banyak benda yg berlaku setakat ini
tapi nak mengarang aku pun tak reti
apa-apa pun biar la aku simpan sendiri
menjadi rahsia dalam diari hati
aku dalam khayalan dunia aku sendiri
sekadar penghibur dan santapan rohani
hilang sedikit kegusaran dalam hati
kiri kanan depan belakang tertekan dgn masalah diri
aku seorg tiada dua tiga atau lapan juta
jarang ada teman penghilang segala duka
ada pun setakat dua tiga bukan lapan juta
yg lain datang pergi hanyalah sementara
doakan semoga diri aku terus tabah
tidak ditelan arus resah gundah
banyak lagi org lain yg lagi susah
kurang2 rezeki cukup untuk aku mentekedarah
No comments:
Post a Comment