Thursday, October 25, 2007

rapidshare

owh
terabai blog ni ya ampunn
aku pun tatau nak taip apa

anyway pada sape yg dah tau abaikan
pada sapa yg blom tau aku nak bagitau hihi
aku register untuk rapidshare premium akaun, untuk sebulan je aa
aku dah lama berangan nak register tapi mahai siot


sebulan punye akaun dalam RM35++
aku tertarik dengan unlimited donlod punye features tu
pastu banyak sangat ah citer2 tv yg lama2 sumer pakai rapidshare, lagi-lagi yang DVDRip punye
dulu dalam tahun lepas, aku berjaya gak bypass rapidshare punye taim limit tu pakai software rapget
aku kopipes jer sumer link pastu kalau lucky, buleh ler dapat 2-3 donlod serentak, klu tak pon, satu pon ok, sebab dia auto masukkan password ngan bypass time-limit tu
masa tu aku donlod giler2 gak aa
tambah lagi taim tu torrent pun agak laju
masa tu la yg aku berjaya donlod complete series The X-Files ngan CSI tu
pastu lepas aku jual pc, aku stop kejap, byk donlod guna pc opis jer
skang bila dah ada lappie ni dah laju balek
cuma rapget dah tak buleh pakai dah, rapidshare buat camner tah dengki khianat tak kasik orang donlod

bila dah ada kesempatan ni, aku pun menjadi sgt tamak haloba
dalam tempoh berapa hari, aku berjaya abiskan Lost, Desperate Housewives, Tru Calling (yg aku donlod sejak awal tahun ni tak penah abis2), Angel, skang continue ngan Ugly Betty ngan The 4400
cuma aku baru tau rapidshare ni pun ade limit gak


punye la macam cibai
skang sumer donlod aku terbantut kene pause
aku kene tunggu esok baru sambung


orang len suka shopping (aku pun sker gakk), suka membaca atau mengumpul setem atau bermain badminton
aku suka donlod citer pastu maraton sambil makan snek atau baring2
pastu ade member yg biol sket yg ape fetish tah suka beli hedfon kat orang belikan aku hedfon yang sangat besh bewayar panjang
aku totop tlinga sambil baring2 waaaa nikmatnyeee
tader ah bunyik bising sore pompuan kap lam ya nga gile blakang umah tu mengganggu pendengaran aku
tu salah satu aktiviti masa lapang yg buleh membuat aku mengembara ke alam lain yg kurang memeningkan pala hotak

Thursday, October 04, 2007

download frenzy

bebaru ni season Fall 2007/2008 bermula balik dengan banyak jugak citer-citer baru yg menarik
seblom setat season ni, aku mcm biasa meneroka alam internet untuk baca review, pre-reviews, cari trailer blablabla untuk cari ade citer baru yg besh yg buleh aku cuba untuk donlod
tengah bizi ngan hiruk-pikuk daily life aku ditambah dengan citer belambak-belambak aku tgh ongoing donlod, setakat ni aku dah tengok beberapa citer pilott terbaru yg aku nak review di bawah:


Chuck
aku baca sinopsis dia mcm biasa jer
tapi aku nak cuba jugak donlod, satu sebab pilot dia diarahkan oleh McG (Pengarah Charlie's Angel the movie, producer Supernatural, The O.C)
so aku buleh expect la stail citer mesti mcm ala-ala music video sket

citer dia pasal sorang nerd ni (tapi tader la nampak nerd sgt mcm Zack citer Bones pun - tu mmg classic nerd haha!), dia orang biasa-biasa jer, keje dekat electrical appliance store ala-ala Harvey Norman
dia tinggal ngan akak dia, disebabkan dia sgt nerd, mcm dia ni sgt hopeless dlm cari kapel la
so one day dia punya life took a turn, bila kawan lama dia - Bryce Larkin (Matthew Bormer, last seen in Traveler) yg jadik somesort mcm rogue agent untuk CIA (Alias again. HA!) gi hantar satu email yg merupakan penuh dengan rasia-rasia kerajaan.
Chuck tak sengaja terbaca dan terus embeded dlm pala hotak dia segala mak bapak bende alah dalam email tu.
So mcm citer Jake 2.0, akhirnya Chuck ni kene la bekerjasama dengan kerajaan sebab kerajaan perlukan info yg terbenam dalam pala hotak Chuck ni.
dan so, predictabley blablabla, episod seterusnya mesti dia akan selesaikan misi, blablablabla

lepas aku tengok, well as i was saying, mcm videoklip lagu
McG punya stail, meti dia amek hero hensem, macho, heroin lawa nak mampos, persekitaran yang sophisticated, surreal, illogical
even Chuck ni pun tader la mcm you typical everyday nerd, mcm sgt tinggi dan hensem, spesis TDH aa
heroin dia, owh mcm lawa gilaaaaa
dah la lawa, agent CIA plak tu, seksi plak tu, giler babih mcm barbie aa
so aku dah buleh predict aa citer mcmmana

so frankly klu tanya aku, citer ni mungkin tak bertahan lama
klu dapat sambutan paling bodoh pun 1 season, tapi aku yakin citer ni nanti kene kensel haha
tapi tatau jugak kan taste omputeh ni lain mcm



My rating: 3 bintang / 5 bintang
How long would it last?: at most 1 season
Download probability: no, thank you.

____________________________________________________

Reaper

Haa ni aku tengok trailer dulu masa dorang promot

Director untuk pilot ialah Kevin Smith
so aku buleh agak jugak la stail citer mcm mana

ok basically citer dia mcm ni
mamat sorang ni, Sam Oliver, mcm loser aa
dia dok ngan parents dia, pastu dia ni college drop-out, mcm slacker la
tapi mcm mak bapak dia tak kesah pon
masa hari besday dia yg ke 21 baru dia tau apsal mak bapak dia sgt baik dengan dia
after a series of strange happenings, bapak dia citer yg seblom dia lahir dulu, parents dia buat perjanjian dengan 'setan' haha
dorang jual sold dia dekat setan sebab masa tu bapak dia tgh saket teruk, so untuk baik, setan offer untuk sembuhkan saket bapak dia dengan syarat dia nak soul dorang punyer first newborn
camner dorg terai taknak ade anak pun last2 kuar jugak
so masa umo 21, akhirnya setan datang untuk claim dia, jadikan dia mcm somesort of 'reaper'
untuk cari souls yg terlepas dari 'hell', tangkap dan masukkan balik dalam 'hell'
dia akan jadi slave setan ni sampai dia mati
selain dari tu, ade la background story pasal dia ngan member-member dia, pompuan yg dia cuba nak ngurat (minah yg jadik Candice the shape-shifter dalam Heroes tu berlakon) dan relationship dia ngan parents dia afterwards

mcm giler supernatural kan
kinda reminds me ngan citer 'Dead Like Me', tapi PG13 punya version
'Dead Like Me' is better, cuma the idea mcm jadik stale after a few episodes

citer ni mcm lawak jugak la
hero tader pun hensem, byk jugak cliche la
ordinary guy tiba2 jadi extraordinary
tapi skang aku tgh donlod episode 2, just nak tengok la sampai tahap mana aku buleh sampai rasa boring

My Rating:3 bintang / 5 bintang
How long would it last?: probably 1 season, atau 2 season if they're lucky and IF they don't come out with new interesting sub-plot FAST
Download probability: hrm. maybe, i just might.


____________________________________________________

Life
http://www.nbc.com/Life/

so, aku save the best for last
ni pun aku tengok trailer dia dekat youtube
mcm besh
dan aku mmg ade fascination dengan citer-citer polis yg cutting-edge sket
and i have a good feeling about this show

citer dia pasal sorang polis ni, Detective Charlie Crews, yg spent 12 tahun dalam penjara lepas kene frame for triple murder.
dila DNA evidence finally buktikan dia tak bersalah, dia dapat settlement yg buat dia jadi millionaire, dan dia kembali jadik polis dekat tempat yg sama dia keje dulu
bayangkan dia balek semula dekat tempat yg against dia masa dia kene frame ngan incarerated tu
tapi dia mcm slamba je
seolah2 life dlm penjara buat dia jadik orang lain
bayangkan dia dok dlm penjara tu, dia kene teruk aa ngan inmates lain sebab bayangkan la polis masuk jel, saper taknak kasik kurang-kurang sedas dua lempangan kot kan
lepas dia kuar, dia kene assign dengan partner baru, Dani Reese, yg ade masalah sendrik (Sarah Shahi yg berlakon dalam Alias dan The 'L' Word)
pada masa yg sama bos dorang, Lt Karen Davis, (Robin Weigert yg jadik Calamity Jane dalam Deadwood) mcm nak get rid of Charlie dengan agenda tersendiri
dalam dendiam, nampak mcm saiko2 si Charlie ni, dia cuba kumpul maklumat tentang kes bunuh yg dia kene frame tu dan cuba cari saper yg khianat dia

besh aaa
lines besh
watak sangat besh
mcm watak Charlie ni kinda reminds me of Dr. House (aku tak terkujat sebab producer citer ni co-producer House M.D)
masa dia kene tangkap dulu, binik dia lari, partner dia testify against dia, bila kene caj, dia kene buang keje, orang anggap dia srupa mcm babih aa, sumer turned against dia aa.. sian woo mcm gila aa kejap dlm jel
yg stayed beside dia cuma loyer dia la (Brooke Langton yg berlakon The Net tv series tu) yg fight sampai dia terbukti tak salah
bila nama dia dah clear, goverment offer duit, baru mcm sumer org menyesal la blablabla bullshit, sampai dia kene terima keje balik
cuma masalahnye ade pihak tertentu cuba mcm nak sabotaj dia balik, nak soh dia berenti keje la, mcm partner dia skang ni kene assign sebab nak jadi spy dia la, cari salah dia supaya dia buleh kene terminate

pastu stail penyampaian citer ni pun lain sket
ala-ala dokumentari mcm instead of boring flashback, dia selit aa mcm ade docu pasal exoneration of Charlie Crews ni, camner dia dari kene caj triple murder sampai terbukti tak salah
ade la interview loyer dia, kengkawan dia, mcm selit-selitan aa

Sarah Shahi yg slama ni aku tengok seksi giler, lawa, big boobs, latino, bodi lawa, tapi berlakon jadik hard-nosed cop yg ade drug problem
dia reluctantly terima assignment untuk 'babysit' Crews or else dia punya career in jeopardy la, seolah2 mcm kene blackmail
menarik tengok pelakon yg typical bombshell camni amek jadi strong woman character

yg jadik Charlie Crews tu aku tak familiar sebab aku tak penah tengok seblom ni
kalau segalanya bermula ngan baik, aku branik cakap lakonan dia ni mmg Emmy-material

interesting kan
aku definitely will continue donlod citer ni, harap2 la kekal besh
saper suka citer2 polis, korg donlod la, aku rasa tak rugi ah

My Rating: 4 bintang / 5 bintang
How long would it last?: kalau audience punya respon baik, buleh la tahan 3-4 episode or more
Download probability: definitely!

Sunday, September 30, 2007

Perfect Stranger

ni perbualan ngan sorg member sejurus selepas aku tengok citer neh



wahahahaha
slalu aku kene camni
FIY aku dah imun la bende alah SG SX citer omputeh neh
klu tak banyak, siiiikit pun mesti ade punya
klu tak dan tak open mind toksah la tengok, stick to citer2 G atau PG rating
sex sales ler, trima la hakikat tu
klu otak tu tertotop, ape pun tak buleh tengok ler
klu fokus part2 tu sampai mampos tak buleh enjoy citer2 besh
pasal tu aku buleh je tengok Bones, CSI sambil makan-makan nasik





ok ok berbalek pada citer tersebut
memula aku mcm tak berminat sebab aku tak suka Hally Berry lepas aku tengok Monster's Ball
paham2 jer la pasal apa
camne la buleh menang Oscar bukannya dia berlakon besh pon
lepas aku menerewang ramai member2 online porum layan citer ni, aku donlod jer la
so aku buleh cakap kat sini, tak sesia 2 jam aku menonton citer neh

citer dia aku nak citer gist pun susah
mcm murder mystery thriller
Hally Berry jadik mcm some sort of investigative reporter yg cuba nak selesaikan misteri pembunuhan childhood friend dia
Bruce Willis jadik saspek utama
Giovanni Ribisi jadik colleague dia
haa lebeh kurang camtu aa

kehadiran Hally Berry mmg agak annoying dgn acting dia yg sgt over
tapi Bruce Willis mcm smooth dan suave, memula mcm dia ni mmg betul jahat and then mcm tak jahat
aku konpius ah
tapi masa scene dia kantoi Hally Berry tu mmg besh
masa tu aku konpem yg dia tak jahat, tulus ikhlas dari pala hotak biol aku

Giovanni Ribisi yang paling menyerlah
memula pun ingat dia ni mcm jahat, giler saiko sebab dia obses dgn watak Hally Berry
mcm giler stalker aa
tapi mcm tak jugak
haiyaa pening pening

memula citer ni bermula dgn selow
aku tak paham scene flashback dan ape kaitan dia ngan plot
aku ingat, oh tidakk.. scene flashback bodoh lagii untuk kesan yg dramatik
tapi last2 baru explain apa signfikasinya dgn jalan citer

aku sgt tak sangka ending dia camtu
memula mcm tak logik
tapi lepas diterangkan, kira mcm wooo.. masuk akal ah
aku sker citer camni, buat pala pusing pusing konpius konpius dan akhirnya diterangkan dgn logik supaya audience paham

overall, aku memula buleh bagi 3 bintang
ok la, aku buleh kata citer ni totally watchable
buleh dpt between 31/2 bintang ngan 4 bintang
out of 10, aku buleh bagi 7/10

imdb info
wikipedia info

Tuesday, September 18, 2007

Prison Break Season 3 Episode 1

oh aku tader la eksaited sangat
selepas tgk season 2 yg at times, sucked, dan totally forgettable, aku mcm tak expect season 3 ni besh sangat
ingat tak season 2 finale? mcm tetiba Scofield masuk prison balek
dan byk issues yg blom selesai
i guess ramai yg dah lupa kot what happened

yg aku paling ingat masa season 2 finale, ialah kemachoan dan kebranian abg_Kellerman haha
i wonder season 3 ni dia ada
lagipun tak tunjuk betul2 dia kene tembak dalam van tu

---------spoiler------------






aku sempat donlod kat opis tadi
via rapidhare dengan 2 pc dan 4 IP
dalam 2 jam abis
i wasn't in a hurry, so selow2, balek umah lepak2 baru aku mula tengok
the sight of abg_butak, sedikit pun tidak mengerujakan aku
part Bellick tu lawak
i was told yg Bellick akan berada dlm keadaan separa bugel dalam beberapa episod pertama
ada masalah baru timbul
LJ ngan Sara kene culek yo
unless Scofield tolong sorang inmate kat Sona tu escape, LJ ngan Sara mati

duh.

tader apa yg besh sgt
biasa je
satu part paling besh.
abg_Mahone jugakk.. wahahaha
masa dia slamatkan Scofield tu la part paling besh dalam episode neh
owh giler machoo

ok lah
mungkin aku tgk jugak kot haha
dgn harapan Kellerman masih hidup kot
aku pun dah lupa
Lincoln dah exonerated, Kim mati, Sara punye kes kene dismiss, supposedly LJ slamat
ade aje lah masalah timbul ngan abg_butak lembik neh
i couldn't help thinking, klu Linc yg ada skali dalam prison tu, dia buleh kalahkan laki yg gado ngan Scofield tu dgn satu tangan sahaja

strictly for kipas susah mati only.

here some random screencaps

Sunday, September 16, 2007

Bones



Bones

yoshh dah abis dah tengok
aku buat ongoing marathon dari season 1 seteret sampai abis season 2 finale semlm
oh besh

memula aku mcm tak rasa zass nak tengok citer ni
my first impression sama ngan masa aku memula tgk House dulu
"aha lagi satu citer forensic crime drama wanna-be sejibik mcm plot CSI ngan watak2 yg dgn lines yg tak funee langsung."
aku tergerak hati nak donlod pilot lepas baca review depa kata citer ni, i quote, "bule tahan"
pilot dia mmg agak buleh tahan
masa tengok episod 2 aku dah mcm nak givap terus sebab episod ni citer pasal terorrist bom meletops blablabla
tapi aku mcm ade aura ler, aku mcm lepak dulu
kira seb baik ade subtitile, aku buleh paham sejibik2 la depa cakap kan
last2 aku rasa citer ni sebenarnya besh dan tader la typical sgt
mmg typical ah, biasa ler 2 watak utama yg masing-masing watak kontra giler babih tapi mcm ade Mulder-Scully like chemistry
pastu selesaikan kes bunuh blablablabla been-there-seen-them shit la
cuma yg lainnya citer ni tader la tunjuk hero tu the heerooo terrer hensemmm america la yang tererrrr org len jahattt
mcm balance dan kosentret ngan watak dan kesungguh depa nak solve kes tu tanpa apa2 prejudis

TAPI
ade uniknye citer ni
aku rasa tarikan citer ni pertama skali pasal watak2 dia

Dr Temperence Brennan
dia ni sorang saintis 'forensic anthropologist' yg mmg giler babih genius, lawa plak tu, tapi nerd gilerr
dia mcm hidop dalam dunia dia sendrik, tak reti bercampo ngan orang, social-skills dia limited, mmg dok bawah tempurung dia aa
klu mcm org buat reference pasal wayang ke, lagu2 besh ke, dia mesti cakap dgn muka blur + konpiden dia tu, "I don't know what that means."
klu org buat lawak ke ape, dah la tak paham, pastu mcm argue balik lawak tu sampai Booth mcm giler annoyed ngan dia




Seeley Booth
yg partner dia plak, agent FBI yg genius jugak, kekunun macho dan hensem dan mempunyai karekter yg totally opposite ngan Dr Brennan
dia buleh dikatakan mcm kite-kite ni jer, normal, tapidia reluctantly kene keje ngan geng-geng nerd ni
bayangkan ler klu geng2 nerd ni cakap bahse alien depa, dia bengang aa satu ape pun tak paham haha





Angela Montenegro
bespren Brennan, dan sorang yg paling normal skali dalam sumer2 team geek neh
disebabkan dia ni artis yg buat facial reconstruction tulang2 mangsa kes yg dorg siasat, dia la yg paling ade emosi dan prasaan skali totally opposite ngan Brennan
tapi klu pape Brennan mtk advice dekat dia la
dia kapel ngan Jack Hodgins




Zack Addy
wahahahahaha
dia ni mmg spesis alien menyamar jadik manusia ler
genius nak mampos, protege dr Brennan, tapi LAGI nerd dari Brennan
suka cakap bahasa sains tah pape dgn muka tader ekspresi langsung mcm robot
haha lawak dia ni wahahaha





Jack Hodgins
dia ni entomologist (bugman- sama mcm Grissom), dia ni agak normal aa sket banding ngan yang lain
mcm bighah sket prangai tapi sebenarnya hati baik
dia ni obsess gilerrrr ngan conspiracy theories, paranoid mcm Mulder gak
kadang2 giler annoying
dia ngan Angela kapel





dan memula aku tgk jalan citer dia familiar ngan CSI
tapi lama-lama mcm agak lain sket aa
sebab Brennan ni deals dengan 'bones' jer
so setiap episode ade kes yg melibatkan jumpa mayat yg dah decomposed giler giler, not for the weak-stomach ler
elok la, aku punye habit plak suka makan sambil tengok citer
hampir setiap episod tunjuk mayat badan hancur secara close-up.. nyumm sedapppp!

David Boreanaz yg slama ni aku tgk sebagai vampire yg hensem dan brooding, dalam citer ni dia mmg lawak aa
dia overprotective giler giler ngan Brennan pada masa yg sama annoyed ngan cara bossy Brennan tu
unlike Mulder ngan Scully yg aku dok hoping dorg akan kapel, aku tader rasa yg nak depa ni kapel sebab dorang ni totally opposite dalam byk segi
Booth ni normal, an avid-catholic dan all-american guy, Brennan plak geek yg tak sker campo ngan orang dan juga sorang athiest
tapi besh tengok caring sesama sendrik, dan kadang Booth mcm jeles klu Brennan deting ngan laki lain
tapi in the end nampak mcm Booth ni bukan jeles pun cuma protective jer ngan Brennan
Brennan plak mmg tader prasaan jeles ke ape, tatau la jeles ke ape emosi pun aku tatau
mebi dia care dekat Booth sebagai kawan baik je la sebab tak nampak dia mcm syok ngan Booth ke ape

aku suka tgk Brennan sebab stail dia mcm aku, pakai dangling earring yg labuh2 tu ngan chunky necklace
ade beberapa set mcm sejibik stail yg aku ada haha

anyway, lepas ni nak tunggu Season 3 plak, subplot pasal bapak Brennan tak abis citer lagi

citer ni tak siyers sgt, tader merapu sgt, tader science-fiction melampau
cuma character development dia ade masa naik turun, taim besh, besh aa
taim tak besh dia turun jadik average
lines dia besh dan funee
tapi kene ade subtitle
you would be lost in the whole scientific blablahs mumbo-jumbo

okeh, ada taim 4 bintang, ada taim 5 bintang