Saturday, February 14, 2015

Abah Part 1

This is actually an easy story to tell.
Harini dah midnight 14/2, so lebeh kurang dalam 5 hari lah abah dah passed away.
Majoriti yang kenal aku mesti tahu betapa rapatnya aku dengan abah, in a sense bukan rapat as best buddies ke atau manja tak tentu hala ke.
Aku hari2 dok spent masa dengan abah for a few years. Berdua je ke hulu ke hilir.
Aku je dia dok bebel hari2. Rapat camtu lah.
Secara sejarahnya, abah ni la lebeh kurang mcm acted like both parents. Dia la mak, dia la abah.
Pengorbanan dia tayah cite la. Ni bukan seorang bapa yg typical ok.
Majoriti orang menyanjungi mak. Ibu la berkorban blablabla. Not in my case.
Family aku lain. Dysfunctional sikit.
Abah was everything to me.
Aku tak rapat dengan mak aku sangat, atau org kata 'panas' kot relationship aku dengan mak aku.
Ada la history lain, pergolakan keluarga aku ni tayah la citer sgt sebab mende dah lepas dah pun.
Aku je yg dok umah lepas aku abis blaja. Dengan menganggur setahun lebeh, hari2 ngadap abah je la.
Adik-beradik aku tade lekat kat umah sangat.
Masa dapat keje pun, abah la mengangkut aku pi balik.
Pi mana2 Giant ke, bejalan ke, aku dengan abah je berdua, kdg2 dengan adik beradik lain.
Sejak aku pandai driving ni la aku dah renggang sikit dengan abah.
Aku paksa diri aku pass driving test pon sebab abah dah tade kederat nak mengangkut aku huhi.

Abah sakit dah lama, since dia keje kat Kedah lagi.
Tapi teruk sejak 2010.
Aku ingat sebab time tu aku outstation ke Vietnam (first time gi obersi kan perghak nak mampos), aku balik je abah dah kene masuk hospital for the first time.
So since time tu la tiap2 tahun abah masuk hospital dalam beberapa hari, yg paling teruk last year, dua minggu lebih kat unit intensive care, sehari dua tak sedar diri.
Teruk sangat dah.
Tapi abah survived lagi sampai la dia menghembuskan nafas terakhir haritu.

Citenye mcm biasa la, every year, time camni abah mesti demam and then kesan flu shot dah abis.
Aku dah agak mesti kene warded lagi.
Sejak hari Jumaat last week dia dah teruk, oksigen level dah dalam 91%-92%.
Aku dok paksa dia pi hospital, tapi sebab dia ada schedule appointment dengan hospital on 10/2, dia degil la nak tggu haritu jugak.
Aku pegi la tiap2 hari, tapi bukan buleh buat apa pun.
Duduk sebelah dia, tolong buat air, cek level oksigen every few minutes, cek blood pressure and then tengok dia suffer.
Tu je la.
Kang bila aku mention suruh pi spital, dia mula tension and then heart rate laju mcm palpitation.
Hari Ahad (8/2), pagi aku dengan suami pi kat abah kejap sembang2 segala.
Petang tu, laki aku kene gi keje, aku pun pi kat abah lagi.
Mcm biasa la rutin, sambil2 dok paksa dia pi hospital.
Aku siap tanya, abah buleh ka tahan sampai Selasa.
Huii konpiden je, bulehhh aihh.
Malas la kan nak paksa genetik degil ni.
Malam tu (malam terakhir) lepas aku cek tengok oksigen level yg sama, aku balik la umah.
Sempat salam la segala mcm biasa kan dengan pesanan esok aku pi lagi.
Aku mesej boss aku cakap nak EL esok, just in case la abah lembut hati nak pi hospital.
Aku pun tak beberapa buleh nak lena sangat.
Aku buat keje umah sikit, sambil layan Nikita sampai abis Season 3.
Dalam pukul 3 ke 4 pagi (9/2) baru aku buleh terlena.
Dalam pukul 5 jam aku bunyi aku bangun la mcm biasa subuh segala.
Aku tak perasan mak aku call byk kali.
Aku call balik, mak aku cakap abah dah tak sedar diri.
Masa tu aku dah naik angin sebab terpikir kat umah tu bukan depa berdua je.
Adik aku kan ada kat umah. Aku dah pesan haritu kalo pape, call ambulans.
Cepat2 la aku bersiap segala.
Hari Isnin kan, umah aku yg dari tingkap umah aku buleh ekceli nampak atap umah abah pon ade la amek masa 20 menet aku nak sampai. Monday traffic.
Haih aku terpikir camne nak gi hospital ni kalo jem camni.
Aku sampai je, tengok mak aku dah panik, kelam kabut.
Adik aku dah bangun dok urut abah.
Ok tak jadi marah.
Abah tak sedar diri atas katil.
Mak kata oksigen abah dah 53% masa dia turun bawah check on abah lepas solat subuh.
Allahu.
This is bad. Really bad.

Bersambung la. Aku ngantok dah.

No comments: