Tuesday, September 30, 2014

Pasta Aglio et Olio

Nama fancy bagi spegeti yg letak bawang putih dgn minyak zaitun tu.
Memula aku beriye la ikut resipi kat foodnetwork.com.
Tapi lama2 aku dah buat suka hati sendiri2 dah.
Kebetulan hasben suka sgt mende ni, aku slalu sgt buat.
Lapan belas kali buat, lapan belas kali rasa lelain.
Tapi tade la jauh beza sgt.
Aku dok seksperimen letak itu ini sampai dpt yg betul2 delisyes.

Tadi aku buat lagi sebab niat nak bawak esok bekal pi keje.
Kafe jauh dan kaki aku cedera.
Kene la membawak bekalan.

*Gamba kecik aku silap resize.


Basically ni la bahan2 dia.
Ni bahan2 untuk setengah paket spegeti.

Spegeti.
Spegeti tau.
Haritu aku bagi resepi kat opismet, dia bantai gi beli pasta ANGELHAIR.
Kene perati betul2 kalo beli pasta ada mcm2 jenis.
Yg kecik halus tu angelhair, mcm bihun. Yg besar sikit tu fettuccine.
Make sure betul2 tulis spegeti.
Aku pakai chap Kimball je, Price dalam average, not too mahal not too murah.

Olive oil
Sape yg makan pasta mcm makan nasik (aku la tu), beli la sebotol.
Chap ape pon takpe.
Ni pakai sikit je.

Mushroom tin, aku beli chap ayam brand.
Kalo rajin pakai fresh mushroom pon takpe, tapi nanti ada rasa lain sikit.

Bawang putih a.k.a garlic, untuk half paket aku pakai dalam 5-6 ulas
Kalo satu paket, aku pakai 10 kot.
Kene agak2, kalo byk sgt, rasa garlic dia kuat.
Kalo sikit sgt, tade flavour langsung.

Bawang merah dalam 2-3 ulas kecik ke sederhana ke.
Bawang cine tu pon buleh.
Ekceli tak letak pon takpe.
Aku letak sebab bagi ada rasa sedap2 manis2.

Ni optional la.
Memula aku seksperimen pakai udang.
Tapi aku tak beberapa prefer udang la sebab rasa dia campo dgn garlic buat garlic tu lagi kuat.
Nak cemolot bucuk.
Skang aku pakai sotong ke hiris halus2.
Jgn byk sgt sebab depend dengan berapa byk mushroom nak letak yg overload dgn lauk pulak.

Lagi satu buleh la kalo nak letak ayam hiris2 halus ke.
Sedap jugak.
Kalo ada sosej, aku letak jugak sikit.

Dan lagi satu mende paling penting adelah chili flakes.
Kalo beli Dominos pizza aku suka simpan sebab buleh pakai nak masak.
Ni bahan jgn tinggal ye.

Basically:
Spegeti
Olive Oil
Garlic
Chili Flakes
-adelah bahan wajib ade.



Memula rendam dulu.
Tak rendam pon takpe.
Tapi aku ikut petua kalo rendam, masa nak boil spegeti ni kurang sikit, so jimat la gas.
Aku pakai half paket je, tapi aku sorg buleh abis ni.













Garlic hiris halus.
Ada satu lagi option, sama ada pakai food processor atau blender.
Aku ekceli malas nak basuh blender so aku gigih la mencincang sebegini.
Berhati2 cincang sebab buleh jadi bawang beterbangan.














Bawang merah hiris ke potong dadu ke suka hati lah nak buat bentuk beruang kutub ke.
Mushroom tu hiris je jgn cincang mcm spegeti bolognes.
Mcm gamba ni ha.









Next step, sila la masak spegeti tu.
Jgn lupa letak garam sikit dlm air.

















Aku pakai minyak zaitun yg extra virgin/terlebeh dara.
Kalo nak pakai virgin je pon buleh.
Aku prefer yang ni rasa lain sikit.
Chap apa pon buleh.
Aku slalu beli paling murah, minyak zaitun mahal wwwoooo.















Agak2 sementara spegeti tgh mendidih, panaskan kuali lagi satu dgn api sgt perlahan.
Kalo dapur tu ada api yg kuar sebatang tu pasang la yg sebatang tu.
Yg seketul tgh tu addelah butter.
Nak letak pon takpe tak letak pon lagi bagus.
Aku letak sebab saja nak menternak lemak lagi.











Tententenn..
Cepat2 la letak garlic cincang tadi, dgn chili flakes. Yg garlic powder ni saja2 je aku boh. Tade pon takpe.
Aku letak sebab nak bagi kentut bau baeng.












Kaco kaco sampai sebati.
Ingat, jgn sampai minyak tu hangit ke hangus.
Olive oil is not meant for frying.
Jaga api tu.
















Ni sotong aku potong tadi.
Laki aku bantai beli sotong bapak besar, bapak sotong kot.
Nape tak beli sotong kurita tros ke.
Sebab besar sgt, aku pakai setengah je.
Biasa yg saiz biasa tu aku pakai kot 2-3 ekor untuk sepaket spegeti.











Aku letak sotong dulu, sebab nak bagi ada rasa.
Ada flavour bak kata Ina Garten.
















Spegeti belanga seblah dah masak, tros angkut je masuk dlm kuali jiran dia.
Angkut je bia air menjejes2 pon takpe.
Ade kepentingan air bekas didihan spegeti ni ekceli.
Dia bagi ada rasa lemak2. Eh kot.
Pointnya tak membazir air kot.












Yaa angkut sampai abiss..
Pastu gaul la sikit2.
Jgn beriye sgt.
















Pastu letak la yg lain2 tececer kat luar kuali tadi.
Mushroom dgn bawang.














Kan aku cite kepentingan air bekas spegeti tadi kan.

















Letak la buang 2 senduk dlm kuali.
Gaul2.
Terletak lebeh takpe.
Eventually akan dry out jugak nanti.

















Yg kat tgh2 tu menatang apekah.
Itu adelah serbuk black pepper dan garam.
Bagi ada a bit of fucking flavour bak kata Gordon Ramsay.















Aku letak cili kering ekceli ni sikit.
Tade pedas pon.
Aku siap buang urat dgn bijik dia.
Kalo tak letak pon takpe.
Sebab kalo spegeti ni simpan sampai esok ke, dia bagi rasa mcm wah sedapnyeee..
Mcm aku habag la tak letak pon takpee..










Nak menjadikan Aglio Olio ni lebeh mafia atau extra Vito Corleone, aku letak mende ni sikit.
Seblah kiri tu parsley flakes, daun parsli yg tak fresh.
Yg hijo tu yg fresh.
Aku ada beli sepasu kat kafor haritu.
Dia bagi wangi je ekceli.












Jgn lupa ni.
Kalo tade pon takpe.
Ada lagi sedap.
Tapi menggemokkan.
Ade aku kesah?












Siappp!!

Parmesan tu buleh tabur2 dalam 3-4 sudu besar dan gaul tros.
Tapi berhati2 dgn amount garam yg diletakkan seblom ni.
Kalo letak mmg secukup rasa, better jgn letak parmesan byk.















Ekceli, tika entry ni ditaip, mende ni dah masuk perot.
Esok jadi la taik.
Sedappp.. tapi kurang masin, so aku tabur parmesan tros dlm kuali.
Sedapnyaaa..

Esok lagi sedap.












The beauty of Aglio et Olio ni, bila panaskan, letak je air, nanti dia akan jadi sesedap seperti baru dibuat.
Jgn panaskan dlm microwave.

Aku rasa mcm tak sempat nak dibawak bekal nii jee

Monday, September 29, 2014

Kopi Ais ala Starbucks

Aku tengok kat website ni and then ingat nak try lah.
Sebab dah misken tak mampu nak beli Starbucks mcm dulu (ya aku tak boikot, don't judge), so aku rasa mcm orgasm la nak cuba.

Disebabkan ni seksperimen, aku tak guna ground coffee ke apeke nama2 fancy bagi kopi sedap.
Aku singgah kedai biasa beli Nescafe Gold je.
Tu pon mahai puii

Lepas ikut la step-by-step dia.
Nescafe Gold ni 50g je, original recipe calls for 1lb.
So aku convert je la 50g ni lebeh kurang 1/10 out of 1lb.
Letak dalam bekas yang boleh muat lepas letak air.
Kalo banyak kopi tu, lagi banyak la air dia.








Aku pakai tupperware je la
So next step letak air sejuk, and sama jugak, 1/10 dari resepi asal.
Air sejuk tau yg dlm peti ais tu.
Resepi asal mintak 8 quarts, disebabkan kita ni pakai metric, aku convert 1/10 dari resepi asal, jadi la dalam 750ml lebeh kurang.




Lepas aku kacau la sampai campur semua.
Aku pakai neskepe senang kot.
Kalo omputeh pakai kopi pelek2 mebi susah sikit kot nak campo dgn air sejuk.

Lepas tu tutup, kene peram paling kurang 8 jam.
Aku buat dalam kul 3 ptg, so esok pagi tu je la aku bukak and then nak kena tapis.

Lagi sekali disebabkan aku guna serbuk neskepe, tayah beriye pakai coffee strainer.
Tapi aku pakai jugak.
Becinte la tunggu dia nak tapis kan.
Lepas dah berjaya, aku nak test la minum.
Kalini aku buat sukatik la tak ikut resepi dah.

Letak air kopi tu sikit je, since aku tgok pekat gila.
Dalam 1/8 gelas, pastu campur dengan krimer sejat.
Aku letak dalam shaker bulan gelas.
Bewarned, krimer sejat ni pekat tau and then tade gula, so aku campo dgn air sikit.
Gula 1 sudu campur air and them masuk dalam shaker.
Campur ais, pastu goncang goncang2 sampai sebati.
Lepas tu tonyoh la masuk tekak.
Owh sedap.
Nikmat.




Verdict:
Tak la sama dgn Starbucks sebab aku tade caramel syrup.
Aku try campo susu pekat pon sedap, tapi manis sgt and then amount krimer tu sikit.
Aku suka lagi krimer byk gula sikit.

Bebila buleh pi Cold Storage beli caramel syrup mcm ni ---->

Sapa2 coffee addict buleh la buat, sebab mmg kopi ni buleh simpan buat stok dlm fridge, kuarkan campo air dgn susu dgn gula je.






*Ni semua gamba aku amek kat google, no copyright infringement intended.

Sunday, September 14, 2014

Puteh

Aku taleh nak taip sgt sebab sedeh.
Prasaan ni org yg bela kucing je paham.







Sedehnyaa..
Umur dia baru 5 tahun.

Tadi aku pi Daiso, tengok gown/baju yg bagi pakai kat pet tu tingat kat dia.
Gemok sgt aku beli baju tak muat.

Skang aku dah ada anak lain since aku dok umah sendiri.
Dulu dok umah parents ni la dia peneman aku.
Kadang2 kalo mood aku baik, aku bagi dia lepak dlm bilik aku.


Bulu putih cuma kat telinga dgn ekor je hitam.

Alahai. Sedeh.
Balik umah tade aku nak budesh budesh dah panggil dia.

Friday, September 12, 2014

Puteri Gunung Ledang

First time aku ikut bopren (now suami) balik kampung dia, kitorg lalu dekat2 Gunung Ledang.
Aku pon tingat la citer PGL Tiara Jacquelina punya version.
I had the privilege pi tengok PGL the Musical kat Istana Budaya and then aku rasa sgt besh.
I assumed movie dia besh jugak la sebab sumpah aku tak penah tengok kan.
Until yesterday.
Camne tah terjumpa kat youtube. Kihkih..

Ekceli aku suka gamba ni
Cite simple camni pon sampai nak dekat 3 jam.
Lembab gila!
Tade feel langsung jugak la.
Most of the time aku akan meraung kalo tengok cite tema 'Forbidden Love' ni.
Ni tade ape lah.
Hero dgn heroin tua lah.
Walopon muka jawa Tiara lepas la nak belakon puteri jawa kan.
M. Nasir ok jadi Tuah, macho semua cukup.
Tapi tade feel la.
Haiyaa.. tade feeeell.
Dah la slow.
slowwwwww..

Senang cite. bajet besar camne pon kalo tak besh tu tak besh jugak.
Eh bukan tak besh.
Ok la.
Tapi tade feeelll.
Sepatutnya cite camni meruntun jiwa nanges sampai kuar air idung.
Scene yang last tu Tuah bekejar nak jumpa Gusti Putri sebelum subuh patutnya sedeh dan saspen
Tapi aku mcm huahhh.

Ni review 10 tahun telewat.

Tengok musical la besh woh.
Lagu pun besh2.








Monday, September 08, 2014

Kegemokan dan sakit kaki

masa berat aku nak dekat 100kg dulu, tade pulak aku sakit kaki camni.
siap masa tu bejalan naik kenderaan awam lagi.
marmee cakap sebab faktor usia.
skang aku berat 80kg, dah tumit aku dua2 belah bengkak.
setahun lepas berat aku 68kg aku mmg merata bejalan kat mideli, ok je.
of kos la masa tu aku kurus seksi dan lawa.
skang bila laki aku melebar, aku pon ikut melebar.
kaki sakit dah nak dekat sebulan ni.
puncanya masa cuti raya haritu aku merewang kat 1utama cari Cinnabon.
pastu laki aku ajak window shopping.
window shopping barang dia je la tapi.
aku kan dah jatuh misken skang.
tumpang tengok jela org lain shopping.
kat fon ada 'Walking Mate'.
cecah 10k steps adelah perkara biasa.
skang ni nak cecah 5k pon aku dah sakit kaki.
mebi kasut tak sesuai.
sejak misken ni aku tade beli kasut dah.
aku gi keje pon pakai sliper.
bagi aku kasut dah bukan keperluan.

risau jugak dah sebulan lebeh tumit aku sakit ni.
bagitau abah, dia kata dia penah jadi camtu jugak.
lama2 hilang la.
tapi bila la nak hilang.
aku ni dah la mmg semulajadi kuat bejalan.
bila jadi camni nak buat keje umah pon terbatas.
serupa macam OKU.


sakit woh kalo bejalan.
nak urut tak brani.
harini pon aku tak gi keje sebab pagi tadi aku taleh bangun.

Thursday, September 04, 2014

Male rape victim

so sambil dok makan brekpes dan membaca sampah sarap kat huffingtonpost.com, aku tertarik dgn tajuk seperti di atas.
jarang skali dengar kesah pasal pompuan rogol laki kan.
how can that be?
bukan laki senang toing ke, tayah kene rogol pon ai rela.
aku bayangkan kalo sotkaba mesia ada la kuar cite pasal ni, dah buleh agak dah komen2 kat fesbuk camne.

"hek ele laki tak macho la kene rogol."
"sedap ape dapat lauk free. tak lawa pon pejam mata je la."

biasa la manusia otak letak kat lutut.

rape is rape.
baca definisi rape.
rape is sexual assault without consent.
tanpa kebenaran.

tak kesah la ko toing masa tgh2 kene toron ke, tak bermakna ko nak kene toron.

anyway, aku baca kat wikipedia pasal male rape ni.
it's a good read, even for wikipedia.

Wednesday, September 03, 2014

TV series

Aku baru tengok satu pilot series Fall Season 2014/15 punya.
ekceli nak tengok Flash camne tah terrrrklik kat link lain pulak.

Hero dia is my long-time movie-boyfriend, iaitu Ioan Gruffudd.
Nampak dah tua dah since King Arthur tapi masih tetap kacak bergaya.

Kalo sape2 tak kenal, ni diaaa..



















Dua2 Fantastic Four aku suke. Tatau apsal critics dok kutuk sangat.
btw, nanti ada reboot and then tu adelah cite di lain hari.

Cite harini adelah citer ni



Kinda like Sherlock + ish tak terpikir apekenama cite lain.
Hero dia immortal and then expert dalam deduction process.
Camne tah.

Anyway I'm in dire need of a good sci-fi tv shows now, hopefully yang ni tade la cancel mid-season apeke.


Tuesday, September 02, 2014

Bekepit

Aku balik umah mak kedua aku tido sana 2 malam.
Aku tinggal kekanak bersama seorang dewasa dgn harapan umah tak banjir atau terbakar la.
Aku balik je semlm dok keje bekepit nak meriba menggesel bagai (kekanak la ok. yg dewasa tu tak sempat jumpa lagi keje mencari rezeki supaya aku buleh membeli2)
Semalam aku tido siang, kedua2 kekanak pon tido bekepit.
So aku mcm ah sudah malam ni mesti main mcm kene rasuk syaiton ni. Tunggang langgang la umah.
Tapi malam semalam kedua2 kekanak tido bekepit jugak dengan mummy dia ni haih.
Neli ok lagi setakat panjat atas badan cium2 pipi aku (aku cuba abaikan fakta kalo seblom ni dia ade cium ke jilat muntut dia), Leni tayah cite la kene rasukan apetah senang citer semlm aku tido kenyang makan bulu dia.

Si Neli mmg keje nak meriba
Si Leni sibuk tengok FMA dengan aku.
Saat indah dan aman damai ni seketika je ha.

Tengok la skang.
Tayah susah2 nak beli furniture kalo ada 2 ekor monyet camni.

ok la. jap lagi nak bawak monyet kecik pi vet.
bye