Wednesday, February 10, 2016

Apekku sayang

Haritu masa belek2 album gamba encik housemate tengok la gamba2 gedik dia dgn pompuan2 dan gundik2 masa dia keje kat hotel dulu. Aku tanya la tade ke dlm semua2 pompuan ni dia ada syok dendiam ke. Tak dapat jawapan yang pasti lah ntah2 dia tamau ingat kesah2 bohjan dia yg lama2 xD xD

Sambil2 tengok tv iklan CNY ni, aku tingat la time aku time sambung Master tak jadi dulu. Memory aku kan vivid. Mmg aku ingat seketul2 punya.
Time tu single lagi, in between relationship. First class aku tengok semua stok boring2 je. Foreigner ramai. Nerd2 pulak tu. Ah tak bestnya. Kurang semangat la nak pi skolah camni.
Biasa la masa first2 kan lecturer suka tarbiah dulu pasal rules la, exam la, assignment la. Since ramai matured students, ada yg dtg lewat jugak. Aku nampak muka lecturer tu annoyed tapi nak buat camne kan. Majoriti keje.
Masuk nak dekat sejam kot bila lecturer tu dah masuk slide lecture, tetiba pintu DK terbukak. Tau je la lecture hall camne kan.
Mamat ni, masuk slow2 tamau ganggu kot. Tapi masa dia nak tutup pintu tu dia terlepas handle. Gedegang! Of kos semorang pandang kat dia. Lecturer tengok muka annoyed pastu sambung ngajar balik. Mamat ni masuk tersengih2 cakap sorry pastu duduk satu row bawah aku. Clear lah nampak kan.
Aku ingat sangat sebab dalam ramai2 org pakai baju keje la, baju kemeja smart2, paling busuk pun tshirt collar, mamat ni pakai baju pagoda dengan jeans yg aku rasa seminggu kot tak basuh dengan sandal bodoh je. Macam busuk je aku tengok. Kepala baru tumbuh rambut. Mata sepet gile.
Oh ya aku lupa mention yang mamat ni Chinese.
Setengah jam sebelum kelas nak abis lecturer bagi assignment (haih!) and suruh kitorg form group.
Huru hara la time tu kan bising. Aku tertengok la mamat ni rupanya ada geng, dia berakap suara punya kuat pastu gelak tak ingat dunia. Hoi macho suara.
Pastu lecturer suruh isi form nama members oh group kat depan, so berebut2 la.
Aku ingat lagi aku kebetulan beratur depan dia.
Body smart, tinggi sikit dari aku, and tak sangka, bau wangi jugak. Kahkah. Mmg selekeh sempoi betul.
So since that moment aku mcm developed crush dgn mamat yg aku tatau nama ni,
Dari 5 subjek dia 3 kelas sama dengan aku.
Every time mesti datang lambat punya, Dgn baju yg  sama, cuma ada sekali aku kagum dia datang pakai jersi Bayern Munich. Masa dalam lab kadang2 saja je aku dok satu row dengan dia walaupun group lain2 kan.
Curious lah sebab aku still tak dapat tau nama dia.
Bagi aku style dia hensem lah. Sronok pi kelas. Lepas balik keje nak berkejar pi kelas yg aku tahu dia sama kelas dgn aku punya la semangat wahahaha.

Masuk semester 2, aku dengan dia 2 subjek je sama. Tapi dia dah mula slalu tak datang. Masa ni aku dah tau dah nama dia. So aku check attendance dia mmg teruk la by mid semester. Masa tu aku mcm sedeh lah kan sikit.

One day aku tak dpt menahan kan curiosity, masa jalan dari lab ke kelas tutorial, kebetulan geng dia jalan depan aku. Ni aku yg tak penah bertego sapa ni tetiba aku tanya sorg kawan dia tu.
"Eh your friend tu mana? Lama tak nampak."
Kawan dia gelak hoi, "Siapa? Leong ke. Why?"
Aku dah malu2. Of kos la org suspicious kan tetiba je tanya.
Aku jawap la saja je sebab slalu nampak depa bersama.
Kawan dia cakap, "Dia sudah mau quit ma. Dapat kerja wang banyak ma."
Ha?? What?? Noooooooo...
Agaknya ekspresi muka aku kecewa tu nampak sgt kot sebab lepas tu kawan dia tanya aku lagi, "Kenapa? You sudah rindu ka sama dia?" Cilake pastu gelak2 beramai2.
Aku senyum2 je la rasa nak lari selaju mungkin dari tempat kejadian.
Sorang lagi siap cakap, "Dia single lagi ma. Kalau you suka, we all can adjust for you maa.. Nanti I cakap you cari dia haa.." pastu gelak berjemaah lagi.
Omaigod omaigod.
Aku cakap eh tade lah and then aku selaju2 meninggalkan mereka dok dengar depa gelak lagi huwaaa kantoi kah.
Prasaan malu dan kecewa bercampur2.
Oh apekku sayang. Jodoh tak panjang.
Lepas kejadian tu mmg betul la, dia dah tak dtg2 kelas.
Kenangan je lah. Bau wangi dia, gelak macho dia, mata sepet dia.
Ada aku curi2 ambik gamba. Blur la tapi. Tu je aku simpan.

Jodoh aku dengan program Master aku pon tak lama. By fourth semester aku quit jugak sebab kesibukan bekerja. Memang tak boleh nak cope.

Funny lah teringat balik, sebab tu kira mcm crush aku yg terakhir. Biasa crush2 ni zaman study je, kebetulan mmg time study kelas dewasa.

Oh apek. Xian ni khuai le. Wo xi huan ni.