Sunday, March 04, 2007

Some Kind Of Wonderful



aku tgh surfing-surfing internet mcm biasa, sambil berkudap-kudapan, mcm biasa aku dok baca wikipedia, link by link
then aku stumble upon info pasal citer ni
wahhhhh mcm tingat zaman dulo-dulo

ingat tak dalam tahun 1991 camtu la, kat tv masa tu valentine's kot, ada mcm satu slot sponsored by minyak wangi Enchanteur, tajuk slot tu 'An Affair to Remember', depa tayang citer-citer jewang la
yg aku ingat antara citer yg depa tunjuk tu citer 'Mannequin' ngan 'Some Kind Of Wonderful'
yg citer 'Some Kind Of Wonderful' tu, masa tunjuk teaser dia, mcm hero dia peluk heroin dia mcm peluk pusing pusing whee pastu kat skola mcm kawan-kawan aku sgt kecoh laa, sebab hero hensem kot, aku tak amek port sgt.
masa tu mana ler aku suka tengok citer2 camtu
pastu disebabkan malam tu aku yg pree, depa soh aku rakam citer 'Some Kind Of Wonderful', so aku rakam la dan sempat la aku tgk sampai abis
owh mcm besh la plakk
last dia mcm happy ending, owh aku rasa masa tu aku mcm sangat jewang la wahahaha
aku mcm sangat teruja gilerrr
dah ler Eric Stoltz mcm la sangat hensem.. aduhaii geramnya akuuu

citer dia sempoi jer, klu nak dibandingkan ngan movie-movie zaman milenium ni, citer ni buleh dikategorikan sebagai cliche dan stereotype la
tapi nevertheless, ni la movie jewang pertama yang berjaya menyentuh prasaan aku wahahaha gelakkan la aku gelak la gelak laa

ok ni yang aku ingat
sorang mamat ni mcm jenis sempoi, dia kat skolah mcm low-profile jer, dalam kategori tak glamer la, spesis loser la
dah tu bespren dia dari kecik plak tomboy
dalam dendiam mamat ni crush giler ngan sorang pompuan glamer dan lawa kat skolah dorang
tapi kira sampai mampos pun dia tak bule dapat pompuan ni, so dia sekodeng dari kejauhan jer la
owh masa dia sekodeng pompuan ni Eric Stoltz (hero) mcm sangat henseemmmmmmmm laa.. pandangan dia mcm menusuk laa.. debushhh
bile mamat ni dok citer-citer pasal pompuan yg dia sker ni, lama-lama bespren tomboy dia ni dalam dendiam sker la plak kat mamat ni
tapi mcm taknak ruin friendship dorang, toboy ni mcm dendiam jer la, lagipun tomboy ni pk saper la dia kan
lagipun mamat bespren dia ni suka kat pompuan yg kira perfect la
so tomboy ni simpan jer prasaan dia sensorang
ada satu scene tu dalam girls punye locker room, tomboy ni sekodeng jer minah yg mamat tu sker tu tengok badan pompuan tu lawa perfect, dia mcm leper jer
owh mcm menusuk hati aku la masa tu
masalahnyer pompuan yg mamat tu minat tu dah ade boipren kira mcm jock la
mcm typical la kan?
abaikan duluk, ni movie tahun 80an, masa tu jalan citer camni tak dikira sebagai cliche lagi
so boipren pompuan ni sebenarnya jahat la, kat blakang pompuan tu, dia bukan main kayu tiga dah, bapak kayu pun dia main jugak
bila pompuan tu discover yg boipren dia curang, dia mcm frust aa
pastu mamat tu pun masuk jarum, jual-jual minyak dapat la deting ngan pompuan tu
yg tomboy bespren mamat tu bapak punye frust bile dapat tau yg member dia dapat jugak ngorat pompuan tu, tapi dia simpan dlm hati jer walaupun tunjuk ader ler bau-bau kentot yg dia jeles
yg mamat tu bangang jugak, mcm tak paham yg bespren dia ni giler babih suka kat dia.
dan disebabkan loyalty to her best friend, dak tomboy ni prepare la bespren dia tu untuk fest det ngan pompuan tu
mamat tu kununnya tak reti kiss, so tomboy tu offer diri dia jadi guinea pig, tapi sebenarnya dia nak mamat tu kiss dia wahahaha
lepas dorg testing kiss tu muka dia merah gilaaaa, pastu mamat tu tanya, "apsal ko blushing?"
pastu tomboy tu purak-purak mcm buat bodo pastu lariiii
pastu mamat tu beli diamond earring nak bagi kat pompuan tu, tomboy tu tolong pilihkan kot (tak silap aku la), padahal dalam hati, tomboy tu yg nakkan earring tu
masa malam yg dorg first date tu, tomboy tu siap jadik chauffeur lagi, siap dendiam warning pompuan tu; "You break his heart, I'll break your face." gila brutal

dipendekkan citer, last-last dia mamat tu pilih tomboy tu la
tu pun lepas beberapa insiden yg berlaku yg tunjuk kesetiaan tomboy tu dekat kawan dia.

scene yg last tu OMG mcm sangat giler aa
masa tu la, bagi aku wahahaha
ye la aku masih mentah, kunun blom penah berchenta
aku plak masa tu dok syok giler-giler ngan mamat kat skolah aku yg cuma pandang aku seblah mata jer
aku plak spesis tomboy
dia plak spesis hensem dan rebutan minah-minah poyo kat skolah
kira mcm aku buleh relate la diri aku kat tempat mamat hero ngan bespren dia tu
ecehh kekunun aa wahahaha

aku ingat lagi, lepas aku rakam, aku ngan member-member lepak umah member yg ada VCR, tengok balik citer tu lapan juta kali
pastu dorang dok ulang scene yang last tu lagi lapan juta kali
masa tu aku hipokrit bapak giler babih kunun tak pandang la citer jewang camtu, padahal hati dok bermunger-munger jer masa scene last tu
brutal mana ngaku jewang beb wahahaha

okeh, scene yang last as i remember it, teranselet ikut sukatik pala hotak aku aa..

mamat tu - Keith
pompuan yg mama tu sker - Amanda
tomboy tu - (Susan - nama pompuan dia) Watts

masa tu Keith, Amanda ngan Watts kat luar, masa malam Keith ngan Amanda punye date, selepas satu kejadian yg berlaku.

Watts sambil tengok Amanda ngan Keith purak-purak sengih-sengih paksarela.
"Ey korang, aku nak bla duluk bule? saket muntut aku la tunggu lama-lama."
lepas tu Watts approach Amanda, Amanda mcm cuak igt macam Watts nak pukul dia, tapi Watts hulur tangan dia, nak salam, Amanda sambut.
"Sori la eh klu aku misjudge ko."
Keith mcm blur, Watts mcm tengok Amanda pastu tengok Keith, dia rasa sebak. Selo-selo dia jalan, nak blah sambil kaver sedey.
"Kunci kat dalam kete ok? Aku bla dulu ah. Dorang deting bebaik ye, jgn nakal-nakal ye.."

Pastu dia cepat-cepat bla, jalan kaki.
Keith masih blur sambil tengok Watts blah.. Amanda tengok Keith yg tengah tengok Watts.
Amanda senyum sensorang, tetiba dia macam paham.

Keith blur, dalam hati dia mcm tertanya-tanya and slowly he put the pieces together. Dia tingat mcmmana susah payahnya Watts tolong dia itu ini blablablabla.
Ish.
Tetiba dia terasa dia la manusia paling bangang di alam maya ni.
Apsal la dia buta hati sangat, not mensyen bodo_piang.
Bukan Amanda orangnya, tapi Watts.
Watts la yg slalu ada kat sisi dia, yg tolong dia di kala susah senang.
Haiyaaa...

Dalam dendiam Amanda bukak subang yg Keith bagi kat dia earlier that evening. Dia ambik tangan Keith yg masih dok ternganga-nganga mcm blur tu, pastu letak subang tu kat dalam genggaman Keith.
"Erm.. ko tak ikhlas bagi ni kat aku nih, jadik aku tak bule trima, sori la eh."
Keith mcm lampi.
Amanda senyum.
"Ko sebenarnya patut kasik mende alah ni kat 'orang lain'."
Keith macam 'aaa?' Pastu Amanda kiss pipi Keith, dia pun mcm sedey-sedey tapi dia paham skang hati Keith pada siapa.
Keith mcm terkujat bila Amanda tau apa dia pk dan dia pun paham skang prasaan dia. Pastu dia kiss pipi Amanda, dia mcm speechless, tapi dia rasa thankful sebab Amanda mcm sgt memahami.
Pastu Amanda cakap, "Ko jangan lupa aku plak wey.."
Keith sengih (wahh hensemmm), "Ko pun jgn lupa aku jugak."

Pastu Keith lari dan lari dan larii.
Dia cuba kejar Watts.
Watts masa tu dah tgh jalan, kunun pergi membawa hati yg lara la sambil tengah nangis-nangis.

"Oiiii Watts!"

Watts mcm dengar org panggil dia.

"Oii Susan!"

Watts mcm heh? Pekejadah?
Dia pusing, dia nampak Keith tgh lari gi kat dia.
Dia lupa la plakk nak sapu air mata dia.. haiyaa! Ah lantak ler Keith nak tengok dia nangis, haku dulik hape!
"Hah, ko nak apa lagik?"

Keith tak cakap pape, dia datang dekat Watts.
"Aku sebenarnya.. sebenarnya.. sayang kat ko."

Aaa?

Watts mcm nangis.
Pastu Keith peluk pinggang dia kekuat, mcm taknak lepas, pastu Keith kiss dia.
Watts nangis, pastu dia mcm gumbira, kali ni dia nangis sebab gumbira la plakk..

Pastu Keith cakap, "Sori la.. aku tatauu.."
Watts gelak, hape la bangang nau member dia sorang nih, "Ape yang ko tau? Klu dah bangang tu bangang jugak laaa.. hehe.."
Keith: "Dah ko tak penah nak kasiktau.."
Watts: "Dah ko tak penah tanya.."

Pastu Keith ambik tangan Watts, dia letak subang tu dalam tangan Watts.
Watts sengih, "Lerr.. ko tauu.. aku mmg nak mende alah nih."
Keith: "Amek la, skang tu jadik ko punye."
Watts: "Mekacih yerr." lepas tu dia pakai earring tu. "Amacam? lawo tak?"
Keith: "Ooo ko tau ekk ko akan dpt jugak bende alah tu akhirnya?"
Watts: "Tader la, tapi aku ada la jugak berharap.. harapan yg tak mungkin jadi kenyataan, tapi tak sangka aku dpt jugak.."

pastu Keith peluk Watts, dorang pun jalan sesama.
pastu abis kot.

hahaa aku igt tu jer la
aku rasa mcm ada lagi kot.

mana nak cari DVD dia aa? ada extra footage wwooo.
dan setelah selongkar youtube..





Keith
I'm sorry. I didn't know.

Watts
You're stupid. I always knew you were stupid.

Keith
You never told me.

Watts
You never asked.

imdb movie info

No comments: