Thursday, November 06, 2014

Postcrossing

Sape lagi yang penah main Postcrossing ni?
Aku rasa aku sorang je yg dok main mende ni.
Pada zaman yang snail mail dah hampir pupus ni, aku rasa ramai yang dah jarang sangat berkirim2 surat dgn poskad yg guna setem bagai semua tu.
Aku pulak still interested, sebab aku rasa email ke IM ke, chatting ke dah invade my privacy.
Postcrossing ni aku dah join since 2006.
User2 dia byk harmless la, sebab sekali je tuka2 postcard and it's up to you nak continue to correspond ke ape.



How does it work?

1. Register (for free), lepas tu kene update profile leklok, jgn pulak tibai letak bahse sms, letak alamat rumah semua sebab nanti nak bertukar2 poskad.
So kene dalam English lah sebab nanti kita akan send poskad kat overseas.
Besh kan.

2. Lepas tu, nak send poskad, kene generate alamat dalam website tu.
Dia akan bagi beberapa alamat dan nombor ID.

3. Lepas tu beli poskad dan setem.
Setem nak hantar international mail adelah 60sen je.

4. Tulis la apa2, tampal la sticker ke, buat la kreatif2 kalo rajin.
Lepas tu hantar la ikut pos.

Poskad ni dalam sebulan baru sampai kat destinasi tau.

Interesting sgt sebab masa poskad kita send tu travelling, pada masa yang sama ada orang akan send pada kita, randomly.
So kita akan dapat poskad dari negara mana2 la dalam dunia.
Sapa yang rajin kumpul setem ke poskad ke besh la kalo join.

Haa bila dah dapat pulak poskad, kita kene login dalam postcrossing ni untuk register received postcard guna ID number kat poskad depa kirim tu, so buleh register berapa byk kita send and received.
Kalo rajin buleh scan dan upload gamba.


Interesting kan?
Untuk nerd macam aku mmg la rasa besh.
Seronok rasa prasaan bila ada something dalam peti surat other than bil2 mintak duik dgn sampah sarap.
Tapi since 2006, aku cuma dapat dan sent 10 je.
Sikit kan?
Susah nak aktif sebab; 1. aku terbusy. 2. susah gile nak cari poskad.
Mana ada jual dah skang, unless kalo ko gi airport ke, gi KLCC ke, melancong ke.
Pos Malaysia pun mana ada jual mende2 ni.
Aku dah went hunting high and low cari poskad kat kedai2 buku, mmg tak adeee..
Nak buat sendiri buleh tapi kebanyakan address yg aku generated, tuan punya profile slalunya mintak postcard yg ada gamba2 tunjuk keindahan negara sendiri.
Mesti la eksaited nak promot mesia kan.

Anyway, sapa2 yang had enough dgn facebook ke and then nak ada projek kongsi dgn anak2 ke, this is recommended.

Skang aku nak go hunting for penpal project pulak.
Ada beberapa aku jumpa, tapi mostly mcm social site je. Adeke penpal chatting online? No thank you.
And then ada aku jumpa ni, sapa brani jadi penpal dengan inmate? Hui baca profile aku rasa menarik tapi seram lah nak bertuka2 surat dgn perogol bersiri ke perompak penyamun ke, not that I'm that judgmental kan.
Terpengaruh dgn movie byk sgt, imaginasi aku sgt tinggi.

Ok la bai.


2 comments:

tiga lalat said...

masih aktif ke postcrossing tu? wak baru start., rasanya poskad byk jual kat kedai buku pon ade., ;)

tiga lalat said...

wahh otaii nih, masih aktif postcrossing keew? wak baru nk start., hehe2