo ada sosej, aku letak jugak sikit.

Dan lagi satu mende paling penting adelah chili flakes.
Kalo beli Dominos pizza aku suka simpan sebab buleh pakai nak masak.
Ni bahan jgn tinggal ye.

Basically:
Spegeti
Olive Oil
Garlic
Chili Flakes
-adelah bahan wajib ade.



Memula rendam dulu.
Tak rendam pon takpe.
Tapi aku ikut petua kalo rendam, masa nak boil spegeti ni kurang sikit, so jimat la gas.
Aku pakai half paket je, tapi aku sorg buleh abis ni.













Garlic hiris halus.
Ada satu lagi option, sama ada pakai food processor atau blender.
Aku ekceli malas nak basuh blender so aku gigih la mencincang sebegini.
Berhati2 cincang sebab buleh jadi bawang beterbangan.














Bawang merah hiris ke potong dadu ke suka hati lah nak buat bentuk beruang kutub ke.
Mushroom tu hiris je jgn cincang mcm spegeti bolognes.
Mcm gamba ni ha.









Next step, sila la masak spegeti tu.
Jgn lupa letak garam sikit dlm air.

















Aku pakai minyak zaitun yg extra virgin/terlebeh dara.
Kalo nak pakai virgin je pon buleh.
Aku prefer yang ni rasa lain sikit.
Chap apa pon buleh.
Aku slalu beli paling murah, minyak zaitun mahal wwwoooo.















Agak2 sementara spegeti tgh mendidih, panaskan kuali lagi satu dgn api sgt perlahan.
Kalo dapur tu ada api yg kuar sebatang tu pasang la yg sebatang tu.
Yg seketul tgh tu addelah butter.
Nak letak pon takpe tak letak pon lagi bagus.
Aku letak sebab saja nak menternak lemak lagi.











Tententenn..
Cepat2 la letak garlic cincang tadi, dgn chili flakes. Yg garlic powder ni saja2 je aku boh. Tade pon takpe.
Aku letak sebab nak bagi kentut bau baeng.












Kaco kaco sampai sebati.
Ingat, jgn sampai minyak tu hangit ke hangus.
Olive oil is not meant for frying.
Jaga api tu.
















Ni sotong aku potong tadi.
Laki aku bantai beli sotong bapak besar, bapak sotong kot.
Nape tak beli sotong kurita tros ke.
Sebab besar sgt, aku pakai setengah je.
Biasa yg saiz biasa tu aku pakai kot 2-3 ekor untuk sepaket spegeti.











Aku letak sotong dulu, sebab nak bagi ada rasa.
Ada flavour bak kata Ina Garten.
















Spegeti belanga seblah dah masak, tros angkut je masuk dlm kuali jiran dia.
Angkut je bia air menjejes2 pon takpe.
Ade kepentingan air bekas didihan spegeti ni ekceli.
Dia bagi ada rasa lemak2. Eh kot.
Pointnya tak membazir air kot.












Yaa angkut sampai abiss..
Pastu gaul la sikit2.
Jgn beriye sgt.
















Pastu letak la yg lain2 tececer kat luar kuali tadi.
Mushroom dgn bawang.














Kan aku cite kepentingan air bekas spegeti tadi kan.

















Letak la buang 2 senduk dlm kuali.
Gaul2.
Terletak lebeh takpe.
Eventually akan dry out jugak nanti.

















Yg kat tgh2 tu menatang apekah.
Itu adelah serbuk black pepper dan garam.
Bagi ada a bit of fucking flavour bak kata Gordon Ramsay.















Aku letak cili kering ekceli ni sikit.
Tade pedas pon.
Aku siap buang urat dgn bijik dia.
Kalo tak letak pon takpe.
Sebab kalo spegeti ni simpan sampai esok ke, dia bagi rasa mcm wah sedapnyeee..
Mcm aku habag la tak letak pon takpee..










Nak menjadikan Aglio Olio ni lebeh mafia atau extra Vito Corleone, aku letak mende ni sikit.
Seblah kiri tu parsley flakes, daun parsli yg tak fresh.
Yg hijo tu yg fresh.
Aku ada beli sepasu kat kafor haritu.
Dia bagi wangi je ekceli.












Jgn lupa ni.
Kalo tade pon takpe.
Ada lagi sedap.
Tapi menggemokkan.
Ade aku kesah?












Siappp!!

Parmesan tu buleh tabur2 dalam 3-4 sudu besar dan gaul tros.
Tapi berhati2 dgn amount garam yg diletakkan seblom ni.
Kalo letak mmg secukup rasa, better jgn letak parmesan byk.















Ekceli, tika entry ni ditaip, mende ni dah masuk perot.
Esok jadi la taik.
Sedappp.. tapi kurang masin, so aku tabur parmesan tros dlm kuali.
Sedapnyaaa..

Esok lagi sedap.












The beauty of Aglio et Olio ni, bila panaskan, letak je air, nanti dia akan jadi sesedap seperti baru dibuat.
Jgn panaskan dlm microwave.

Aku rasa mcm tak sempat nak dibawak bekal nii jee

No comments: