Thursday, October 30, 2014

Movie


Aku dah malas nak review movie.
Aku just letak je la list yg aku dah tengok since last month.
Sebab aku dah nak delete from my download folder.
Kalau just in case nak tanya citer tu berbaloi tengok ke tak so you won't be wasting 2 hours of your life buleh la tanya.











Overall, semua aku puas hati dan tade skip2.
Even movie Katy Perry tu pun walopon aku bukan fans pon.
So ada lagi aku tgh donlod ni, tapi masa aku layan movie ni pon time aku tgh gosok baju yg belambak2.

Ok la adios.

The Sims 4

Beberapa minggu lalu, seorang suami yg paling kacak di dunia belikan isteri dia game ni.

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... orgasmmmmmm..
Aku dah sevey2 kat website dia, tapi sumpah tak mampu nak beli dah skang dalam keadaan kewangan yg cukup2 untuk meneruskan kehidupan ni.
Tapi satu haritu, laki aku bagi seperais.
Gembiranyaaa..
Aku jenis sorang pompuan yang tak perlu belikan rantai emas ke baju mahal2 ke bra Mark & Spencer ke.
Ni pon dah besh gilaaaa..

Apsal kene beli ori?
Sebab aku dok sevey2 skang ni The Sims 4 taleh main pirate copy.
Kalo main, gamba pixelated.
Dulu aku main The Sims sampai The Sims 3, semua aku beli/donlod chap lanun.
Ni adelah first time beli ori ok.

Main ni mmg tak ingat makan minum tido segala.
Been there, done that.
Tapi skang taleh obsess main mcm dedulu, tapi aku masih main.
Dah masuk generasi ke-3 dah  ni aku main.

Ok la ni nanti sambung la.
Aku siap letak label baru dlm blog ni tak penah cite pasal game kannnn..


Monday, October 27, 2014

Daiso - My Happy Place

Eee orgasmnye dengan hanya dengar nama Daiso.
Aku dari dulu mmg suka kedai2 camni. Dulu panggil kedai 2 ringgit.
Pastu Daiso pon muncul.
Bahagianya hidup.
Masa lepak kat Sg. Wang, aku gi sana je.
Skang dah rasa situ susah nak pi aku kerap pi yang The Curve punya.
Masa keje kat UM seblom ni, aku rajin pi kat Midvalley punya.
Masa duduk kat Mentari Court, aku slalu pi Paradigm Mall punya.
Ish merata la aku jelajah.
Sampai aku outstation kat KK pon, aku buleh pi yang kat Suria Sabah.
Apekegile ntah.
Bilik aku kat Mentari dulu penuh barang Daiso dengan Kaison yang kat Paradigm Mall tu.
Bila skang dah pindah umah sendiri, banyaknye barang umah aku beli kat Daiso, dan semestinye byk kaler pink. Kahkah.

Harini siang tadi aku pi jugak tempat kesayangan aku ni, dgn tujuan nak beli bateri SmartTag aku dah bunyi2 titititit.
Yang pakai bateri segiempat (A 9V GP alkaline battery).
Kalo biasa punya kan mahal nak dekat 20 lebeh (Tahan lama la tapi)
Aku kedekut, aku nak jugak beli chap ayam RM5 yang tahan 2-3 bulan je (Padahal alasan nak pi Daiso je pon).
Skang aku rasa pi The Curve la terpaling senang, situ pulak Daiso besaaaaarrr.

image via


Dah nak dekat Christmas so byk pulak jual Christmas decorations comey2 belaka.
Tapi aku kan nak beli bateri.
Jgn harap la kalo masuk situ beli mende tu je.
Ntah hape2 la aku borong.



Cabel charger aku dah 2 jahanam kene gigit dengan kekanak.
Nak beli ori kang tak berbaloi la kene penjahanaman lagi. Beli la RM5 dan semestinya kaler pink. Huhi.
















Spek lobang-lobang untuk eksersais mata.
Yang ori dalam RM80 kot.
Ni function sama tapi tak tahan lama. Ada aku beli satu dah jahanam aku terhempap.
Ekceli ok jugak la sebab aku dok tenung pc dgn fon hari2 sampai joleng.
Pakai ni dalam 10 minit lepas tu mata rasa refresh balik.





Berus nak buat cuci2.
Cuci piuk, cuci lubang sink. Eh aku rasa aku silap beli ni. Kalo nak cuci piuk kene beli yg bulat tu.
Ish ni kene pi lagi beli lain ni.














Pencuci muka owang misken.
Tade dah nak pakai mahal2 mcm dulu.
Safi pon 6 ringgit lebeh tu pon tiub kecik.
Ni tiub besar.
Aku tengok ingredient dia mcm ok, tade rasa was2 harap2 tade apa la kot efek tenyeh kat muka.
Setakat nak cuci je.







Aku ekceli cari mcm pinggan besar buleh muat sekor ikan berkuah kalo masak sweet sour mcm haritu. Tade kujumpai. Tibai la pakai yang ni dulu. Multi purpose buleh buat boh mende lain skali ke.
Asal boleh.









Oyey freshener. Barang wajib dlm household aku.
Sebab aku ada kekanak yang beyak bucuk baeng satu, satu lagi nak la umah wangi2 tade bau asap segala kihkih
Yang belah kiri tu aku nak letak kat bilik air luar sebab slalu berbau la bilik air tu.
Agaknya sebab jamban ccangkung, umah flat, baau taik datang dari dalam lubang direk dari bawah.
Aku letak arang segala masih berbau.
Takpe la ni salah satu resort.
Yang kanan tu spray2, sama besar dgn chap Glades ke Ambi Pur ke, yang penting harga RM5. Bau wangiiiii...








Solar light, nak letak kat taman aku yg pokok dah byk mati.
Aku testing je ni, kalo besh nanti aku buat la balik taman bunga/sayur/herba aku leklok balik.


Berus penyental belakang.
Kalo kat Guardian harga belas2.
Kaler semestinya pink.
Esok untuk sental daki kat blakang badan.




Astaga, brapa byk dah abis duik niii..
Jap ade lagi.


Haritu sudip kayu aku terbakar (tayah tanya camne terjadi).
Tinggal la sudip2 yang tak besh.
Pastu laki aku bising sebab pengepit makanan besi tu dia kata susah nak cuci sebab tajam.
Suruh cari yang plastik.
Ni la dia aku beli.
Hambek.
Aku rasa kat kedai gudang Trump tu buleh dapat less than RM5.
Tapi dah Daiso kan. Alang-alang.


Ok la. Ni la salah satu cara aku mengabihkan duik laki aku.
Dia tak komplen takpe.
Aku riang.
Harini sgt gembira.
Hari yang gembira.

Sunday, October 26, 2014

Happy Birthday abah

Abah is 68 today.
Semoga keadaan sekarang berkekalan selama mana yang buleh.

Ni abah masa dia tenat bulan May haritu. Kami dah bersedia hadapi kenyataan. Oxygen level 40%. Normal 96-99%. 

Lepas a few weeks dia dah buleh nak berjalan. Semangat kuat kuat. Padahal hari2 sebelum tu mcm harapan dah tipis.

Ni masa bulan pose haritu. Abah walaupun bedridden pose penuh sebulan ok! Alhamdulillah.

Huhi. Ni masa abah agak sihat, dalam tahun 2009 kot. Dia yg dok hanta aku pi balik keje dari mula aku keje sampai dia mula sakit tahun 2010.


Skang abah dah taleh drive, tapi setakat ni since dia masuk hospital bulan 5 haritu, condition dia agak good la. Selalunya orang tua camni mesti ada hajat dia tak tercapai lagi, pasal tu dia tak givap.

Apa2 pun byk tahun abah adelah mak+abah bagi aku. Dia byk berkorban untuk anak2. Tayah cite lah byk kan.
Dalam dunia yg menyanjungi mak ni, abah adelah everything for me.

Melancholy pulak kan aku.
Satgi nak pi Daiso.

Saturday, October 25, 2014

How many traffic offences have you committed today?

Aku berani potong jari la, hari2 kita yg driving ni paling busuk mesti ada jugak yang belok tak bagi signal ke. The most common offence yg kita slalu buat.
Aku masa memula dpt lesen dlu memang pembawakan sgt la supan santun.
Skang supan tu dah kurang sebab terikut2 sikit drebar2 lain.

Sejak raya haji haritu ada 2 eksiden maut yg dapat perhatian kat internet.
Yang kete kene rempoh lori tu dengan baru2 ni yg superbike terbakar tu.
Aku paling pobia eksiden dan pasal tu la aku amek lesen lambat sampai 3 kali lesen L mati.
Skang ni Alhamdulillah la selain dari kene langgar lari dgn moto, aku tak penah lagi terlibat dgn motor-vehicle eksiden. Tapi usia pemanduan aku masih baby lagi.

Harini (Sabtu), aku kene gi buat OT, so pagi2 aku dah bertekad tamau langgar segala traffic offences for the day, walaupun sekecik bulu ayam.
Biasa aku keluar pagi2 buta ayam blom bangun aku lalu Jalan Gombak, lampu merah aku selamba je langgar sebab kete tade kan.
Harini aku kuar dalam kul 8 kete dah banyak for the day.
Antara mende yg aku buat ialah setiap kali aku tuka laluan, aku bagi signal walopon blakang aku tade kete.
Aku heran ape la susah sgt nak bagi signal kan, berat sgt kot mende alah tepi stereng tu.
And then aku nak belok simpan kiri kanan aku bagi signal walopon dah sedia maklom jalan tu simpang tiga untuk membelok.
And then for speeding, kalau jalan biasa mcm Jalan Gombak, speed dia sedia maklom la dalam 60km/h kan.
Tade la aku nak bawak slow sgt tapi aku tade la pecut mcm pelesit, dalam 60-70 la.
Kat Duke 90km.h, aku ikut la speed limit sampai tol sampai Sprint speed limit 80km/h.
Ekceli time tade kete 90 tu rasa slow gile rasa nak pecut over 100.
Takpe bersaba lah.

In summary aku buat:
- Bagi jalan kete yg bagi signal untuk masuk laluan aku
- Setiap kali tiba kat traffic light yg kuning, aku slow down dan benti
- Bagi signal EVERYTIME
- Tuka lane slow2
- Tak potong seblah kiri

Kalo kat US, driver over speed limit pon dah kene tahan dgn polis kdg2 dapat saman
Kalo kat Jepun lagi besh. Kita kat sini nak ckp thank you kdg2 angkat tangan kan, kat Jepun depa bagi hazard light punya la nak ckp terima kasih sebab bagi laluan.
Sini kalo hon sikit masing2 dah offended.

What concerns me the most ialah kita Malaysian, yg ada adab, dalam Rukunegara no 5 tu dah termaktub.
Half of the population org Islam kot.
Malu kan, kalo banding dgn org Jepun yg terkenal dgn porno makan taik depa tu.

Kalo pagi2 aku gi keje, ade je pakcik makcik yg naik moto melawan arus nak pi masjid solat Subuh jemaah.
Tak pakai helmet pulak tu.
Kalo eksiden mati ke, adekah tu mati syahid sebab pi masjid?
What about langgar undang-undang jalan raya yang menyusahkan orang lain, even boleh buat kenderaan lain eksiden dan maybe ada kematian?

Tu kene tanya pakar agama.
But dari pikiran aku yg masih jahiliyah ni, I don't think it's right.
Niat tak menghalalkan cara.

So soalan aku untuk harini, what's your traffic offence for today?