Ada sorang my officemate nak pegi bercuti2 ke Korea tomorrow, sampai next Tuesday baru dia balik.
Walaupun hati penuh berharap sama ada dia akan tanya aku, "Weh ko nak pesan apa-apa ke?", aku tade la nak bukak mulut cakap direk kat dia suruh belikan masker lendir siput babi kat aku.
Bagi aku mcm tade manners la bila kengkawan gi jejalan kita pulak berseloroh dgn muka tak malunya nak mintak beli sebiniyer.
Gepren dikecualikan sebab kita WAJIB menyusahkan gepren-gepren hahahaHOHOHOHO.
Aku ingat dulu masa aku keje outstation aku mesti beli paling busuk pon keychain la dekat semorang kat opis.
Kalau atas sebab keje lain sebab dalam proses aku nak gi keje luar kawasan tu, ramai jugak officemate yang tolong2 mempercepatkan ataupun mempermudahkan proses (walaupun sebenarnya tu keje dan kewajiban depa untuk buat!).
Dulu aku rajin pi Langkawi, ada la jugak manusia2 tak tahu malu pesan minyak gamat la, cokelat la, kain batik la.
Aku rimas la
Dah la aku bukan jenis lightpacker.
Kalo buleh satu lemari baju dengan satu kotak peti kecemasan tu aku nak angkut pi 2-3 malam pon.
Selalu bila balik travel, brg aku bawak mcm sama berat je dgn masa aku pi.
Nak beli barang2 kadang2 untuk femili sendiri.
Kalo org tu setakat pesan air liur tu mintak mahap banyak2 la aku tak koser.
Ni aku dok jeling2 ni officemate kat seblah.
Dia belum bukak mulut lagi tanya.
Takpe lah.
Nanti aku ada duik aku sendiri pi Korea jumpa Bang Yongguk.
No comments:
Post a Comment