Friday, August 29, 2014

Bayar bil unifi guna maybank2u

bulan lepas suami lupa bayar bil unifi
aku pulak lupa nak ingatkan dia
so bulan ni dabel la kene bayar sebab unifi kat umah dah kene POTONG
kahhh
padan muka aku la
balik umah dulu sambil2 mengemas ke masak ke melayan kekanak ke, aku layan FMA Brotherhood via kissanime.com dah sampai episod 54 kot. hui nak abis dah
skang ni dah nak seminggu aku tekebil2 dok main game kat fon je
torrent citer yg aku donlod pon tak besentuh
punya la penting internet bagi aku

bapak panjang intro

the point is, memula subscribe dulu laki aku gi bayar kat tmpoint je
sebab aku try nak bayar via maybank2u tak jumpa dalam list
konpius antara TMNet ke, Telekom Malaysia ke tu pon option dah ada 2-3















aku tak pasan ada 'unifi' tu
skang baru tahu

sape yg tak tahu camni la kot:

LANGKAH-LANGKAH BAYAR BIL UNIFI GUNA MAYBANK2U

Langkah 1 : Login ke akaun seperti biasa
Langkah 2 : Make a one-off payment 
Langkah 3: Klik Bill Payment>> pergi ke 'view all payees by category'  atau 'all payees' > cari perkataan "utilities" di drop down menu
Langkah 4 : Klik  'Continue' 
Langkah 5: Scroll down dan cari Telekom Malaysia Berhad-Unifi
Langkah 6 : Klik  butang 'Continue' 
Langkah 5 : Masukkan Jumlah dan No akaun (bukan no bil)
Langkah 6: Klik 'continue' pastu masuk la no TAC mcm biasa blabla

paham tak?
aku baca pon agak2 paham jugak

lepas ni senang aku dah masukkan as Favourite Payee
tayah mintak nombo TAC

oh aku kene bayar RM406 ok bil 2 bulan + RM10 caj penyambungan
pundek betul
kayap laki aku
kalo sebulan dalam 200 (or 199 tade la trasa kayap sangat)
so pengajarannya next time jgn lupa

bye

Friday, June 27, 2014

kembali bekeje

27/6 ni genap la 3 minggu aku dah keje balik.
memula aku tak brani lagi nak komen sebab kena tengok dlu ok ke tak sini.
lepas 3 weeks, not bad la.
i have my own little spot tepi tingkap ni.
bilik bersih, sebab building baru so aku comfortable la dgn 2 org lagi roomate.

dulu tempat lama, it took me less than a month untuk mula tidak menyukai tempat tersebut.
tapi dok pujuk diri kan, bagi masa dulu nak ekjas. tu bukan um. cuba la suka. at least keja tak serabut. blabla.
last2 bila blah, tu la tempat yg aku tamau tengok langsung dah.
eee. tamaauuuu.
tobatt..
bagi la gaji 10k pon.
aku tak hepiii..

agaknya rezeki aku kat um jugak kot.
walopon mula balik dari basic, dari zero, jadi kerani, with nothing, org dah tak kenal, blablabla, surprisingly aku mcm rasa besh.
gaji mmg 1/3 dari apa aku dpt dlu, sama la jugak dgn responsibility pon 1/3 la kot hahahaha.

oh i don't mind.
aku pikir positif sebab dulu aku maybe expert bab hal student ka admin ka wachamacallit kan
la ni, aku tempat baru kena blajag menda2 baru, aku maybe buleh tuntut ilmu pasai bab2 research pulak, geran, funding, menda2 yg lain dari yg dulu.
mana tau kalo rezeki aku lama kat um ni, in the next 10 years, aku expert dl, bab research pulak.

asalkan aku hepi.
tu je matters.
sebab aku blaja the hard way, duik takkan menjadikan hidop tenang.

skian, selamat berpuasa.



Thursday, April 10, 2014

married life

ya allah mcm tak caye je kan
kuden dah jadi mrs. kuden wahahahaha

last aku conteng sini pon 2012
aku baca entry last tu aku dok hopeful la apa akan jadi 2012
mana aku tau tahun 2012 aku jumpa hasben aku skang

how did i end up married neh?

oh panjang citenye
dan mcm2 dugaan
aku yg kesabaran maha tipis ni sgt didugalah
tapi aku degil jugak nak kot
senang cite, the moment aku jatuh cinte dengan hasben aku, aku dah tahu dah dia ni adelah mr. kuden
owh romentiknyewww
so kami sgt la gigih berusaha mencapai hasrat kami untuk menikah
auww kesah chenta kuden
camne la aku nak cite kat anak cucu aku nanti

what's difference about being married and single?
ntah la
aku camni jugak
telompat2 jugak mcm kekanak ribena
mencarut buleh tahan jugak lagi
cuma mata aku kene tahan la taleh layan sgt pakwe2 hensem kot
tapi aku dah slowdown lama dah bab ngorat2 ni since sebelum jumpa hasben aku lagi
dah pasrah hidop bujang kot masa tu
tapi takdirnye jumpa jugak jodoh aku kan hihihihi
kekal tak kekal ke ni aku pasrah jugak la
insyallah, menikah ni, selangkah dah ke jannah dah.

kot.





Wednesday, August 29, 2012

Bourgenvilla


Jam menunjukkan 1.15 tengah hari.
Riuh rendah SMKTG semakin berkurangan bila pelajar sesi petang mula masuk ke kelas masing2.

"Eh Len, kau tahu abang si Rosli tu hensem tau," ujar Shima sebaik saja dia menghempapkan punggungnya sebelah Lenny di kerusi plastik kantin sambil menyedut air sirap melalui straw.

"Hmm. ya ka? Bismillah.. " Lenny jawab sambil memberi tumpuan menyuap nasi ke dalam mulut bukan sedikit gegaran gempa bumi bila Shima terjah duduk sebelahnya sebentar tadi.
Om nom nom nom nom. Lapar.

"Haa... Budak lower six. Dulu dia sekolah sebelah." Shima cakap dengan sungguh beriya sambil air tersembur2 keluar dari mulut tanpa disedari.

Lenny jeling sambil tarik muka atas kesopanan kesusilaan Shima, "Ah, aku tak caya la Rosli katik tu ada abang hensem." Lenny balas sambil lewa sambil bangun untuk basuh tangan.

"Eh kau kan slalu lepak library takkan tak penah nampak kot. Dia pustakawan lah."
Shima berkata bila Lenny balik duduk di sebelahnya.

"Ha? Huh tak perasan lah. Berminggu dah aku tak pi library kan. I is busy."

"Hensemmmm... macam Aeril Zafrel.." Shima dah macam terawang2 mata bersinar2.

Lenny buat bodoh je sambil belek2 henfon.
No new message.
Hmm..

Sebenarnya Rosli tu kawan sekelas 5 Ehsan.
Suke melawak.
Suke menyanyi.
Suke memekak.
Menghiburkan juga kadang2.

Sejak Lenny bepindah ke SMKTG tahun lepas, tak pernah disebut pun siapa abang Rosli.
Mungkin Lenny pun anti-sosial. Malas nak ambil tahu.
Kawan baiknya cuma Hashima.
Dan selepas sekolah memang Lenny suka lepak library pun.
Tenang.
Study for SPM kononlah, alasan yang diberi setiap kali ibu tanya.
Orang lain dah balik pergi kelas tambahan la tuisyen la, Lenny malas.
Lepak skolah sampai petang.
Malas nak duduk umah. Serabut!
Lepak library pun bukan study sangat.
Baca majalah, baca buku cerita, mengarang cerita.
Kalau line clear, tidur.
Lagipun kalau ikut Hashima yang mata x-ray kalau bab pakwe hensem ni, stok2 SMKTG dengan SMKHJ boleh tahan jugak kalau nak dibuat skendel silih berganti.
Tapi Lenny tak berminat dengan cinta monyet atau cinta mana-mana haiwan pun sebenarnya.
Target Lenny nak abiskan sekolah dan boleh sambung belajar ke, cari kerja mana-mana ke.
Asalkan keluar dari rumah.
Tak pernah hati remaja dia tertarik dekat siapa2 pun.
Siapa nak minat Lenny lagipun.
Seorang perempuan pelik bak kata budak2 lelaki.

Kecuali Farizul.

Farizul
.

Betul ke dia ni?
Ah malas nak pikir!
_________________________________


Satu hari tidak beberapa lama selepas itu, mana datang angin pus-pus Shima pun ikut Lenny lepak library selepas sekolah.
Konon nak suruh Lenny ajar Graf Fungsi.

"Kau paham ke si keding tu membebel tadi?" tanya Shima.

Lenny geleng kepala, "Aku ngantuk tahap dinosor lepas melantak, so aku buat mende lain."

"Kau bokpe?"

Lenny selak lengan baju kurung tunjuk Shima lengannya dengan muka penuh riak.
Shima bantai gelak.

"Kau nak mampos. Kalau kantoi lagi dengan Ustazah Hidayah, lagi 2 jam la dia kepung bertazkirah dengan kau dlm bilik kaunseling.”

Lenny join gelak.
Shima seorang je yang boleh anggap benda yang dia buat tu tak pelik.

Masuk library je dorang slowkan sikit volume ketawa.
Mata Shima luas secara tiba-tiba.

Mereka berdua duduk kat meja biasa. Buku maths tolak tepi, Lenny automatik capai majalah.

"Oi Len," bisik Shima. "Kat kaunter.. Zikri.."

"Siapakah?"

Shima muncung2 mulut tuju kat kaunter library.
"Zikriii.. abang si Rosli tuu.."

Lenny yang duduk membelakangkan kaunter membelakangkan kaunter memusingkan badan menoleh tengok.
Ada dua org kat kaunter.
Seorang muka macam Sammo Hung, badan besar mcm bouncer disko.
Seorang lagi membelakangkan semua orang. Tak nampak muka. Tinggi dan kurus.

"Ala.. dia pusing blakang plakk..." keluh Shima.

"Oh yang itu ke kau kecoh sangat tu. Pergi la mengorat."

"Seganlah aku." tiba2 pulak Shima miang ni malu2 kebabihan.

"La. Kata haritu nak ucap kata2 cinta la, beromen la, makan bersuap la, segala fantasi tahyul kau tu. Sekarang la masanya. Kau pegi la konon2 mintak kamus ke."

Tersipu2 pulak Shima ni. Lenny rasa nak kasik penampar sedas.
"Err.. kau gi ah ambikkan Len. Aku dengar Zikri tu pemalu susah nak cakap ngan pompuan. Aku lagi la pemalu hihihiii.."

Huk alaaa..

"Pehal kau neh. Apa yg hot sangat mamat tu meh sini aku gi tengok lah."

Lenny pun bangun dgn ala gangsternye sambil sinsing lengan baju.
Shima kasik thumbs-up.

Lenny jalan terus ke kaunter.
Nasib baik library tak penuh sangat musim latihan sukan ni.
Hairan jugak apsal tiba2 Lenny terasa gagah berani dan tiada perasaan.
Padahal masa kes dengan Farizul hari itu malu sampai boleh menyorok bawah meja.
Ke dengan lelaki tade perasaan kot je dia macam tu.

Lenny letak lengan dan menyandar badannya di kaunter.
Macam style gedik Ratna bila mintak nota ekonomi dari si budak pandai Azril.
Abang apek bouncer tengah susun buku dekat belakang sedikit.
Zikri tengah letak kepala dia atas meja mcm tidur.

Hoi tido!

Lenny bersedia dgn senyuman dia yang terpaling manis skali.

"Ooo bang."
Lembut sengau suara Lenny memanggil.

Mamat tu tak begerak.

Tido betul kah?
Apeni tido tgh bekeje.

"Oo bang." seru Lenny lagi dgn sore yg maha sopan tapi nada agak tinggi sikit.

Tiba2 abang apek gemuk tu berpusing menuju ke depan kaunter.
"Ya?"

Apeni.
Lain aku panggil lain dtg.

"Nak kamus," senyum beterbangan ke Planet Zuhal, suara pun berubah.

Mamat apek tu seluk tangan kat bawah kaunter, "Kamus yg mana?"

"Mana2 lah."

Masa abang apek tu bagi kamus kat Lenny, baru Zikri angkat muka.
Lenny tengok mata dia merah.

Sah.
Membuta.

Bum!
"Ambik kamus kau."

Shima sengih, "Lamanye. Ha amacam? Kacak kan?"

Lenny angkat bahu, "Biasa je aku tgk. Ade la rupa Rosli sket. Kau cakap mcm hot le sgt."

Shima buat bodoh je penyataan terakhir Lenny. "So kau dapat cakap ngan dia?"

"Cakap pekejadah. Abang montel yang datang menyibuk. Jap lagi kau lak gi hantar kamus ni. Aku malas," kata Lenny sambil tarik balik sinsingan lengan bajunya.
Oh baru perasan, Lenny sinsing tinggi sangat sampai nampak hasil ‘karya seni’ berconteng di lengan dia.

Shit.
Patut la si montel tengok aku mcm nak sembelih.

Masa nak keluar tu kedua-dua masih bergelak ketawa.
Lalu depan kaunter, Lenny perasan Zikri tengah sibuk menyusun buku.
Mereka saling berpandangan.
Lenny bagi senyuman sinis.
Zikri muka tiada perasaan terus kembali dengan tugasnya.

Dengan mimik muka selamba yang diberikan itu Lenny ingat tamatlah kisah hari itu hilang di angin lalu.
Tapi Lenny tak tahu yang dia dah menarik perhatian seseorang.
Lenny ingat tu la first time dia nampak Zikri.
Sebaliknya, itu bukan kali pertama Zikri nampak Lenny.
Sebenarnya, Zikri telahpun lama memerhatikan Lenny.
Zikri masih mencari peluang.
Mungkin dengan pemberian senyuman walaupun pahit dan sinis, Zikri telah mendapat peluang yang ditunggu.


Monday, October 24, 2011

quote

oohh i kinda like blogger new look.
a bit confusing though.

someone put this on her facebook wall.
when i read it, i was dumbfounded.
it was a very powerful quote.






.