Thursday, December 31, 2015

2015

Hahahaha aku terjebak.
Anyway aku masih dalam process music challenge. Betapa sengsaranya.
Tapi ada jugak lagu yang decent macam Taylor Swift zaman Red dengan Katy Perry.
Aku baru sampai 2012. 3 more years to go.

Anyway throwback.
The only memory yang betul2 terpahat dalam ingatan pun pasal aku dah tade abah.
Tu je la.
Nak kata aku matang sangat tu tak jugak.
Nak masuk 4-series dah mcm amazing aku mcm 28-30 year-old yang terperangkap dalam the body of a late-thirties married woman with 50 years of experience in life.
Aku pun tak pasti camne otak aku berfikir.
Takpe lah.
Enjoy the youth within walaupun slalu sakit pinggang.

Anyway happy new year.



Tuesday, December 22, 2015

Music Challenge

Kita yg generasi lama2 ni suka kutuk lagu2 zaman skang.
Termasuk aku.
Memang taleh masuk sangat la lagu2 dekad skang ni
Aku setakat boleh bertahan sampai tahun 2010 je.
Lepas tu dah mula pelik-pelik.


So sambil2 buat keje ni aku nak challenge myself explore youtube lagu2 dari tahun 2011-2015.
Aku nak menghayati lagu2 Sam Smith ke Ariana Grande ke yg orang kata hebat sgt tu.
I want to keep an open mind.

So mula la sekarang yo

Thursday, December 03, 2015

Vacation

Ada sorang my officemate nak pegi bercuti2 ke Korea tomorrow, sampai next Tuesday baru dia balik.
Walaupun hati penuh berharap sama ada dia akan tanya aku, "Weh ko nak pesan apa-apa ke?", aku tade la nak bukak mulut cakap direk kat dia suruh belikan masker lendir siput babi kat aku.
Bagi aku mcm tade manners la bila kengkawan gi jejalan kita pulak berseloroh dgn muka tak malunya nak mintak beli sebiniyer.
Gepren dikecualikan sebab kita WAJIB menyusahkan gepren-gepren hahahaHOHOHOHO.

Aku ingat dulu masa aku keje outstation aku mesti beli paling busuk pon keychain la dekat semorang kat opis.
Kalau atas sebab keje lain sebab dalam proses aku nak gi keje luar kawasan tu, ramai jugak officemate yang tolong2 mempercepatkan ataupun mempermudahkan proses (walaupun sebenarnya tu keje dan kewajiban depa untuk buat!).
Dulu aku rajin pi Langkawi, ada la jugak manusia2 tak tahu malu pesan minyak gamat la, cokelat la, kain batik la.
Aku rimas la
Dah la aku bukan jenis lightpacker.
Kalo buleh satu lemari baju dengan satu kotak peti kecemasan tu aku nak angkut pi 2-3 malam pon.
Selalu bila balik travel, brg aku bawak mcm sama berat je dgn masa aku pi.
Nak beli barang2 kadang2 untuk femili sendiri.
Kalo org tu setakat pesan air liur tu mintak mahap banyak2 la aku tak koser.

Ni aku dok jeling2 ni officemate kat seblah.
Dia belum bukak mulut lagi tanya.
Takpe lah.
Nanti aku ada duik aku sendiri pi Korea jumpa Bang Yongguk.




Wednesday, December 02, 2015

Fitnah

Masa aku skolah dulu aku penah belaja tanda-tanda kiamat.
Tu 20 tahun lepas la tapi.
Salah satu tanda kiamat ialah dengan munculnya banyak-banyak fitnah.
Masa aku kecik2 aku ingat fitnah ni mcm dalam cite2 drama melayu, yg dalam kampung ni ada sorg heroin yang cantik, pompuan kampung lain yg kurang baik dan kurang cantik jeles dengan si heroin pastu sebar satu kampung yg pompuan ni jahat la. So bila heroin ni pegi pasar ke, mula la org kampung muncung2 mulut ala joyah sambil ngata2 kat blakang.
Tu sepemahaman aku.

Skang ni bila zaman SNS (social network sites), fitnah mcm dalam every viral posts.
Kalau tak pecaya atau tak perasan, meh aku bagi contoh.

Pagi ni aku dok bukak fb versi tempatan aku, dah jumpa posting ni:

Aku tengok video ni sebab aku curious.
Betul la seperti description dia yg bapak tamau jumpa anak siap simbah2 air lagi halau anak.
Yang disturbing facts kat sini adalah seperti berikut:

1. Ni hal family, why nak viral kan?
2. Is it true mengikut description yang diberi; bapak kawen lain tamau jumpa anak?
3. Dua2 belah pihak sama2 berlumba2 ambik video (maybe for police report purposes)
4.
5.

Abaikan 4 dan 5 sebab aku tade masa nak tolong fikir mende bukan hal aku.

Kalau netizen tengok, mesti banyak komen, byk tukang tambah cite dan banyak tetiba jadi pakar agama.
Ada jugak yang saja nak berhibur bertepuk tangan atas musibah yang melanda keluarga lain mcm ni.

Satu je yang aku curious.
Why nak upload dan viralkan video ni in the first place?
Nak mintak simpati? Nak tunjuk betapa kejinya si bapak simbah air pastu halau anak2 mcm hanjeng?
Why?

I is cannot brain.

Saturday, November 28, 2015

Married life

Hidup berumahtangga ni ekceli takla seindah sgt seperti yg korang yg masih bujang ni idamkan.
Jgn la terpengaruh dengan drama2 tahyul slalu kuar kat tv tu. Suamiku Playboya la Isteriku Tomboi la, Suamiku Gay Insaf la.
Tahi tu semua tu.
Realiti ni menyakitkan.
Memerlukan ketahanan mental dan emosi tertinggi.
Becinte kentut pun wangi.
Dah menikah tgok muka mcm nak makan penampar.
Kalo korang pompuan jgn la pulak nak tampar laki korang.
Berdosa woi.
Sejahat mana laki ko, syurga bawah tapak kaki laki ko.
Aku cite ni mcm aku ada masalah rumahtangga kan.
Bagitau aku rumahtangga sapa yg tade masalah?
Korang jgn la terpengaruh cite2 tahyul rumahtangga org lain kat facebook tu.
Takkan depa nak cite mende tak besh pulak kan kat facebook.
Yg manis2 je la cite mcm pi jalan2 kat korea ke, makan steak kat uptown ke, bawak anak2 pi waterpark ke.
Tapi masalah sebalik kesah2 tu haram la depa nak cite.
Begaduh laki bini ke sementara nak kumpul duit nak pi korea tu ke, laki tak dpt cuti ke, anak buat prangai ke.
Ade depa nak cite?
Oh tidak.
Amek gamba2 selfie muka hepi je makan kimbab.
Lepas tu tarik muka masam.
Korang apa tau.
Yg paling besh ada pulak gaduh laki bini pon berderet panjang cite kat fb.

Mula2 menikah, 3 tahun pertama adalah paling perit.
Masa tu tau la betapa busuknye kentut laki ko ke bini ko lepas makan telor rebus.
Lagi2 melepas masa tgh nyenyak tido.
Ada yg kene tido luar pastu.
Gaduh pasal duit tu biasaa..
Masa 3 tahun pertama yg baru dpt anak lagi perit.
Masa tu la tebyg2 saat indah masa bujang dulu.
Kalo korg lepas je halangan 3 tahun pertama tu aku ucap tahniah sambil lambung spenda.

Korang kene pikir dan tatap tenung muka laki bini masing2. Tu la muka yg korg tatap lagi 10 20 30 40 50 tahun lagi kalo umur panjang.
Sanggup ke.
Akan jemu ke.
Pasangan korang tu takkan sehat dan kuat selama2nya.
Depa akan sakit, lemah, cacat.
Sapa yg nak jaga?
Muka halus mulus akan bekedut.
Yang ada sixpack akan bertemu jadi onepack je.
Yg gebu2 begetah akan kendur.

Aku tahun depan akan masuk tahun ketiga.
Kalau bertahan sila la ucap tahniah dan julang spenda korg bagi yg memakai spenda la.
posted from Bloggeroid

Thursday, November 19, 2015

Blogging

Lama sangat aku tak menaip.
So fucking what? I have stories to tell but bila je mula menaip, aku mcm ah fuck it, nobody wants to read my shit.

Anyway, harini aku buat chocolate cake.
Cracked sikit sebab cake pan dia kecik, so mcm exploded sikit at the middle la.


I'm going to spread some topping on the cake now.

Friday, June 05, 2015

One year

Harini dah 5 Jun.
Aku pun lupa bila aku masuk keje tempat skang, 4 Jun ke 5 Jun, tapi dingdongdingdong setahun dah.
Dulu ingat keje kejap je, 6 bulan nak blah.
But I'm still here.

Aku started keje UM dekad lepas pun mulanya sebagai staf sementara.
Lepas grad dok berkebun anggur dengan odd jobs bagai, aku dapat peluang keje opis akhirnya.
Aku mula2 masuk aku dah suka tempat ni, sebab internet laju huhi (my first thought back then mcm woh buleh download anime)
Dapat pulak member2 yg ngam, dan keje yg aku suka (design).
Gaji masa tu sikit lah, dalam seribu lebeh je, tu pon slalu dpt lambat, dan dapat cheque je, so aku kene bank in tunggu 3 hari baru masuk.
Penah sekali tahun bila tah raya, kitorg bertiga tak dapat gaji 3 bulan.
Tapi masa tu hepi je pon tak serabut.
Management nak naikkan kitorg jadi pegawai tadbir, atas usaha beberapa orang (takkan lupakan jasa baik depa ni), kitorg bertiga dpt la jawatan Pegawai Tadbir N41 (Kontrak)
Masa dapat surat tu, org yg kirim surat siap ckp tahniah.
Hepi kot, sebab masa tu harapan mencanak buleh la akhirnya ikut jejak abah keje gomen.
Dapat gaji on time dapat cuti, dapat mc dpt klinik panel dan keistimewaan lain.
Tapi bila naik pangkat, keje pon bertambah2.
Masa tu la mula merasa pressure atas tanggungjawab yg depa bagi.
Tak lama lepas tu, aku mula merasa ada assistant sendiri, mula2 sorang je.
Senang nak handle.
Keje makin banyak.
Balik makin lambat.
Aku kene travel sana sini, jaga pameran, 3-4 kali gi oversea.
Mmg nampak best kan dapat travel dok hotel 4-5 bintang, makan free, tapi stress agak mengganggu juga
Meeting tak berhenti, almost everyday.
How aku nak buat keje aku kalo kene meeting sana sini?
Since aku ditunjuk ajar dididik dari mula as staf balaci, aku masih terbiasa buat keje hands-on, tak macam ada sesetengah pegawai yang pandai ckp pandai organize pandai bagi idea tapi keje semua suruh staf yang buat.
No, tu bukan cara aku.
Tapi the money's good.
Lagi2 zaman Pak Lah dengan masa mula2 Najib naik dapat kenaikan gaji sampai brapa tingkat tu.
So buleh imagine la gaji aku berapa kan.
Walaupun tanggungjawab byk tolong family dari segi duik, aku still mampu nak shopping Sephora dua tiga bulan sekali.
The perks were reasonable.
But then again aku tak tahan, aku resign bila finally dpt offer lain.
Masa interview, aku dijanjikan mcm2, so I accepted.
Even aku demand gaji lagi tinggi pun depa bagi
Buta mata sebab tengok figure dalam surat tawaran kan.
Dan keje pulak tak serabut mcm kat UM ni.
Tapi bila keje tak serabut, orang-orang pulak yang menyerabutkan.
Janji dicapati.
Blablabla.
Aku malas nak ingat balik pun tempat tu puii.

After lengthy discussion with my husband and my late father, aku decided nak resign.
Kene ingat eh, masa tu aku baru menikah.
How can my husband supports us?
Memang aku kene let go byk mende.
Tade nak travel tade nak dok hotel tade dah diraikan ala VIP tade sapa nak panggil aku Puan, Cik, tade claim sana sini tade dapat extra income dengan ceramah.
Dah tade.
Duik pun tade.
Sephora Mark & Spencer Dorothy Perkins nekad mengucapkan babai.
Aku pon nekad nak dok umah jadi surirumah, and jaga abah yang dok slalu sakit.

But then again aku dapat offer skang ni.
Gaji kecik woi.
Dah la seblah bangunan je tempat lama aku dulu.
Berdekatan dengan la dengan former colleagues, staf2 lama yang dok panggil aku Cik.
Mungkin ada sesetengah org yg ego and proud, takkan jejak kaki dah tempat lama dgn pangkat jauh lebeh rendah.
Malu kot.
Skang ni aku level lagi bawah taraf staf kerani yg keje dgn aku dulu.
Did I give a fuck?
Well no.

What can I say is, duik is penting but duik tak membuatkan seseorang happy.
Duik adelah perangkap lifestyle you're currently in.
Aku byk downgrade lifestyle aku sejak2 jatuh misken ni.
Aku gi keje pakai seliper je, kasut last aku beli yg RM10 kat Giant tu pon dok tesimpan bawah meja opis.
Baju keje pon dok gigih pakai yg lama
Sampai yang koyak aku tampal aku gam.
Aku ni dah nobody, and nobody needs me anymore. Aku tade nak pi meeting2, tade dah nak jumpa2 orang, jumpa client, jumpa student, jumpa VIP, bagi ceramah, jadi mc.
Aku skang dok terperuk kat my little corner buat keje ngadap pc sampai sakit muntut sakit pala sakit pinggang.
Aku tade serabut pikir keje dah balik umah.
Yg aku serabut cuma dok pikir deadline yg bos aku bagi.
Aku buleh balik keje on the dot kul 5 petang.
Wiken aku tayah datang dah, baik dok umah mengemas.

Life's good when most of the money's gone.

Bila income ko sekian sekian banyak ni, ko akan ada what you call a commitment.
Tapi aku rasa some of the so-called commitment tu hanyalah lifestyle je.
Contoh ko dah biasa makan kat sekian2 tempat mcm kedai mamak, bila gaji naik, tempat tu upgrade kat Serai ke, adetak terpikir bila income tu kurang ko nak kembali makan kedai mamak? Maybe.
Or ko dah biasa bawak family time cuti skolah holiday sekian2 tempat.
You called that commitment.
Berani tak downgrade mcm aku and then tak bawak bebudak pi bercuti dah because you can't aford it anymore?
Berani tak move from your comfort zone?
Ada yg sanggup ada yang tak.

Bagi aku life is short.
Ajal tak tahu bila nak sampai.
Make your life the most of it.
Takkan aku nak keje sampai malam, wiken pon keje, tinggal laki gi travel segala sebab nak kekalkan that RM5k ko dpt tiap2 bulan kan.
For what?
Baik aku gaji 2K, tapi aku byk masa dok umah belajar masak mengemas main dengan kucing.
Mmg la takkan dpt nak pi holiday ke honeymoon ke dengan laki aku.

Tapi it's not like I'm satisfied dengan duik yg ada and tamau la nak tambah pendapatan untuk masa depan.
I have my plans, tapi aku tamau jadi slave for money dah.
Btw aku dengan laki aku layak dapat BR1M okeh
Bila pikir sangat fani
Dulu dapat surat LHDN nak mintak potong incometax, skang dapat BR1M okeh.

Kehidupan ni berpusing2.
What can I say is Alhamdulillah, kami masih makan sedap2

Monday, May 04, 2015

Braindump

I pretty much talk to everything.
My computer.
My car.
My phone.
The food that I'm cooking.
An imaginary conversation with a hot dude I just met in Starbucks.
I speak to animals like they were a normal person.

See, my car has a name.
He's a boy.
Mohd. Iskandar, or Shiro.
We pretty much understand each other.
Hell my first date with my now husband was in my car.

This morning I went to wash my car.
After he was sparkly clean, we were so happy and I was like jumping around in the car and talked excitedly to Shiro.

I like to have my meals in the car sometimes.
It's like having lunch or dinner with a friend except I'm the only one who's eating.
I'd park somewhere, usually at a safe spot of course, after I bought McDonald's or a cheese bun from Baker's Cottage and just enjoy my food. In the car. With loud music.
Nice, right?

And I talk to myself a lot.
It's like having conversations with 5 different people.
I have lots of chat buddies and they happen to be inanimate objects.

And no, I'm not crazy. A bit mental yes, but not crazy.


Saturday, May 02, 2015

Parasite people

Untuk seorang yang introverted mcm aku, friends are important, sebab aku tak banyak kawan.
Aku bukan jenis suka kuar2 join gathering group2 ke byk acquaintance ke ape.
Kawan2 ada yang dah putus, ada yang estranged, ada yang aku sendiri putuskan.
Biasa la life goes on.
Dalam sepanjang hayat aku, aku penah encounter beberapa case of toxic friends, atau parasite in two different life phases.
Dan aku nak highlight ada 2 kes yang paling teruk aku penah hadapi.

Kes 1:
Masa ni I was still in junior college (eceh sebut mcm orang amereka).
Minah ni dormmate aku together with 8 others = 10 orang.
Since aku duduk dorm, so nak tanak mesti kene socialize dengan budak2 satu dorm, tapi in the end aku rapat dengan minah ni.
Tapi sejak aku rapat dengan minah ni budak2 dorm lain mcm sisihkan kitorg.
Siap ada beberapa budak dorm lain warning aku kata minah ni is troubled. Stay the fuck away from her.
Tapi my nature ni kan protective sikit over my friends, so IDGAF. Sebab minah ni suka ngadu kat aku cite masalah semua2, so dgn bakat pandai mintak simpati dan memek muka seposen, aku pon terkesian la dengan dia.
Aku perasan lama2 kitorg jadi dok kawan berdua je mcm tak bercampur dengan bebudak lain.
The first warning bell dalam kepala berdering bila aku terasa dia gunakan 'popularity' aku untuk tarik abang kakak angkat. And then the stories she told sekali dgn petik nama aku sekali untuk dapatkan perhatian.
Since aku kan BFF dengan dia, aku satu bilik dengan dia sampai semester 3.
Sem 2, dia buat hal dgn sorang roommate kami, sebar cite merata, and then starting sem 2, aku rasa minah ni dah tak boleh diselamatkan lagi. Byk confrontation dah kami buat tapi dia still tanak ngaku blablabla ah malas aku nak reminiscence balik. So after sem 3, kami parted ways and aku merdekaaaa.
The problem is, with this type of bitch, dia pandai tarik perhatian orang, buat muka kesian, and then her stories are so fucking believable that you'd fall into her trap. Bila kita confront this bitch, we will not get any confessions, tapi dia akan pusing cerita until mcm segalanya salah ko. For the weak-hearted, ko akan rasa bersalah dan confuse and then segalanya akan bermula balik ke cycle one.
She is so fucking manipulative and when you realize the truth, it's almost too late. Alhamdulillah aku cepat sedar but then my reputation agak tergugat la dengan byk citer tak betul tersebar thanks to her.
Tapi masa tu dunia kecik lagi so it was not happening in the real world, so at least bermula dari situ kepercayaan aku dekat org makin kurang lah, and thus began aku punya peel anti-social.


Kes 2:
This is brand new.
I am still friends with her, tapi tak rapat dah.
Tu pun lepas aku terkena jugak. Haih.
We were friends at work. Mula2 aku mmg separate personaliti aku kat opis dengan luar, since tak masuk akal la nak be the real me kat opis kan.
Dia ni best, selamba, happy-go-lucky and then seronok lepak dengan dia.
Aku rapat dengan dia since dia putus tunang. So aku kesian la, sebab dia mmg teruk la effect hal putus tunang tu. Jadi depressed tak tentu pasal. So aku memahami lah since I'm older so aku ada kene kes putus cinte ni sampai mental.
So aku jadi la peneman dia, member, sampai tahap aku pindak dok umah dia jadi housemate tanpa bayar sewa sesen pon. Aku cuma bayar bil2 je.
The signs masih sama.
Pandai tarik perhatian, cite2 sedeh, so macam kes putus tunang ni, dia buat diri dia jadi victim, mcm teraniaya teruk lah. So semorang kesian dengan dia, especially aku yg mmg kenal dia since dia bertunang lagi.
Aku try nak happykan dia, teman dia kuar shopping2, lepak2, tolong dia buat keje opis, berantar berambik since masa tu dia tade kenderaan, semua2 lah.
Atas dasar kawan kan.
Then, ada sorang lagi member sekampung dia masuk rumah tu. Aku tak kenal, and aku tak kesah pon. Sebab lama2 dok meneman dia ni, aku rasa bosan jugak. I need my fucking privacy, tapi tak buleh sebab dah dok berdua je dgn dia. Bila member dia ni masuk, aku rasa lega lah. Lepas ni tade la aku nak bekepit je dgn dia kan.
The problem started bila dia dah tak berkenan dengan peel member dia tu. Tapi dia mengadu kat aku. Aku cakap la suruh dia ckp sendiri dengan member dia tu, wth aku pulak kene jadi org tengah kan, I didn't even know our mutual friend.
Ada sekali aku sound, lepas tu tetiba member dia terus tamau cakap dgn aku tamau pandang muka aku. So aku dengan member dia mmg tak bercakap sgt lah dok serumah pon.
Then something huuuge happened yg membuatkan aku pindah terus kuar rumah tu, and then I heard that member dia pon dah tak baik dengan dia. Why oh why.
Bila satu hari member dia tu dtg jumpa aku, kitorg sembang2 terbongkar segala.
Rupanya nak jadikan diri dia 'the good guy', dia cakap kat member dia ni lain pasal aku and dengan aku dia kutuk2 member dia. Dia kata aku yang tak suka member dia dok umah tu. Fuck kan orang mcm ni?
After all I did to her and that was how she repaid me.
And ada lagi la cite2 lain yg aku rasa tak elok la aku nak cite sini, kes2 besar jugak la lagi besar dari ko ckp depan lain blakang lain. And those cases are huuuge. Tak best la cite sini.
So after that, aku pun dah resigned tak keje situ lagi jauh dari minah ni.
Skang aku balik keje tempat lama, bukan opis lama, tapi dekat la, dia ada jugak ajak2 sembang and mengadu2 masalah, tapi aku dah learned my lesson, no no no. The bitch is toxic. Setakat sikit2 je boleh. Nak rapat semula, no thanks.
No wonder after years dia putus tunang, dia masih di tahap lama. Still struggling, still in debt, still in deep shit, still single. Tuhan maha adil kan.
Tapi masih tak sedar2. If dia bersyukur dgn apa yg ada, then not blaming others for her mistakes, dok banding2 diri dengan orang lain, wants to change and tak berhamba dengan duik, tade kot camni. Aku dok selalu doa semoga dia cepat sedar, sebab camne pon I know dia ni baik orangnya. Cuma keadaan sekeliling dan cara didikan yg buat dia jadi camtu.
Aku tak lupa semua kebaikan dia and dia ada peranan jugak untuk temukan aku dgn my husband.

So the moral of the story?
I'm too old for this shit.
Aku stick dgn siapa yg ada skang je. Tak sakit hati. Yup, I learned my lesson. I can be a dick sometimes and I've lost two, oh no now three friends in the process.
Hopefully tade dah sapa2 yg aku tinggal atau tinggalkan aku skang.
Kawan2 yg dah putus, dan yg putuskan tu aku redha lah. Jodoh tak panjang.
Tapi I'm glad for the times we spent together.
Jumpa di jannah, mungkin silaturrahim bertaut kembali.
Cewah.




Wednesday, April 29, 2015

Kung Pao Chicken

Ok skali lagi jom jadi mak mak memasak kat rumah.

Sorry la gamba huduh.
Aku buat semalam buat bekal.
Simpan semalaman jadi camni la.

Aku kerap masak ni dah tak order luar dah
Sebab ayam dia lembut sedaaappp
Kuah dia mcm masak kicap tapi ada slight tangy taste mmg sedap la
Sepatutnya kuah dia sikit je, aku triple the recipe bagi byk sikit.
Kalo gamba elok sikit camni la.


Sebab rasa lain sikit main ingredient dia adelah rice vinegar.
Questions and Answers on Vinegar
Aku pakai yang ni:

Buleh dapat kat Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, etc.
Aku penat jugak cari dulu sebab nak make sure betul2 ada chop halal lantak la dari negara mana.
So sapa2 rasa was2 tu better stick to ayam masak kicap la.

Nak masak ada beberapa step.

Marinade
Ayam dalam 250gm - 500gm (kalo lebeh kene double triple marinade)
1 egg white
2 sudu rice vinegar (aku boh sudu besar, tapi resipi kata sudu kecik. ah lantak la huhi)
2 sudu kecik tepung jagung
serbuk lada putih and garam secukup2 rasa
gaul2 dengan ayam sampai sebati pastu simpan perap dalam fridge for at least an hour
SEKURANG-KURANGNYA SEJAM.
Perap ni penting sebab nanti ko akan rasa ayam tu lembut gilaaa nyamnyaamm

Sos
1 1/2 sudu sos soya pekat
*sos soya ni mcm kicap la, nak letak kicap pun buleh, tapi bukan kicap manis
Kalau nak halal, search dalam halal malaysia, kadangkala brand cina pun ada chop halal. Sos Lee Kum Kee sedap.
1 1/2 sudu gula (aku pakai gula perang)
1 1/2 sudu stok ayam atau air (aku pakai stok ayam cair)
1/2 sudu rice vinegar
1/2 sudu tepung jagung

Aku biasa double triple amount sos ni sebab bagi berkuah sikit.
Kalo kat kedai biasa kering and lepas masak boleh nampak rupa ayam tu.
Aku buat sampai hitam legam huhii.

Lain-lain bahan
Resipi asal letak leeks dengan sichuan peppercorns, tapi aku tak penah letak mende pelek2 camni sebab kitorg tak makan
2 ulas garlic, hiris nipis
1cm ginger, hiris2
Button mushrooms secukupnya potong 4 ke hiris ke cincang ke sukatik lah (optional)
Bawang merah hiris2 halus (optional)
Yellow/green pepper secukupnya hiris halus
3-4 bijik cili kering, potong setengah2
Kacang goreng sikit.

*Resipi ni tak sesuai letak sayur hijau yg mudah lunyai. Kobis boleh kot, aku penah tibai pakai kobis. Asparagus pun penah aku pakai.

Step 1:
Ayam yang dah perap tu goreng dalam minyak yg sikit (dalam 3-4 sudu minyak je), dengan api kuat, 1-2 minit max, jgn overcook.
Agak2 dah kaler putih je dua2 belah cepat2 angkat, asingkan.

Step 2: 
Dalam belanga/piuk lain yg kecik, goreng cili kering tu dgn api pelan/sederhana sampai garing.
Aku saja bagi asingkan dua piuk sebab minyak goreng cili ni kan pedas dah tak boleh pakai untuk step seterusnya.

Step 3:
Dengan guna minyak ayam, pelankan api, masukkan bawang putih and halia.
Lepas seminit baru masukkan mushroom, pepper, atau segala sayur yg ada.
Flip flip flip, agak2 lepas semenet, masukkan sos tadi
Kacau kacau kacau.
Masukkan ayam.
Stir stir stir.
Masukkan bawang merah kalau ada.
Last sekali masukkan cili kering yang dah goreng tadi.
Tutup api baru masuk kacang.

Kalo gamba cantik camni la:


Eh sedaaappp.
Sebab aku suka chinese food hihihi.
Aku perasan kalo aku masak masakan melayu semua huru hara tapi kalau masak masakan bangsa lain semua menjadi.
Aha kenapa ye?
Adeke peluang untuk aku dpt bopren omputeh? <-- ayat="" bujang="" eh="" insaf="" ish="" jugak="" la="" masa="" mcm="" ni="" p="" plis.="" tahan="" tak="" tapi="" tertaip="">

Tuesday, February 24, 2015

Abah Part 3

Sambungangg
Abah Part 2
Abah Part 1

Ni last la tade drama sgt.


Adik aku sampai, dia pun cool je.
Knowing her, dia ni ego nak mampos kalo nak emo depan2 org.
Hati batu la kunun.

Aku ajak dia turun lepak seblah abah, nak baca yassin taleh kosentret kot.
Kang tajwid salah ke berteraburan ke.
Orang ramai, makcik2 semua sembang kat dapo
Aku pasang tlinga menyibuk kan, dengar2 cite pasal BRIM la politik la pasar borong la.
Aku bukak lagi tengok abah, tengok abah mcm tido je, tapi kali ni tade bunyi dengkuran la tapi.
Tade rupa scary pun.
Abang aku datang lepak dengan kitorg, siap buat lawak kan ckp abah lega dah tade dah tensyen2 tak tentu pasal.
Org mesti pelek kan nape la anak2 dia ni rilek je lepak siap gelak2 lagi.
Org lain mau drama kot.
Aku dah kata kan family aku pelek sikit. Abnormal.
I had the feeling abah pon mesti memahami punye lah.
Pastu bila mak aku mula datang pastu nak emo2, kitorg lari nek atas balik, bertuahnye anak2.
Baca seround lagi yassin, pastu sembang2 la.
Aku cite la adventure kejadian pagi tadi.
Abang aku rilek je, mesti dok pikir nak buat apa.
Sambil2 tu dia dok call2 org, inform la pasal abah segala.
Adik bongsu aku hilang memula kunun pi urus pengebumian kat masjid, ah mesti melencong jugak kot.
Lepak kat atas lama2 boring, sebab nak tunggu van jenazah datang lepas zohor.
Ada la mesej kat fon aku dari sape2 yg terdapat tahu Tenkiu.
Tengahari, laki aku call ajak balik umah mandi2 siap2 dulu
Panas gila kot.
Umah aku dah pack.
So aku balik umah aku, Eh. Umah aku dengan laki aku duduk la, yg terletak kira2 5 menet dari situ kalo tak jem, 15-20 menet kalo jem.
Lepas balik semula, aku masuk ikut pintu belakang, punya la ramai sedara2 dah sampai. Tengok2 Kema dgn Baya pon dah ada.
Bagusnya la mereka sanggup menyibuk.

Dalam lepas zohor, pi kat masjid.
Masa tu baru maktok sampai dari Langkawi nak tengok anak dia.
Masa mandi abah tu, kitorg anak2 kene la jirus skali tatau la apsal tapi aku menurut perintah je la.
Memula scary la takot nampak abah ke, tapi abah bertutup.
Pastu masa nak kapan tu, aku tak pi dah tengok.
Depa panggil2 suruh tengok kali terakhir.
Ish tamau la.
Bia la muka abah tengah baring atas katil dalam keadaan normal seperti tido tu yg terpahat dalam ingatan.

Lepas Asar dengan solat jenazah, mula pi nak simpan.
Dekat je nak simpan.
Alhamdulillah.
Masa tanam tu aku tengok dekat2.
Oh sangat la scary.
Kesian abah sorang2 mlm tu.
Mak aku banjir lagi
Haih. That's why pompuan tak digalakkan pi kubur.
Tak elok la banjir2 ni. Kesian mayat.

Bila dah selesai, aku mcm jadi letih giiiiilaaaaaaa.
Mcm badan aku koleps.
Rasa nak balik tido sampai lusa.

Alhamdulillah, semuanya mudah.
Menurut mak aku, abah tak suffer pun, sebab dia dah tak sedar diri.
Dia hembus nafas terakhir tade tersekat2 ke ape. Senang je.
Kubur pun dekat, bila2 nak pi senang.
Kedudukan kubur pun strategik.
Masuk dalam kawasan tu, parking betul2 depan area kubur abah.

Overall experience ni aku ekceli dragging dah lama dah
Scary kot kehilangan kan.
Ingat dulu masa aku dok jaga abah, siap aku bangun tengah2 malam cek tengok abah masih bernafas lagi ke tak.
Malam last tu, aku sempat amekkan dia wuduk dia nak solat jamak magrib isyak.
Tahun lepas bulan puasa, walopun baru je kuar hospital, dia puasa sebulan penuh.

Abah aku bukan alim2 ke ustaz2 ke ape.
Orang biasa je.
Masa muda2 dulu notti jugak huhihi.
Tapi agaknya tuhan permudah segala sebab bakti dia dekat anak2 kot.
Lepas tu masa dia keje semorang suka kat dia.
Abah paling tak kedekut duik.
Bia anak2 senang walopun dia susah.
Tu aku ingat la sampai aku pulak mati.
Sian abah tak sempat pelok cucu.
Takpe kurang2 kucing banyak.

Cakap pasal kucing, Comot dengan Gebu pun mourning jugak haritu.
Kan kunun ajaran tahyul kata jgn bagi kucing masuk umah kang langkah mayat.
Aku letak depa kat luar, depa gigih jugak masuk.
Dok la mengendeng tepi katil abah.
Hewan pun tahu kan tuan dah tade.

Aku pulak, dah la yg paling rapat dengan abah.
Kalo nak korek2 emosi aku of kos la aku akan banjir.
Rasa kehilangan yg amat kot.
Hidup aku dedicated kat abah je.
Skang agak mcm lost sikit la aku hilang arah tujuan kejap.
Buat masa ni aku dok slalu baca last wasap abah je, dia suruh bawak kete cermat2.
Bila aku nak pecut tak tentu pasal je, aku ingat balik wasap abah
That's a start kot.
Grieving cara kuden camni la.

Tu je lah.
Tolong sedekah jugak Al-Fatihah kat abah aku. Tenkiu.
26/10/1946 - 9/2/2015


Sunday, February 15, 2015

Abah Part 2

From Abah Part 1

Ekceli mebi cara aku cite ni ada seten org buleh interpret yg aku disrespect dgn arwah.
Tapi ni aku cite dgn cara aku setulus sejujur-jujurnya dari hati.
So sapa2 rasa tak best aku mintak jgn la judge aku.
Kalo nak judge aku pon keep your feelings to yourself.
Ambil yg baik dan jangan ikut pangai yang huduh.

Sambungan lah.

So kitorang ready nak bawak abah gi hospital.
Pada masa yg sama aku call laki aku, tak angkat. sibuk kot dia.
Aku wasap je siap amek send gamba abah (so ekceli aku ada gamba abah terakhir time dia tgh nyawa2 ikan)
Time tu jugak aku terpikir nak gi hospital sempat ke nak harung jem segala time budak masuk skolah ni.
Mau 45 menet baru nak sampai.
Kalo la aku ada siren kan besh.
Adik aku sibuk dok angkut abah masuk dlm kete aku.
Tapi masa nak angkut tu bekalan oksigen terputus la sebab nak tukar dari oksigen dlm umah ke tangki portable tu.
Masa dah masuk dalam kete, cepat2 nak sambung oksigen.
Tetiba tangki yang aku cek sehari sebelum tu malfunction pulak.
On je kuar air je.
Memang shit lah aku mencarut2.
Last2 adik aku angkut abah masuk dalam umah balik. Abah sangat ringan ok, adik aku angkat dengan sebelah tangan sahajaa.. ok aku tipu. Dua2 belah tangan tapi senang nak angkat.
Tengah dok kelam kabut usung mesin oksigen dalam umah tu, mak aku yang kepanikan tertarik apekebende ntah, pastu mende tu patah pulak! Nak sambung kene pakai gam mmg time tu kelam kabut mmg pala hotak taleh nak pikir apa. So oksigen mmg tak buleh kuar dari mesin!
Aku dengan adik aku tak panik, mak aku panik nak mampos.
Dia cuma mampu pelok abah aku je yg mmg tak sedar diri dah atas sofa.
Muka abah dah biru dah.
Aku call je la ambulans, masa tu abah dah terputus bekalan oksigen 15 menet dah kot.
Gilenye.
Aku call 999, depa nak verify segala ape jadah pulak.
Sambung ke Hospital Selayang, aku sembang dengan mamat tu nak dekat 5 menet, siap dia tanya umah aku kat mana kene bagi direction semua bagai. WTF kan. Siap tanya no fon aku!
Eh efisyennye sistem kecemasan negara kita ni.
So mamat hospital tu arahkan aku tunggu tepi jalan nanti nampak ambulans tunjuk umah kat mana.
So fani kan.
Masa ni aku tingat arwah Fazi member aku yg citenye tunggu 3 ambulans tak sampai2, last meninggal en-route.
Taleh nak salahkan ambulans. Malaikat maut bukan buleh pospon schedule dia.
Masa aku tgh tunggu ambulans tu dalam 7.30++ aku dah rasa lain dah, mcm abah dah tak survive, tapi tunggu je la kan.
Nak dekat setengah jam tunggu baru nampak ambulan nun di sana.
Aku melambai la tahan ambulans mcm minah senget tepi jalan. Kete moto lalu lalang siap teleng tengok aku apekejadah la minah ni tahan ambulans mcm tahan bas.
Aku direct pi umah aku, aku masuk dalam, aku tengok mak dah baringkan abah dah, cakap kat aku abah dah tade. Pulse indicator mmg tade apa dah (kitorg ada satu alat apetah tu yg buleh check pulse dgn oxygen level).
Darah aku berderau zappp naik ke kepala.
Adik aku tgh sibuk lagi dok repair kepala mesin oksigen yg patah tu. Membazir selotep je.
Bebudak ambulans tu masuk dalam je tengok abah rasanya depa dah tahu sebab depa dah bertindak slow dah pastu. Ambik mesin apetah dalam ambulans untuk check pulse.
Bunyik tiiiittt panjang.
Ala mcm dalam drama tv tu.
So sorg budak tu cakap kat aku, puan, ayah dah tade. Saya catit masa pukul 8.10 pagi ye.
Aku angguk je.
Pastu dia kata, pasni gi balai buat repot, bawak ic abah.
Aku ok kan je. Siap tanya kene bayar ke ambulans dtg ni dik? Bodonye soklan.
Masa tu laki aku sampai.
Aku cakap abah dah tade. Muka laki aku berubah.
Aku cakap jom pi balai buat repot.

Sebelum tu aku pi kat abah, aku cium dahi dia sebab aku tau pasni dia kene tutup dgn kain dah segala.
Tade nak nanges pon ekceli.
Muka abah mcm tengah tido.
Selama ni abah sakit aku dah biasa teman abah tido kat bawah biasa tengok muka tido dia camne.
Mulut nganga sikit.
Tapi tade urat tensyen kat pala dia yg slalu timbul tu dah.
Muka dah tak biru, tapi pucat la.
Hangat lagi muka dengan tangan dia.
Aku mcm cakap babai kot sebab lepas ni tengok muka dia pon dah depan sanak sedara segala.

Lepas tu aku amek ic abah dengan fon abah terus pi balai.
Kat balai tu laki aku buat repot, aku terus call adik aku yg dok Cyber tu.
Try call kawan abah yg terdekat dengan makcik2 aku.
Adik aku je angkat fon, otw datang.

Aku balik umah tengok jiran2 ramai dah datang.
Abah dah depa angkut letak atas katil bertutup dah segala.
Aku naik atas je pakai tudung terus baca yassin.
Nak baca kat bawah org dah mula ramai.
Aku masih cool lagi tade nanges ape.
Mak aku sikit2 emo, so aku tamau dok dekat dia sgt kang jangkit.
Aku dok tunggu partner in crime aku je (adik aku la) dengan abang aku so aku buleh citer kat depa adventure pagi tadi.

Seterusnya adventure aku sambung lenkali la.
Esok keje setelah bercuti seminggu.

Saturday, February 14, 2015

Abah Part 1

This is actually an easy story to tell.
Harini dah midnight 14/2, so lebeh kurang dalam 5 hari lah abah dah passed away.
Majoriti yang kenal aku mesti tahu betapa rapatnya aku dengan abah, in a sense bukan rapat as best buddies ke atau manja tak tentu hala ke.
Aku hari2 dok spent masa dengan abah for a few years. Berdua je ke hulu ke hilir.
Aku je dia dok bebel hari2. Rapat camtu lah.
Secara sejarahnya, abah ni la lebeh kurang mcm acted like both parents. Dia la mak, dia la abah.
Pengorbanan dia tayah cite la. Ni bukan seorang bapa yg typical ok.
Majoriti orang menyanjungi mak. Ibu la berkorban blablabla. Not in my case.
Family aku lain. Dysfunctional sikit.
Abah was everything to me.
Aku tak rapat dengan mak aku sangat, atau org kata 'panas' kot relationship aku dengan mak aku.
Ada la history lain, pergolakan keluarga aku ni tayah la citer sgt sebab mende dah lepas dah pun.
Aku je yg dok umah lepas aku abis blaja. Dengan menganggur setahun lebeh, hari2 ngadap abah je la.
Adik-beradik aku tade lekat kat umah sangat.
Masa dapat keje pun, abah la mengangkut aku pi balik.
Pi mana2 Giant ke, bejalan ke, aku dengan abah je berdua, kdg2 dengan adik beradik lain.
Sejak aku pandai driving ni la aku dah renggang sikit dengan abah.
Aku paksa diri aku pass driving test pon sebab abah dah tade kederat nak mengangkut aku huhi.

Abah sakit dah lama, since dia keje kat Kedah lagi.
Tapi teruk sejak 2010.
Aku ingat sebab time tu aku outstation ke Vietnam (first time gi obersi kan perghak nak mampos), aku balik je abah dah kene masuk hospital for the first time.
So since time tu la tiap2 tahun abah masuk hospital dalam beberapa hari, yg paling teruk last year, dua minggu lebih kat unit intensive care, sehari dua tak sedar diri.
Teruk sangat dah.
Tapi abah survived lagi sampai la dia menghembuskan nafas terakhir haritu.

Citenye mcm biasa la, every year, time camni abah mesti demam and then kesan flu shot dah abis.
Aku dah agak mesti kene warded lagi.
Sejak hari Jumaat last week dia dah teruk, oksigen level dah dalam 91%-92%.
Aku dok paksa dia pi hospital, tapi sebab dia ada schedule appointment dengan hospital on 10/2, dia degil la nak tggu haritu jugak.
Aku pegi la tiap2 hari, tapi bukan buleh buat apa pun.
Duduk sebelah dia, tolong buat air, cek level oksigen every few minutes, cek blood pressure and then tengok dia suffer.
Tu je la.
Kang bila aku mention suruh pi spital, dia mula tension and then heart rate laju mcm palpitation.
Hari Ahad (8/2), pagi aku dengan suami pi kat abah kejap sembang2 segala.
Petang tu, laki aku kene gi keje, aku pun pi kat abah lagi.
Mcm biasa la rutin, sambil2 dok paksa dia pi hospital.
Aku siap tanya, abah buleh ka tahan sampai Selasa.
Huii konpiden je, bulehhh aihh.
Malas la kan nak paksa genetik degil ni.
Malam tu (malam terakhir) lepas aku cek tengok oksigen level yg sama, aku balik la umah.
Sempat salam la segala mcm biasa kan dengan pesanan esok aku pi lagi.
Aku mesej boss aku cakap nak EL esok, just in case la abah lembut hati nak pi hospital.
Aku pun tak beberapa buleh nak lena sangat.
Aku buat keje umah sikit, sambil layan Nikita sampai abis Season 3.
Dalam pukul 3 ke 4 pagi (9/2) baru aku buleh terlena.
Dalam pukul 5 jam aku bunyi aku bangun la mcm biasa subuh segala.
Aku tak perasan mak aku call byk kali.
Aku call balik, mak aku cakap abah dah tak sedar diri.
Masa tu aku dah naik angin sebab terpikir kat umah tu bukan depa berdua je.
Adik aku kan ada kat umah. Aku dah pesan haritu kalo pape, call ambulans.
Cepat2 la aku bersiap segala.
Hari Isnin kan, umah aku yg dari tingkap umah aku buleh ekceli nampak atap umah abah pon ade la amek masa 20 menet aku nak sampai. Monday traffic.
Haih aku terpikir camne nak gi hospital ni kalo jem camni.
Aku sampai je, tengok mak aku dah panik, kelam kabut.
Adik aku dah bangun dok urut abah.
Ok tak jadi marah.
Abah tak sedar diri atas katil.
Mak kata oksigen abah dah 53% masa dia turun bawah check on abah lepas solat subuh.
Allahu.
This is bad. Really bad.

Bersambung la. Aku ngantok dah.

Friday, February 06, 2015

TGV Movie Club



Aku dapat email ni promote la bayar RM25 (normal price RM28) untuk TGV movie club
Since aku dah tak tengok wayang dah (last time tengok Guardians Of The Galaxy) aku mcm nak ignore je mende ni.
Tapi aku dok baca privilege dia, tiket free, birthday freebies blabla, sampai part advance screening.
Pastu toinggg pala hotak aku terbayang tahun ni kuar The Avengers dengan Star Wars.
Toinggg dan segala movie superhero dan sci-fi yg akan kuar pada waktu2 mendatang.
Baiklah. Geek rules.
Terbang 25 ringgit.


Hokaaayyy ada 4 tiket free satu expired dlm masa sebulan, satu lagi in 6 months.
Yang penting ADVANCED BOOKING!
I don't fucking caaaaaare I wanna be among the first human being on the planet yang tengok Star Wars!!

Tapi ekceli aku malas gila nak mewayang skang.
Mungkin faktor usia.
Dan aku ada unifi.
Dan aku ada xfinity.

So kalo kira costing satu tiket wayang skang ni at least RM12, since aku prefer couple seat, at least RM28.
Campur dengan popcorn combo set, dalam 8-10 bucks
So total sekali tengok dalam 25-40 bucks.
Tiket free ada 4, free regular popcorn 2.
Total cost of freebies approx RM12x4 + RM8, dalam RM50 la lebeh kurang.
So aku untung dalam 20 bucks jugak.

Ok la since ada tiket nak expired lagi 4 weekends, aku kene redeem lah.
Ohoi malasnye.

Monday, January 05, 2015

Toy




Kinetic Sand.
Jom main pasir yg tak bersepah.
Ekceli ada org jual, harga dalam RM50 kot camtu
Tengok la video tu.
Osemnyaaaa